"Sei carina di Wendy o Cenerentola" - Prince Han Sebaris kata-kata itulah yang membuat hati seorang gadis bernama Aurora tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Itulah kata-kata pertama yang diucapkan oleh Prince Han di hari pertama mereka bertemu. Aurora Luvvie merupakan seorang model antarabangsa manakala Prince Han adalah seorang photographer asal Itali. Secara tidak disengajakan, mereka terpaksa bekerja di bawah atap yang sama. Setiap hari mereka berdua bertukar pandangan dan sering terserempak. "Awak tau siapa Fermina Daza?" - Prince Han. "Apa? Feminin Gaza?" - Aurora Luvvie Bagi seorang jejaka tampan bernama Prince Han, Aurora sangat cantik dan menggoda. Sangat berbeza daripada orang biasa sehingga dia tidak dapat memahami kenapa orang lain tidak terganggu oleh kerana hembusan angin akibat helaan nafasnya. Kenapa orang lain tidak tergilakan akan lenggang lenggok tubuhnya? Kenapa orang lain tidak terganggu oleh lambaian tangannya yang ramah? Tawanya yang bagaikan emas. Dia tidak dapat memahami kenapa tiada orang yang jatuh cinta kepada gadis itu. Aurora sedar bahawa mereka berdua tidak perlu saling peduli di antara satu sama lain oleh kerana pertemuan mereka yang tidak dirancang itu. Tetapi entah mengapa Roseanne tidak dapat untuk bertolak ansur. Dia tidak mampu untuk mengabaikan rasa pedulinya kepada jejaka itu. " Aurora." - Prince Han. "Awak kata awak selesa dengan saya. Awak kata awak tiada masalah dengan saya. Awak kata saya adalah keluarga pertama awak. Tetapi, kenapa awak buat saya macam ni?" -Aurora Luvvie "Saya buat macam tu sebab saya nak menjauh daripada hidup awak. Awak ada kehidupan awak sendiri dan saya tak nak jadi penggangu. Saya nak awak teruskan kebahagiaan awak. Saya tak sangka pulak perbuatan saya buat awak risau." -Prince Han. Ya, salah faham telah berlaku di antara mereka berdua. Sesuatu yang telah membuat Aurora keliru. Apakah yang diinginkan oleh jejaka itu sebenarnya? "I'm sorry." -Prince Han.
Update 06 December 2024