Rumah besar itu kini menjadi sunyi. Aurora dan Wendy telah pun pulang ke kondo milik Aurora petang semalam.
Lucca yang baru sahaja selesai mandi lantas mendekati ibunya yang sedang asyik menonton television di ruang tamu. Dilabuhkan duduknya bersebelahan dengan ibunya.
"Morning mama."
"Morning. Lucca tak ada photoshoot ke hari ni?"
"Ada. Tapi petang nanti."
Lucca lihat jam. Sudah pukul 8 pagi namun batang hidung Han masih tidak kelihatan.
"Mama. Semalam Han tidur mana? Mama tau ke?"
Keluhan berat dilepaskan oleh Puan Mariah.
"Kenapa mama?" Soal Lucca apabila melihat wajah ibunya bertukar riak.
"Han balik rumah keluarga dia yang dulu. Yang kat tepi pantai tu."
Jelas sekali wajah Lucca terkejut. Setahu dia, Han tidak pernah ambil tahu tentang rumah peninggalan ayah dan ibunya itu. Sudah acap kali dia menyuruh Han untuk menjual rumah itu tetapi Han menolak. Katanya biar aje.
Agaknya si Han rindu sangat dekat keluarga dia. Sebab tu dia balik rumah tu lagi.
"Masa malam birthday Aurora haritu, mama ada dengar dia meracau. Rasanya dia mimpi buruk lagi pasal 12 tahun yang lepas. Kesian mama tengok dia."
"Itulah dia mama. Lucca pun kesian dengan Han. Dah 12 tahun berlalu. Tapi Han masih aje salahkan diri dia sendiri."
Bukan salah Han pun. Han bukan pembunuh. Semuanya hanya kerana sikap cuai ayahnya. Itu sahaja.
Bunyi deruan enjin motorbike di luar rumah membuat mereka berdua berpaling. Nampaknya Han sudah pulang.
"Han dah breakfast? Mama ada masak spaghetti tadi. Han makanlah." Kata Puan Mariah sebaik sahaja melihat kelibat Han muncul di ruang tamu.
Tiada kata-kata yang keluar daripada bibir Han. Dia hanya melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Lucca.
"Kenapa ni?"
"Han dah fikirkan offer yang mama bgaitau Han bulan lepas." Akhirnya bibir itu berkata-kata. Lucca pandang Han. Ada yang dia tak tau ke?
"Han terima ke?"
Han angguk. Puan Mariah tersenyum lebar.
"Han dah boleh datang kerja dekat syarikat mama bila dah ready. Syarikat mama busy tau lately ni." Kata Puan Mariah.
Han hanya tersenyum. Senanglah dia hendak menjenguk George kalau dia dah mula tinggal di Melbourne.
"Apa ni? Ada yang aku tak tau ke? Han?" Lucca pandang Han.
"Itulah kau. Sibuk aje dengan perempuan sampai kau tak tau pun apa jadi kat aku."
Lucca tayang muka tak puas hati. Suka betul Han mengungkit sikap playboynya itu.
"Aku kerja kat syarikat mama."
Lucca memandang wajah ibunya dan Han bergilir.
"As photographer?"
"Ha'ahlah. Takkan aku jadi cleaner kot."
Terhambur tawa Lucca mendengar kata-kata Han.
"Mana tau kau jadi model. Lagipun kau ni pun not badlah. Kan mama?"
Puan Mariah ketawa perlahan melihat gelagat kedua-dua anak bujangnya itu.
"Boleh aje. Tapi si Han ni yang tak nak."
"Sombong."
"Apa?"
Sebelum dia kena belasah dengan Han, baik dia blah sekarang. Jangan bawa main si Han ni. Jaguh taekwando tu. Laju aje kaki Lucca pergi berlari naik ke tingkat atas.
Han pula sibuk mengejar Lucca daripada arah belakang. Puan Mariah hanya memerhati.
Itulah kehidupannya. Kalau dua orang tu tak ada memang sunyi rumah besarnya itu. Hanya merekalah yang mampu memecahkan kesunyian di dalam rumah itu.
Dua-dua dia sayang. Dia tidak berniat pun hendak berlaku berat sebelah terhadap Han walaupun Han hanya anak angkatnya.
-----
Aku pandang Wendy dan Wendy pandang aku. Wajah Wendy penuh dengan keraguan.
Wendy pandang Aurora yang sedang sibuk menyediakan bahan makanan.
"Aurora Luvvie."
Uih... kalau minah ni sebut nama panjang aku maksudnya ada benda yang dia nak tanya. Plus, aku kena jujur.
"Aurora Luvvie." Panggilnya lagi.
Aku pelangkung jugak minah ni karang. Panggil nama aku tapi tak ada benda dia cakap. Nama full aku jugak dia panggil banyak kali.
"Aurora Luvvie. "
Keluhan berat kulepaskan. Badan kupusingkan supaya senang aku melihat wajah wendy.
"Yes, Wendy Kei? Apa kau nak?"
"Sebenarnya daripada semalam aku cuba ingat balik apa yang dah jadi malam masa birthday kau tu." Kata-kata Wendy itu buatku tersentak.
Aduh! Mati aku. Kenapa ingatan minah ni kuat sangat? Dah dua hari berlalu masih jugak dia ingat. Ni kalau aku kantoi, tak cukup kertas aku explain.
"Benda ni kacau aku tau. Malam tu kau tidur mana? Tell me the truth." Kata Wendy.
Aku letak pisau. Kulabuhkan duduk di atas kerusi berhadapan dengan Wendy.
"Er...malam tu..errr..." gagap. Aku gagap wei. Nampaklah aku nak menipu kan?
"Apa er...er? Dah tak reti nak cakap ke?"
"Aku..." Disebabkan aku asyik gagap, laju aje tangan Wendy tampar bahu kanan aku.
"Aku tidur bilik Han." Laju. Sepantas kilat aku jawab dek kerana pukulan Wendy tadi. Apa orang kata? Acts as catalyst.
Melopong mulut Wendy bila dengar jawapan aku. Bulat matanya memandang tepat ke arahku.
"Kau biar betul?"
"Ha'ah. Aku pun tak tau macam mana aku boleh sampai situ. Bila bangun pagi aku tengok aku ada atas katil dia." Jelasku.
Wendy masih kaku. Kelu.
"Maksudnya masa kau kata kau nak tidur tu kau masuk bilik tidur dialah?"
Aku angguk kepala. Bukan salah aku pun. Aku mabuk masa tu. Jadi, aku mabuk. Ya aku mabuk.
"Jadi kau tidur sekatil dengan dia? Prince Han?"
Haa...yang tu aku tak tau. Aku tak angguk. Tidak juga menidakkan.
Tiba-tiba si wendy tepuk tangan kuat-kuat. Wajah tadi yang terkejut beruk bertukar menjadi gembir. Kena sampuk ke apa minah ni?
"Bestnya dapat tidur dengan orang hensem." Kata Wendy sambil tersenyum nakal.
Pap! Haa...kan dah kena dengan aku. Lain yang difikirkan oleh Wendy.
"Kau diam eh. Jangan sampai orang lain tau." Aku beri warning. Mampus aku kalau autie Mariah tau.
Aku sambung memasak. Hari ni aku malas nak keluar rumah sebab petang ni aku nak membuta. Minggu depan dah mula kerja balik. Ada photoshoot untuk majalah Esquire.
"Aku rasa Han suka kat kaulah."
"Impossible."
"Cara dia layan kau lainlah. Heartwarming gitew."
Malas hendak melayan wendy, aku hanya fokus dengan masakanku. Aku hanya masak spaghetti dan dua jenis lauk. Cukuplah tu. Kami berdua bukan kuat makan pun.
"Wendy, tolong ambikkan sayur dalam peti sejuk." Kataku sambil mengadun masakanku.
Krik! Krik! Krik!
Aik? Diam aje?
Aku pusing belakang. Astaga. Sejak bila minah ni blah? Patutlah diam aje dari tadi. Sabar ajelah aku.
Adalah 40 minit masa aku ambik untuk siapkan makanan. Usai selesai, aku terus panggil Wendy untuk sediakan pinggan dan mangkuk.
"Wah! Sedapnya. Thanks Aurora." Kata Wendy seraya menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
"Sama-sama. Lama dah kita tak makan semeja." Kata Aurora. Sepanjang dia menetap di Melbourne adalah 6 kali si Wendy datang melawat dia. Itu pun dua sampai tiga hari aje. Siang aku kerja. Cuma masa malam aje kami lepak.
-----
"Aurora!" Kedengaran suara kuat Wendy memanggilku daripada luar bilik tidurku.
Aku yang baru sahaja hendak melelapkan mata pun tak jadi.
"Kenapa? Memekak aje kau ni."
Aku angkat kepala bila dengar bilik pintu dibuka dari arah luar. Dilihat meka Wendy di muka pintu.
Entah apa yang minah ni nak. Tadi aku suruh cuci pinggan. Takkan cepat sangat?
"Keluar jom. Aku bosanlah." Kata Wendy.
"Aku nak membutalah. Aku mengantuk ni. Esok aje eh?"
Eishhh aku nak membuta pun tak tenang. Tak ouas ke jalan-jalan dengan Lucca semalam?
"Membuta apanya masa sekarang?"
"Esok ajelah Wendy." Kataku lalu melelapkan mata.
Aku tahu Wendy tengah tayang muka cemberut. Aku tak kisah. Aku perlu tidur.
"Kalau kau boring sangat, kat depan tu ada cafe antik. Kau lepaklah dekat sana. Cari ilham untuk novel baru kau. Faedah sikit." Kataku perlahan.
Kedengaran wendy sedang mendengus kasar. Tanpa sedar, bibir Aurora mengulum senyum. Bukan dia jahat tapi dia mengantuk sangat.
"Jahatlah kau ni."
"Jangan balik lambat." Pesanku. Auroa mengulum senyum.
Kesian Wendy. Tak apa. Mata aku lagi penting. Aku ambil bantal dan ku peluk erat. Mata ditututp rapat. Yeay! Tidur.
Share this novel