Terpisat-pisat aku membuka kelopak mata. Kepalaku terasa berat. Semua sebab aku minum banyak semalam.
Selepas kejadian yang tak diduga di bilik Han semalam, aku turun baeah sambung minum. Adalah lebih 10 tin aku minum.
Aku perhati keadaan bilik itu. Aik? Aku gosok mataku berkali-kali. Aku mamai kot.
Aik? Ni bukan bilik aku. Bilik Lucca? Eh, bukan. Aku perhati semula keadaan bilik itu. Ada helmet warna hitam. Sah! Bilik Prince Han!
Apa aku buat sini? Macam mana boleh sampai sini? Dia tidur sekatil dengan aku ke?
Aku buka selimut. Check baju. Nasib badanku masih tersarung baju semalam. Aduh! Naya aku kalau auntie nampak ni!
Sedang aku gelabah, tiba-tiba aku dengar bunyi kasut. Perlahan daun ointu ditolak dari arah luar. Laju-laju aku tutup seluruh badan dengan selimut tebal. Dengan muka-muka aku sekali aku tutup.
"Awak dah bangun?" Soal Han.
Lelaki itu duduk di atas katil bersebelahan denganku. Matanya melekat pada wajah Aurora.
Dengan perlahan aku buka sedikit selimut. Hanya mtakau yang kelihatan. Malu aku wei. Sudahlah tidur dekat bilik lelaki.
"Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Soalku berani.
Han ketawa sekejap. Aku pandang wajah Han. Ek eleh. Aku tanya, dia boleh lagi ketawa? Selamba badak aje.
"Awak lupa apa jadi semalam?" Soalnya sambil tersenyum penuh makna.
Apa jadi semalam? Aku? Lupa? Of course aku tak lupa! Kenangan indah kot semalam tu. Erk? Kenangan indah Aurora? Aku dengan sengaja menampar wajahku sendiri. Bangun, Aurora. Berkali-kali aku tampar pipiku supaya aku tidak memikirkan kejadian dimana Han mencium bibirku.
Aku terkedu apabila pergelangan tanganku dicapai oleh Han. Membuatku berhenti daripada menampar pipi sendiri.
"Sakit pipi tu nanti." Katanya lembut. Alahai! Tolong aku, Wendy. Boleh melompat jantung aku kalau macam ni. Sksksks.
Aduh! Lepaslah tangan aku ni. Janganlah pegang lama-lama. Macam mana aku nak blah ni?
Aku pandang Han. Han pandang aku. Haaa...eloklah tu.
"Han. Ada serangga dekat belakang awak." Kataku. Aku sekadar cuba untuk mengalihkan perhatiannya.
Seperti yang dirancang, tanganku dilepaskan dan Han sedang asyik memandang belakang bajunya.
Ha... kau carilah serangga tu sampai esok memang tak akan jumpa. Huh!
Macam pelari pecut antarabangsa, aku lantas berlari keluar daripada bilik milik Han. Sambil itu aku mengucapkan terima kasih kerana meminjamkan bilik tidurnya untuk aku tumpang.
-----
Aku ayun langkah menuju ke cermin solek. Kulabuh punggung di atas bangku. Wajah yang sudah disolek dipandang. Macam biasa. Aku memang yakin dengan kecantikan diri aku. Kita perlu yakin kalau nak hidup.
"Cantik." Aku puji diri sendiri. Yelah, kalau bukan aku yang puji diri sendiri, siapa yang nak puji? Jiran?
"Aurora." Wendy memanggilku.
Aku pusingkan kepala untuk melihat wajah Wendy. Serabai.
"Astaga Wendy Kei. Muka macam mak lampir!" Kataku. Aku kerling jam. Tepat pukul 9 pagi. Huh! Mentang-mentang dia tengah holiday, boleh bangun lewat?
"Kau ada photoshoot ke hari ni?"
"Ha'ah. Tapi sampai pukul 2 petang aje. Kenapa?"
"Aku nak ajak kau jalan-jalan. Boleh?"
"Boleh."
Aku mencapai beg tangan di atas meja. Sebelum berlalu pergi, sempat aku menilik kembali penampilanku.
Aku hanya memakai dress paras lutut yang berwarna merah. Corak bunga pada dress membuatku nampak lebih ayu. Rambutku yang panjang diikat. Menampakkan lagi leherku yang cantik.
"Aku pergi dulu." Kataku seraya berlalu pergi.
"Eh, kejap." Langkahku terhenti. Entah apa yang si Wendy ni nak kata. Sudahlah aku lambat. Semua Han punya pasal.
"Kenapa? Laju sikit. Aku lambat ni."
"Kau tidur mana semalam?"
Dup. Dup. Dup.
Jantungku berdebar. Otakku ligat memikirkan jawapan yang bernas. Tak akan aku bagitau yang aku tidur dalam bilik Han? Nayalah aku!
"Err...Wendy. Semalam lepas minum aku pergi mana?"
Soalan dibalas dengan soalan.
"Kau mabuk semalam. Kau kata kau nak tidur. Lepas tu kau naik atas. Tapi, yang aku pelik kau tak ada dalam bilik. Jadi, kau tidur mana semalam?"
"Aku...aku tidur sinilah. Kau yang tak nampak sebab kau dah mabuk." Lantaklah aku nak kata apa.
"Oooooooo." Panjang oooo dia eh? Maksudnya, alasan aku diterima kan? Okey, aku blah!
Sepantas kilat aku melangkah pergi menuju ke tingkat atas. Aku menuruni tangga sambil menghembus nafas. Cuba untuk bertenang.
Tiba-tiba kedengaran lagu Love, Maybe nyanyian MeloMance berkumandang menandalan ada panggilan. Butang hijau kutekan perlahan.
"Morning." Ucapku. Sebenarnya tu panggilan daripada staf di syarikat.
"Aurora. Photoshoot hari ni kita cancel sebab kita ada masalah teknikal sikit. So, maybe after two days?"
Lah...cancel tak bagitau awal. Bengonglah. Aku dah pakai cantik-cantik. Dah nak pergi kerja dah, baru kata cancel? Menyusahkan betullah!
"Okey. Thanks sebab inform."
"You're welcome."
Butang merah ditekan. Panggilan tamat.
Aku sambung langkahku untuk menuruni tangga menuju ke ruang tamu. Tiba sahaja di hujung tangga, langkahku terhenti. Kenapa? Sebab sekarang semua mata memandang ke arahku.
Kenapa? Ada yang salah ke? Atau diorang dah tau yang aku tidur bilik Han? Mampuslah aku.
"Kenapa semua pandang Aurora macam tu?" Soalku sambil melangkah ke ruang tamu.
Auntie Mariah dan Lucca tidak lepas daripada memandangku. Rimas oi!
"Cantiknya Aurora. Mana dapat dress tu? Padanlah." Kata-kata pujian daripada Puan Mariah membuatku lega. Fuh...hampir. Tinggi hidung aku sebab kena puji. Boleh kalah Gunung Everest.
Aku tayang sengih lalu duduk di sebelah Puan Mariah. Aku pandang wajah Lucca di hadapan. Macam biasa. Dia senyum macam kerang busuk.
"Lucca bagi."
"Tak sangka anak mama pandai pilih baju."
"Tengok oranglah." Kata Lucca sambil tangannya menarik rambutnya ke belakang.
Aku buat muka menyampah. Pantang dipuji.
"Aurora nak kemana pakai cantik-cantik ni?"
"Aurora ada photoshoot tapi tiba-tiba cancel pagi ni."
"Jadi, apa plan Aurora hari ni?"
Aku diam. Aku kena urus Wendy. Kena bawa dia balik kondo aku. Tak boleh nak menumpang sini lama-lama.
"Bawa Wendy balik kondo Aurora."
"Kenapa tak stay sini lama sikit?"
Uihhh...jangan. aku kalau boleh aku nak elak stay sini sebab aku takut kejadian semalam terjadi lagi. Ha...naya aku. Setiap hari jumpa si Han boleh jatuh cinta. Tapi, aku memang dah jatuh cinta, kan? Ah lantaklah!
"It's okay, auntie."
"Han!" Suara kuat Lucca yang memanggil Han itu membuatku kaku. Aku takut untuk berpaling.
"Morning, mama." Ucap Han sambil memeluk Puan Mariah.
Aku hairan. Mama? Maksudnya, Han ni anak angkat Puan Mariah?
"Han nak kemana ni? Siap bawa helmet lagi."
"Han nak jumpa someone."
Someone? Gerek ke? Isteri?
"Siapa?" Soal Puan Mariah.
Han mendiamkan diri. Dia tidak tahu hendak menjawab apa. Lucca yang sedar akan keadaan itu lantas mencelah.
"Dia jumpa kawan kot tu mama."
"Jaga diri. Lagi-lagi bila bawa motorbike tu." Pesan Puan Mariah. Lucca hembus nafas lega. Nasib tak kantoi. Lucca tahu Han hendak berjumpa siapa.
Aku yang sedari tadi hanya menjadi pendengar lantas bangun daripada sofa. Baru aje aku hendak berlalu pergi, tangan Puan Mariah lebih laju menangkapku.
"Aurora duduk dulu. Auntie nak kenalkan Han." Arahnya. Dengan tak ikhlas aku kembali duduk. Kepalaku hanya tunduk memandang lantai marmar itu.
Han berpaling memandang wajah Aurora. Cantik. Lagi-lagi apabila gasid itu mengikat rambut ikal mayangnya itu. Lucca yang sedar akan pandangan Han pada wajah Aurora berdeham kuat.
Dia tahu Han menarih perasaan cinta terhadap Aurora. Cuma Han aje yang lembab sebab tak nak luahkan perasaan dia. Kalau Han luahkan oerasaan dia dekat Aurora, memang confirm kena terima sebab diorang suka each other. Diorang aje yang lambat.
"Aurora, kenalkan ini Prince Han. Anak angkat auntie. Dia kerja as photographer." Jelas Puan Mariah.
Lambat-lambat aku angkat kepala pandang Han. Aku senyum tapi agak awkward. Malu kot aku dengan apa yang jadi semalam dengan pagi tadi.
"Mama tak payah susahkan diri. Diorang memang dah kenal." Lucca mencelah.
"Oh ya?"
"Diorang pernah jumpa masa dekat Italy." Jelas Lucca pendek.
Aku dan Han hanya menganggukkan kepala tanda mengiyakan kata-kata Lucca itu.
"Semalam Han pergi mana masa birthday Aurora?"
"Han ada dalam bilik semalam. Penat sangat. So, Han tidur awal."
"Lahh...sayangnya Han tidur awal. Han tak ada hadiah ke nak bagi Aurora?" Soal puan Mariah.
Okey. Soalan itu agak tiber ya. Auntie ni pun satu. Tanya soalan pelik maacm tu. Han mana nak tau kalau semalam birthday aku, kan?
"I already gave her mama." Katanya sambil memandangku. Ah sudah~ ya, hadiah dia yang paling pelik. Tapi aku suka. Eh?
Lucca dan Puan Mariah mandang kami berdua silih berganti dengan pandangan yang hairan. Hamoir pecah ketawaku apabila melihat wajah Lucca. Mesti ada banyak persoalan dalam otak dia.
"Han pergi dulu mama." Kata Han lalu berlalu pergi.
"Nanti aku ikut kau dari belakang." Kata Lucca pula lalu berlalu pergi ke bilik. Mungkin mengambil kunci kereta miliknya.
-----
Lucca melangkah mendekati Han yang sedang berada di taman rumah sakit Jiwa Melbourne. Ya, mereka sedang melawat George. Lucca sudah lama mengetahui tentang ayah kandung Aurora itu.
Hanya mereka berdua yang tahu akan perkara itu. Puan Mariah pun tidak tahu. Aurora pun sama. Pernah sekali Lucca bertanya tentang ayahnya, namun hanya dibiarkan sepi sehingga kini.
"Sorry bro aku lambat. Tadi aku hantar mama pergi jumpa kawan dia." Kata Lucca lalu duduk di sebelah Han.
Han menghulurkan ice americano yang dibelinya di kantin sebentar tadi kepada Lucca.
"Thanks." Ice americano dihirup perlahan. Musim panas macam ni best kalau minum air ni.
"Macam mana keadaan uncle George?" Soal Lucca memecahkan kesunyian di antara mereka berdua.
"Keadaan dia makin teruk. Dia ada masa 2 bulan aje lagi."
Lucca diam. Kasihan dia dengan uncle George itu. Sudah setahun lebih Han menjaga dan membiayai perubatan George. Dia melayan George seperti ayah kandungnya sendiri.
"Bila kau nak bagitau Aurora pasal ni?"
"Entah. Aku pun tak tau."
"Kita kena bagitau dia dalam masa terdekat ni. Kesian dengan un le. Dia nak sangat jumpa Aurora."
Setiap kali mereka melawat George, nama Aurora selalu meniti di bibir lelaki tua itu. Mungkin rasa rindunya tehadap anak gadisnya semakin mebuak-buak.
"By the way, hadiah apa kau bagi Aurora? Macam mana kau tau semalam birthday dia?" Soalan yang keluar daripada mulut Lucca membuat Han berpaling.
"Kan aku ada join semalam. Yang kat luar tu."
"Ahhh...betul juga. Lupalah."
"Hadiah apa kau bagi?" Soal Lucca lagi.
Han diam. Soalan itu hanya dibiar tidak berjawab. Lucca menepuk bahu kanan Han perlahan.
"I think she loves you. So, you need to take the first step, bro."
"Aku pembunuh. Aku tak layak untuk dia."
Lucca mengeluh berat. Han menyalahkan dirinya lagi. Lagi dan lagi. Han masih menyalahkan dirinya sendiri dengan kematian ayahnya 12 tahun yang lalu.
"It's not you fault." Kata Lucca. Dah berbuih mulut Lucca memberitahu Han bahawa semuanya hanya kesilapan. Bukan salah han dan Han bukan pembunuh ayahnya.
Satu hal lagi. Han selalu bermimpi akan kejadian yang menimpa ayahnya di hari lahirnya 12 tahun lalu. Sampai sekarang pun Han masih diserang mimpi buruk itu. Sian...sian...
Share this novel