Bab 11

Romance Series 704

"Hoi minah! Laju sikit. Bersiap pun setahun." Jeritku daripada ruang tamu. Jrum jam telah menunjukkan angka 8 pagi.

"Kenapa?"
"Kenapa apa?"

Walaupun aku tau Wendy tak ada kat situ tapi aku tetap jeling dia daripada jauh. Minta penampar betul minah tu. Ada ke patut tanya aku 'kenapa'?

Tanpa menunggu lagi, langkah kubawa menuju ke arah bilik tidurnya. Tanpa ketuk dan salam, pintu aku tolak kasar.

Kelihatan gadis itu masih lagi berada di hadapan cermin solek. Tangan kirinya memegang mascara.

"Aku punya tunggu kau setahun tapi kau baru pakai mascara?" Soal Aurora sambil bercekak pinggang.

"Kenapa kau tunggu aku?" Soalan Wendy itu membuat mataku membulat. Memang nak kena minah ni!

"Kau kata kat aku semalam nak jalan-jalan. Jadi, aku bawalah kau jalan-jalan hari ni, bengong!" Balasku. Anak mata Aurora tidak lari daripada memandang Wendy.

Wendy berpaling.
"Han ajak aku keluar. Dia ada call aku pagi tadi." Kata Wendy.

Riak pada wajah Aurora bertukar secara drastik. Masih terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Wendy itu. Dia cuba untuk mengawal riak di wajahnya. Entah mengapa dia berasa sedih dengan berita itu tadi.

"Cakaplah awal-awal minah!" Kata Aurora.

"Aku baru nak bagitau."

Lama Aurora diam. Kemudian, badannya dipusing menghadap pintu. Tombol pintu digenggam kuat.

"Aku cau dulu. Have a nice day." Ucapku lalu berlalu pergi.

Beg tangan yang dicampak di atas sofa di ruang tamu sebentar tadi dicapai dan dibawa bersama. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya. Punggungnya dilabuhkan di atas katil besarnya.

Banyak persoalan yang berada di dalam fikirannya.

1. Macam mana Han boleh ada nombor telefon Wendy? Maybe si Lucca yang bagi kot.

2. Kenapa Han ajak Wendy keluar?

3. Diorang rapat ke?

4. Diorang ada apa-apa ke?

5. Apa maksud segala layanan mesra Han dekat aku selama ni kalau bukan sebab dia suka aku?

6.....Arghhhh! Malas aku fikir. Baik aku sambung tidur. Masa hujung minggu macam ni, sangat berfaedah untuk tidur daripada merayau macam Wendy. Huh!

Aurora bangun seraya menukar pakaiannya kepada pakaian yang selesa untuk dipakai di rumah. Make up ditanggalkan. Usai mencuci wajahnya, Aurora segera naik ke aras katil dan berbaring.

Dan....Aurora lena dibawa mimpi.

-----

Auch! Sakit gila perut aku!

Kelopak mata dibuka perlahan. Sambil itu kedua-dua tangan Aurora dibawa ke perutnya. Sakit. Perutnya ditekan kuat untuk menahan rasa kesakitan itu.

Tiba-tiba hidung milik Aurora menangkap bau yang tidak enak.

Bau apa ni? Bau darah?

Laju kepalanya berpusing mencari di mana asalnya bau itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat darah merah di atas katil. Dia mengeluh berat.

Patutlah perut aku sakit. Bendera jepun rupanya.  Hmmm... Payahlah nak cuci cadar aku ni nanti. Nasib tak banyak. Lega aku.

Aurora turun daripada katil. Tuala berwarna putih yang disangkut diambil. Langkahbya dibawa masuk ke dalam bilik mandi. Dia ingin membersihkan dirinya terlebih dahulu.

Hampir 30 minit Aurora berada di dalam mandi. Aurora melangkah keluar dengan hanya memakai bathrobe warna biru laut.

Cadar di atas katil dicabut dengan menggunakan sekuat tenaganya. Kemudian, cadar tersebut dibawa ke bilik cucian dan diletakkan di dalam mesin basuh.

Usai sahaja memastikan mesin basuh berfungsi, Aurora lantas berjalan menuju ke ruang tamu. Dia duduk di atas sofa lembut itu. Tiba-tiba rasa sakit di perutnya kembali menyakiti dirinya. Rasa sakinya sangat menyeksa sehingga dia merasakan seperti tubuhnya lemah.

Mungkin penyakit gastriknya datang. Seharian dia tidak menyentuh nasi mahupun air kosong. Enak sekali tidurnya sehingga tidak terbangun dek kerana lapar. Jam di dinding sudah menginjak pukul 7 petang.

Si Wendy pula belum pulang lagi. Telefon pintar diambil dan nombor sahabatnya itu didail. Adalah tiga kali dia mendail tetapi tidak diangkat. Aurora mencuba lagi.

"The number you have dialed is not..." laju-laju butang merah ditekan. Menyakitkan hati betul! Kalau ya pun dating janganlah abaikan aku dekat rumah ni.

Ting! Ting! Ting!

Kedengaran bunyi loceng rumahnya berbunyi. Tiga kali loceng itu ditekan. Entah siapalah yang datang pada jam sekarang.

Dengan segala kudrat yang dia ada, langkahnya diatur menuju ke pintu. Sesekali dia berhenti seketika. Perutnya ditekan kuat. Nasib baik ada dinding sebagai penyokongnya ketika berjalan.

Daun pintu besi itu ditarik perlahan. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat gerangan yang datang. Seorang lelaki yang sudah dua hari tidak kelihatan sejak peristiwa di hadapan restaurant itu.

Anak matanya memandang tepat wajah Han. Lelaki itu kelihatan kacak seperti biasa. Entah mengapa wajah tenang itu memberi ketenangan kepada Aurora.

Kelihatan Han menelan air liurnya perlahan. Dia cuba untuk mengawal riak wajahnya. Terkedu dia apabila melihat gadis di hadapannya itu hanya memakai bathrobe berwarna biru laut. Rambut panjang milik gadis itu masih basah. Tergugat iman lelakinya buat seketika namun dia cuba untuk mengendahkannya. Han berdeham.

"How are you?" Soalan pertama lelaki itu. Senyuman di bibirnya membuat bibir Aurora tersenyum tanpa sedar.

"I'm not feeling well today. Awak buat apa kat sini? Macam mana awak tau rumah saya?" Berganda-ganda soalan aku berikan kepadanya.

"Are you sick?" Wajah pucat Aurora dipandang. Seluruh wajahnya pucat. Gadis itu kelihatan lemah.

Aurora geleng. Entah bagaimana dia hendak memberitahu si Han. Kini Aurora mengalami kesakitan di perutnya kerana gastrik dan juga period. Gabungan yang bagus. Nak mati rasanya menahan kesakitan.

"Gastrik." Balas Aurora.

"Auch!" Aurora mengaduh kesakitan sambil tangan kanannya menekan kuat perutnya. Sakit. Han yang melihat gadis itu menahan kesakitan lantas melangkah masuk ke dalam rumah Aurora.

"Are you okay?" Soal Han dengan wajah yang bimbang. Kedua-dua bahu Aurora disentuh lembut. Anak matanya mencari keberadaan anak mata Aurora.  Lebih membimbangkan apabila air mata mulai berlinangan.

"Sakit." Rintih Aurora. Sungguh dia tidak dapat menahan kesakitan pada perutnya. Tidak pernah dia gastrik dan period cramp dalam masa yang sama sebelum ini.

"Let's go to the clinic. " kata Han. Namun, Aurora menggelengkan kepala.

"Then we go to your room?"
Aurora angguk.

Han menarik lembut pinggang Aurora dan tubuh Aurora kini berada di awangan. Dia menggendong tubuh gadis itu  dan melangkah masuk ke dalam bilik tidur Aurora. Sebaik sahaja tiba di bilik, tubuh gadis itu diletakkan perlahan di atas katil.

"Awak rehat dulu. Saya masakkan sesuatu untuk awak." Kata Han sambil tersenyum ke arah Aurora.

Aurora diam. Tidak mampu untuk berbicara mahupun menganggukkan kepalanya. Dia hanya memandang wajah lelaki itu.

Tanpa menunggu lama, Han berlalu pergi keluar daripada bilik tidur Aurora. Dengan langkah tang cepat Han terus menuju ke dapur. Dia ingin masak apa sahaja yang ada di peti sejuk. Risau dia melihat keadaan gadis itu.

Dia mula dengan menyediakan bahan untuk memasak sup ayam. Hampir setengah jam Han berada di dapur. Sesekali dia masuk ke bilik Aurora untuk menjenguk gadis itu. Nasib baik gadis itu sedang lena tidur.

Aurora Luvvie. Nama yang mampu membuat detak jantungnya berdebar laju bagaikan baru sahaja berlari 100 meter. Gadis yang selama ini membuat hatinya tidak keruan. Gadis itu yang membuatnya mengenali apa itu rindu.

Tiba-tiba kejadian 8 tahun lalu menerjah fikirannya. Keduan di mana dia berjumpa Aurora untuk pertama kalinya.

Ketika itu dia sedang berada di Italy. Setelah kematian kedua ibu bapanya, Han mengambil keputusan untuk tinggal di Italy. Dia tinggal di asrama sejak kecil. Pada hari dia bertemu Aurora, dia sedang menangis teresak-esak di hadapan sebuah kedai kek.

Ketika itu dia menangis kerana hari itu merupakan hari lahirnya. Namun, hari lahirnya tiada sambutan. Hanya sepi. Kali terakhir dia merayakan hari lahirnya adalah ketika kejadian di mana ayahnya meninggal. Itulah kali terakhirnya.

"Why are you crying?"

Han berpaling ke arah kiri apabila mendengar suara seorang gadis. Seorang gadis yang cantik dan mempunyai potongan rambut pendek paras bahu.

Han mengelap air matanya menggunakan hujung lengan baju kemeja sekolahnya. Dia berpaling ke arah gadis itu dan mereka bertatapan buat seketika.

Cantik. Anak mata gadis itu kelihatan cantik dan bersinar. Ingin sekali dia melihat anak mata itu dengan jarak yang lebih dekat namun dia tidak mampu.

"I guess you are 16 years old?" Soal Aurora dan Han angguk kepala tanda mengiyakan kata-kata Aurora.

"Then you should not crying." Kata Aurora. Han yang mendengar kata-kata itu lantas ketawa perlahan. Tiba-tiba dia malu kerana menangis di hadapan seorang gadis.

"Here." Kelihatan Aurora memberikannya sebatang gula-gula berperisa strawberry. Han memandangnya dengan pandangan yang hairan.

"My father always give me this lollipop when I am sad. So, I give you this lollipop because you are sad." Kata Aurora sambil tersenyum manis ke arah Han. Lambat-lambat Han menerima gula-gula itu.

"Thanks." Ucap Han sambil tersenyum.
"Wow! You have such a beautiful smile. Didn't you know?" Selamba aje Aurora berkata sebegitu.

Han geleng kepala lalu ketawa. Dia bahagia. Entah mengapa dan apa sebabnya pun dia tidak tahu.

"I need to go now. Don't be sad. But if it is too hard for you, then you can cry. You will feel better." Kata-kata yang keluar daripada bibir Aurora itu membuat Han terharu. Matanya tidak berkelip memandang wajah cantik gadis itu.

"By the way, my name is Aurora Luvvie. Please remember my name." Kata Aurora sebelum melangkah pergi meninggalkan Han.

Han tersentak apabila melihat bayang Aurora menghampiri dapur. Laju-laju dia pergi mendapatkan Aurora.

"Saya perlu air panas." Kata Aurora lalu melangkah ke arah kabinet untuk mengambil cawan. Han pula hanya memerhati daripada belakang.

"Kenapa tak panggil saya aje?"
"Saya tak nak susahkan awak."

Han memandang Aurora. Kenapa gadis itu perlukan air panas? Setahu dia gastrik mana ada perlu air panas untuk redakan sakit.

Lama Han berfikir. Kejap. Air panas? Sakit perut? Sah! Gadis itu bukan hanya gastrik tetapi period cramp. Dia tahu pun sebab staff dekat office tempat dia bekerja di Italy mengalami hal yang sama seperti Aurora.

Dia lantas mendekati Aurora yang sedang mengambil air panas pada mesin air cuckoo. Dengan lembut tubuh gadis itu dibawa ke dalam pelukannya daripada arah belakang. Tangan kirinya memeluk erat bahu Aurora manakala tangan kirinya memeluk erat bahagian perut Aurora.

Aurora terkedu dan tersentak buat seketika. Dadanya berdebar laju. Pelukan lelaki itu sungguh erat sehingga dia dapat menghidu perfume milik lelaki itu. Kehangatan yang dia rasakan ketika itu membuatnya terbuai seketika.

"Feel better?" Soal Han dengan lembut. Tangan kanan milik Han di bahagian perutnya disentuh. Aurora diam. Dia keliru dengan tindakan Han itu. Kenapa?

"I know you are having period cramp." Kata-kata Han itu membuat Aurora terkejut. Merah kedua-dua pipinya ketika itu. Bagaimana dia boleh tahu?

Sekali lagi Han mengeratkan lagi pelukannya pada tubuh kecil Aurora itu. Erat sekali sehingga dia tidak mahu melepaskan pelukan itu.

"It was you, right?" Soal Han.
"What?" Soal Aurora semula.
"Perempuan yang bagi lollipop strawberry kat saya 8 tahun yang lepas. Itu awak kan, Aurora Luvvie?"

Serta merta kejadian 8 tahun yang lalu menerjah masuk ke dalam fikiran Aurora. Ya, dia ingat. Sangat. Kejadian itu ridak dapat dia lupakan kerana dia asyik teringat akan senyuman manis milik lelaki itu. Dan pemilik senyuman manis itu pada 8 tahun yang lalu adalah Prince Han.

"Macam mana awak boleh ingat?" Soal Aurora.
"Mata awak. Saya suka mata awak." Kata Han sambil tersenyum.

Aurora yang mendengar kata-kata Han itu lantas mengukir senyuman.

"Saya suka senyuman awak. Cantik." Kata Aurora pula. Aurora seperti tidak percaya bahawa mereka dapat berjumpa semula. Tapi, ada sesuatu yang dia perlu tanya.

"Kenapa awak nangis masa tu?" Soal Aurora. Dia yeringat ketika itu lelaki itu menangis teresak-esak seperti merindukan sesuatu.

"Jom, makan. Saya ada masak sup ayam untuk awak. Nanti sejuk pula." Han berdalih. Nampaknya Han tidak mahu menceritakan perkara sebenar kepada Aurora.  Aurora pula hanya mengikut.

Pelukan Han pada tubuh Aurora dilepaskan. Langkah dibawa menuju ke meja makan. Semua hidangan sudah disediakan. Bersinar mata Aurora apabila melihat pelbagai jenis lauk di atas meja. Dia terharu dengan perbuatan lelaki itu.

"Thank you." Ucap Aurora.
"Anything for you, sweetie." Kata Han sambil tersenyum manis.

Sweetie? Kenapa? Sebab aku bagi dia gula-gula? Malas aku. Bagus aku makan sekarang sebelum aku mati sebab gastrik.

-----

Lucca dan Wendy berjalan beriringan menuju ke  kondominium milik Aurora.
Selepas mereka berdua berjumpa Han di cafe pagi tadi, Lucca mengajaknya untuk bermain di bandar Melbourne itu. Si Wendy pula laju sahaja mengikut.

Loceng rumah ditekan. Puas Wendy menekan loceng tetapi pintu masih tidak dibuka.

"Awak tak tau ke password rumah ni?" Soal Lucca.

"Tak. Saya tak pernah tanya Aurora." Balas Wendy. Dia mengeluh berat.

Diam seketika. Cuba untuk meneka apakah password pintu itu. Lucca pula jarang ke rumah Aurora kerana selalunya Aurora menghabiskan masanya di rumah kekuarganya bersama mama.

"Let me try." Kata Lucca lalu menekan beberapa nombor pada pintu. Wendy pelik apabila nom or yang ditekan oleh Lucca sebentar tadi adalah betul.

"How can?"
"Han's birthday." Balas Lucca pendek.

Daun pintu ditolak perlahan. Mereka berdua melangkah masuk. Sebaik sahaja tiba di ruang tamu, langkah mereka terhenti.

"Wow." Hanya itu kata-kata yang mampu diucapkan oleh Wendy apabila melihat Aurora tidur lena di dalam pelukan hangat Han.

Mereka berdua sedang tidur di atas sebuah sofa di ruang tamu. Wendy tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Sahabatnya sedang tidur lena sambil tubuhnya dipeluk erat oleh Han.

"Wrong timing." Kata Lucca dengan suara perlahan. Risau kalau-kalau Aurora dan Han terbangun.

"Ada yang saya tak tau ke? Diorang ada apa-apa ke?" Soal Wendy dengan nada tidak puas hati. Sanggup Aurora menyembunyikan hubungannya dengan Han.

"Nope. Diorang tak ada apa-apa relationship pun."
"Tapi tu..."

Lucca tarik nafas dalam.
"He loves her." Kata Lucca.

Kejap. He loves her? Maksudnya Han cintakan Aurora? Betul kan? He loves her. Wei....sejak bila ni? Astaga. Aku pulak yang pening bila fikir. Bukan diorang baru jumpa beberapa kali aje ke? Cepat betul si han ni jatuh cinta?

"Jom pergi cafe kat depan tu. Malam masih muda. Let them be." Kata Lucca seraya meraih tangan kanan Wendy dan dibawa ke dalam genggamannya.

Wendy terkedu. Layanan Lucca terhadapnya sungguh membuat jantungnya luluh. Dia sukakan Lucca tetapi dia takut. Wendy tidak dapat melupakan fakta bahawa Lucca adalah seorang playboy yang hanya memainkan hati para perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience