"Kau jangan lupa call aku tau kalau kau dah sampai sana." Pesan Wendy kepadaku.
"Jangan risau. Aku nak berak pun aku akan call kau." Balasku.
Besar penumbuk mendarat dekat bahu kanan aku. Sakit oi! Nasib kau kawan aku.
"Semua kau dah packing? Barang yang lain tu nanti-nanti lah aku hantar. Melawat kau sekali dekat sana."
Aku tersenyum. Terharu. Wendy selalu ada bila aku perlukan dia. Dia adalah family aku sebab aku dah tak ada siapa-siapa dah. Aku ada Wendy aje sekarang. Family dia pun dah anggap aku macam anak dia sendiri.
"Rumah kau dah jumpa?"
"Sudah."
"Baguslah tu. Kau jaga diri tau sana." Pesannya kepadaku.
"Don't worry babe. Aku dah besar."
Aku ketawa perlahan. Aku kerling jam tangan. Ada 2 jam lagi.
"Flight aku pukul 3. So, aku pergi dulu."
Wendy lantas memeluk tubuhku dengan erat. Aku tahu dia sedih dengan pemergian aku. Nak buat macam mana? Aku nak capai impian aku.
"Jaga diri tau." Pesannya acap kali.
"Okey. Kau pun jaga diri."
-----
Tepat pukul 7 malam aku tiba di Melbourne. Aku tidak dapat percaya bahawa aku akan menginjakkan kaki di tempat yang penuh romantik ini. Udaranya yang segar. Aku terbuau seketika oleh kerana angin malam yang indah. Deruan angin yang lembut menyentuh setiap inci kulit tubuhku.
Kini aku telah berada di hadapan sebuah bangunan tinggi yang mempunyai 3 tingkat. Aku baca nama yang tertera di depan bangunan itu.
Queen Victoria Hotel? Aik? Kenapa hotel? Sepatutnya Sônô Company kan? Aku salah alamat ke? Tapi, betul alamat ni. Aku ikut sebijik kot. Takkan salah?
Tanpa melengahkan masa, aku melangkah masuk ke dalam bangunan tersebut. Langkahku diatur menuju ke kaunter pertanyaan. Seorang gadis ayu sedang tersenyum memandangku.
"May I ask you something? " soalku.
"Yes. What can I help you?"
"Do you know Sônô Company? Model's company."
"Sônô Company?" Gadis itu agak keliru. Keningnya berkerut sedikit.
Aku keluarkan surat yang pernah dihantar oleh Sônô Company kepadaku tempoh hari.
"I haven't heard about this company."
"What?"
Aku panndang wajah gadis itu. Kau biar betul? Karang aku search ada, on the spot aku tibai hang.
Aku keliru. Apakah yang sebenarnya terjadi?
"Really?" Soalku lagi untuk kepastian. Gadis itu mengangguk kepala dengan laju.
"It's okay. Thank you." Ucapku seraya melangkah keluar daripada hotel tersebut. Aku kena scam ke?
Aku ambil telefon milikku daripada kocek seluar. Laju jari-jemariku mencari nama company tersebut melalui Google. Jantungnya berdebar menunggu keputusannya. Aku berharap bahawa sangkaanku adalah salah.
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat 'result not found' tertera pada skrin. Maksudnya company tu tak wujud kat bumi ni? Ke Google aku ada masalah?
Aku rasa nak menangis tapi aku tahan. Aku tak boleh rentan. Aku kena kuat. Aku tak boleh putus asa. Kalau aku tak dapat jadi model, aku boleh aje cari kerjaya lain, kan? Kita tak boleh putus asa dengan senang. Nanti setan pun ikut serta putus asa dengan kita. Haaa...merepek lagi.
Kecewa? Memang aku kecewa. Beribu duit aku habiskan untuk membawa diri ke Melbourne. Rupa-rupanya ini adalah sebuah penipuan.
Siapa punya kerja ni! Kau tipu aku hidup-hidup. Bengong betullah. Habiskan duit aku aje nak datang sini. Karang aku sumpah jugak orang yang terlibat ni. Aku sumpah kau mandul. Ha...biar kau tak dapat bina keluarga besar. Suka hati mak bapak dia aje! Kurang asam.
Kalau aku bagitau Wendy, nanti naya aku dibuatnya sebab percaya bulat-bulat pasal surat tu. Aku bukan tak pernah tengok dia marah. Kalau minah tu marah boleh bawa wakil masuk perang dunia ketiga.
Kebetulan telefon pintarku berdering. Tertera nama Wendy pada dada skrin. Panjang umur minah ni. Macam tau aje yang aku tengah fikirkan dia.
"Hmmm."
"Kau dah sampai ke?"
"Dah. 1 jam yang lepas."
"Kenapa tak call. Ni kalau aku tak call kau memang tak call kan?"
Hmmm...aku bukan sengaja tak call kau wendy. Aku buntu sekarang. Aku tak tau nak buat apa kat bumi asing ni.
"Sorry."
"Kau dah pergi company tu?"
Huh...apa aku nak jawab ni?
"Err...esoklah."
"Haa...jaga diri tau sana. Aku memang tak percaya dunia masa sekarang."
"Hmmm...jangan risau."
"Okey. Aku cau dulu."
Panggilan tamat. Aurora terduduk di hadapan bangunan hotel itu. Entah apa tang harus dia lakukan ketika itu. Segalanya buntu. Gelap. Tak ada cahaya dah.
"Rileks Aurora. Sekarang kau pergi dulu ke rumah yang kau dah beli tu. Tenangkan diri." Aku cuba untuk pujuk hati.
Tanpa berlengah aku memesan teksi dalam talian. Zaman sekarang teknologi dah semakin berkembang. Semua dekat hujung jari aje.
Tak sampai 5 minit, teksi sudah tiba di hadapannya. Semua barangnya dimasukkan ke dalam bonet kereta. Kemudian, Aurora masuk ke dalam kereta. Sempat dia memberikan senyuman manis kepada pemandu teksi. Senyumannya dibalas ramah.
"Do you wanna have some water, miss?" Soal pemandu itu.
"Yeah, sure. Thanks."
Pemandu itu menghulurkan sebotol air mineral.
Lah...air mineral aje ke? Kenapa tak ice americano ke? Tak pun bubble tea. Ha...kan sedap. Ni air mineral. Rumah aku ada satu tong air mineral.
Ishhh...kau ni Aurora.
Rezeki jangan ditolak. Air free mana boleh ditolak. Sudahlah aku memang haus. Sedari tadi aku tak sempat nak singgah mana-mana kedai sebab aku terburu-buru. Tapi, akhirnya aku kena tipu. Apalah nasib aku hari ni. Malang betul.
Usai sahaja minum sedikit air mineral yang diberikan oleh pemandu teksi, aku merasakan kepalaku sakit. Sakit yang teramat. Tubuhku terasa seperti melayang di awangan. Benda terakhir aku nampak adalah wajah pemandu teksi yang yersenyum sini ke arahku.
Aku pengsan.
-----
Share this novel