Bab 13

Romance Series 704

Aku menggeliat kecil. Cuba untuk membetulkan segala struktur di badanku. Jam dinding dikerling. 8.30 pagi.

Aurora pandang sekeping kad di atas meja. Sekeping kad yang berwarna hitam. Nama Prince Han diukir menggunakan ink berwarna emas. Cantik.

Sudah seminggu berlalu sejak kejadian di mana Han datang ke rumahnya itu. Waktu itu Aurora mengalami sakit gastrik dan period cramp dalam masa yang sama. Dan jejaka itulah yang datang merawatnya. Bagaimana? Kenapa? Tiada jawapan yang pasti.

Sudah seminggu juga Aurora tidak melihat wajah tampan milik Han. Rindu? Ya, memang dia akui. Aurora rindu akan layanan hangat Han terhadapnya. Entah mengapa bagi seorang gadis bernama Aurora itu, setiap sentuhan dan kata-kata daripada Han sungguh memberi kehangatan kepadanya. Adakah dia sudah jatuh cinta? Hmmm...kalau tu tak pasti lagi.

Pertemuan mereka berdua sungguh tidak diduga. Pertemuan secara tiba-tiba dan pada akhirnya lelaki itu akan menghilang membuat hati Aurora tertanya-tanya ke manakah perginya jejaka itu?

Tok! Tok! Tok!

Ketukan pada pintu bilikĀ  membuatku berpaling. Aku lantas bangun daripada katil seraya melangkah menuju ke arah pintu. Tombol pintu dipusing.

"Where are you going?" Soalku kepada Wendy sebaik sahaja melihat kehadiran Wendy di muka pintu. Gadis itu kelihatan cantik dengan memakai dress klasik berwarna vintage. Rambutnya pula disanggul tinggi. Nampak gayanya seperti ingin keluar.

"Hari ni aku ada meeting dengan team promotion untuk event bulan depan." Kata Wendy.
"Bulan depan? Tarikh?"
"Sama dengan show kau. Jadi aku minta maaf sebab aku tak dapat datang show kau."

Aku buat muka sedih sambil memuncungkan bibirku.

"Tak payah buat muka sedih."
Aku hanya tertawa perlahan.

"Aku pergi dulu. Lunch nanti jangan tunggu aku." Kata Wendy.
"Nak aku hantar tak?"

Wendy geleng kepala.

"Aku dah lambat ni. Aku naik teksi aje."
"Hati-hati tau." Pesanku. Wendy sekadar menganggukkan kepalanya seraya berlalu pergi.

Kakiku dihayun semula menuju ke arah katil. Dilabuhkan punggungku di atas katil. Bussines card milik Han dicapai. Ada nombor telefon.

Patut ke aku call? Tanya khabar? Sihat ke tak? Boleh kan? Sebagai seorang yang terhutang budi dengan kelakuan baik si Han. Boleh kan? Okey.

Laju nombor telefon Han didail. Tut...tut...tut.
Tiada jawapan. Sekali lagi didail. Tidak juga diangkat. Aku mengeluh sedih. Telefon pintar milikku dibaling ke aras sofa.

Aku bangun daripada katil. Tuala yang disangkut dicapai seraya kakiku melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Daripada fikir pasal Han baik aku mandi. Berfaedah sikit.

Hampir 1 jam aku berada di dalam bilik mandi. Aku berendam sebenarnya tadi sebab tu lama. Usai mandi, aku melangkah keluar daripada bilik mandi. Badan terasa segar. Kemudian, aku melangkah menuju ke meja solek. Rambutku yang basah dikeringkan menggunakan pengering rambut.

Tiba-tiba lagu Love, Maybe nyanyian MeloMance berdering menandakan ada panggilan masuk. Butang hijau pada dada skring kutekan.

"Good morning my Luv."

Tau kan siapa? Haa...dialah tu. Lucca.

"Kenapa?"
"Saya nak jumpa my Luv boleh? Kita jumpa dekat tempat biasa."

Ah! Bengonglah mamat ni! Aku nak bermalas-malasan pun tak boleh. Esok kena kerja balik sebab nak potong baju untuk show bulan depan. Nama aje bulan depan tapi ada seminggu lagi nak masuk bulan depan.
Jadi, mulai esok aku memang akan ulang alik dari rumah ke syarikat.

"Apa kata awak yang datang sini? Saya malas nak keluar." Kataku dengan nada suara yang manja. Sengaja hendak membodek Lucca.

"No. Saya nak ajak awak pergi ke sesuatu tempat."
"Pergi mana pula?"
"Awak bersiap eh? Nanti saya datang jemput awak. Bye, my Luv."

Baru sahaja aku hendak membuka mulut, talian sudah diputuskan oleh Lucca. Kurang asam!

-----

Sebaik sahaja tiba di destinasi yang dituju, langkahku hanya dibawa mengikuti langkah Lucca yang mendahului. Aku hairan. Ingin bertanya tetapi aku memilih untuk berdiam sahaja yerlebih dahulu. Wajah Lucca kelihatan bimbang sedari tadi. Malah lelaki itu diam tidak seperti biasa. Apa yang terjadi?

Aku memandang keadaan di sekeliling. Ramai manusia yang berada di tempat itu. Bau antiseptik yang kuat memenuhi setiap penjuru bangunan itu. Dindingnya yang dicat dengan warna biru muda dan sedikit meeah jambu lembut mampu membawa ketenangan kepada hati yang memandang.

Aku keliru. Mengapakah Lucca membawanya ke sini? Bukan hospital tetapi runah sakit jiwa.

Kelihatan Lucca melangkah masuk ke dalam sebuah bilik yang bernombor 605. Daun pintu diketuk perlahan. Aku pula hanya mengikut sahaja daripada belakang.

Sebaik sahaja kami masuk, aku melihat sekujur tubuh sedang berbaring di atas sebuah katil. Seorang lelaki tua. Banyak wayar yang melekat pada tubuhnya ketika itu. Tubuhnya lemah.

Aku berjalan mendekati katil. Jantungku berdegup dengan kencang. Siapakah lelaki tua itu? Kenapa Lucca membawa aku ke sini?

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat wajah lelaki tua itu. Terasa seperti jantungku berhenti berdetak. Buan seketika aku terlupa untuk bernafas. Kelopak mataku terasa panas. Seperti tidak dapat ditahan, akhirnya aku menangis. Tidak sangka akan bertemu seseorang yang amat aku benci selama ini. Rindu? Memang aku akui aku rindu. Tetapi rindu dengan hadirnya rasa benci di dalam diriku.

Aku memalingkan wajah memandang ke tempat lain. Tidak sanggup aku memandang wajah itu. Wajah yang pucat. Sekali pandang memang rupanya seperti bertarung dengan nyawa sendiri.

"Papa awak menghidap penyakit kanser, Aurora. Dia ada masa kurang daripada 3 bulan untuk hidup." Kata Lucca sambil matanya memandangku.

"Dia bukan papa saya. Papa saya dah lama meninggal." Kataku. Ya. Bagiku papa dah lama meninggal. Jiwanya mati. Hanya tubuhnya yang hidup.

"Maafkan dia Aurora. Itu aje yang saya pinta. Selama ini dia cari awak dan dia nak jumpa awak. Awak nak lepaskan peluang ni? Ada kurang daripada 3 bulan lagi Aurora. Dia perlukan awak. Don't you understand?"

"He's the who didn't understand me. Dia bunuh mama aku 12 tahun yang lalu. Dia tikam mama macam mama tu binatang. Aku tak akan maafkan dia. Dia buat aku tersiksa selama aku hidup." Kata Aurora. Kini daya telah bertukar aku. Makdusnya Aurora sungguh marah. Tidak pernah sekali pun hadis itu menggelarkan dirinya aku ketika bersama Lucca dan ini adalah pertama kalinya.

Lucca mendekati Aurora. Jari jemari gadis itu cuba diraih dan digenggam namun laju sahaja gadis itu menepis.

"Macam mana kau jumpa dia? Macam mana kau kenal dia?" Soal Aurora berdas-das.

Lucca mendiamkan dirinya. Perlukah dia jujur? Bagaimana kalau hubungan di antara Aurora dan Han? Akankah mereka berjauh hati? Dia tidak ingin segala usaha Han selama ini hanya sia-sia.

"Aku blah. Jangan cari aku. Leave me alone." Kata Aurora lalu berlalu pergi. Air matanya dikesat menggunakan tapak tangan. Dia tidak mampu untuk menahan kesakitan ketika itu. Hatinya luluh. Memori hitam beberapa tahun lalu kembali menghantui dirinya.

Sebaik sahaja melangkah keluar daripada kawasan rumah sakit jiwa itu, dia terduduk di atas jalan raya. Lututnya lemah. Tidak mampu untuk berdiri. Dia cuba untuk mengawal tangisannya tetapi tidak dapat. Semakin dia menahan semakin dia teresak-esak.

"Hey. Why are you crying, sweetie?"

Aku berpaling bila mendengar suara daripada arah belakang. Sweetie? Setahu aku hanya Han yang memanggilku seperti itu. Tapi, hampa. Bukan Han tetapi orang lain.

Lelaki itu memakai t-shirt hitam dan jeans hitam. Senyuman manis terukir di bibirnya. Mungkin salah seorang pelawat di rumah sakit jiwa itu.

"Who are you?" Soalku bila melihat lelaki itu menghampiriku.

"Do you need some water?" Soal lelaki itu.

Air? Aku memang pantang dengar perkataan 'water' daripada bibir orang yang aku tak kenal. Karang jadi macam awal-awal aku sampai Melbourne. Haa....tak ke naya aku nanti?

"Don't worry. I didn't put any poison into it." Kata lelaki itu apabila melihatku hanya memandang botop mineral itu. Rupa mamat tu pun macam baik.

Aku bangun. Air mata dikesat. Lambat-lambat aku mengambil botol minuman itu daripada lelaki itu. Aku buka penutup dan aku minum.

Tanpa aku sedar, lelaki itu sembunyi senyum. Senyuman yang penuh makna.

Sebaik sahaja aku menelan air itu, terasa kepalaku sangat pening. Penglihatanku semakin kabur. Benda terakhir yang aku lihat adalah...Han?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience