Bab 3

Romance Series 704

Aduh! Sakit benor kepala aku ni. Aku baru aje buka mata dah kena serangan jantung. Gila aku tak terkejut? Tau tak aku dekat mana?

Dekat tengah-tengah padang
Berumput oi! Luas sangat sampai aku tak nampak satu makhluk pun yang hidup kat situ. Aku aje makhluk yang wujud dengan pokok sekali.

"Aku dekat mana ni?"

Sial betullah aku hari ni. Ni semua pemandu teksi tu punya pasallah! Konon nak bagi aku minum air mineral. Tapi, beracun? Bongok betullah. Zaman dah lepas 2020 pun masih guna cara lama. Kolot!

Aku bangun daripada perbaringannya. Cantik tilam aku. Rumput.

Aku memerhati keadaan di sekeliling. Kosong wei! Memang tak ada orang. Tanganku ligat mencari keberadaan beg tanganku. Hampa. Tiada.

"Bodohlah orang tua bangka tu! Kot-kotlah nak curi duit aku janganlah ambik fon aku sekali." Rungutku kasar.

Hati ni tengah panas ni. Mendidih tau tak? Boleh dah buat pakai rebus telur ayam.

Aku bangun berdiri. Aku tepis punggungku yang penuh dengan pasir. Heels yang aku pakai ditanggalkan. Gila apa nak pakai heels tinggi ni? Tanpa memikirkan apa-apa, laju kakiku melangkah. Ke mana? Aku pun tak tau. Aku cuba untuk mencari jalan keluar.

2 jam aku jalan tak jumpa apa-apa. Biar betul orang tua ni. Mana dia buang aku ni? Out of earth ke apa?

Penat berjalan, aku ambil keputusan untuk berhenti sekejap. Aku labuh punggung di atas sebuah kayu panjang. Keluhan berat dilepaskan.

Habis luka tapak kaki aku sebab tak ada pakai apa-apa. Sudahlah badan aku sakit. 2 jam kot aku berjalan aje. Haus pun ye jugak. Hmmm... berat dugaan aku.

Aku dongak kepala memandang ke arah langit. Tiada bintang. Hanya ada bulan. Macam aku. Sekarang aku seorang aje kat sini. Tak ada sapa-sapa pun.

Tidak dapat menahan lagi, akhirnya aku tumpas. Aku kalah. Air mata jatuh berderaian menyentuh pipi merahku. Aku menangis teresak-esak. Aku buntu. Segalanya berlaku tanpa aku duga. Semua hilang. Aku dah tak ada apa-apa. Sudahlah aku dekat negara orang. Mana aku nak cari pertolongan?

Akhirnya aku tertidur dengan esakan. Aku lelah. Sudah tiada daya lagi untuk meneruskan perjalananku. Aku berdoa kepada Tuhan. Berharap ada malaikat yang datang menolongku.

Hampa. Tiada seorang pun di situ.

-----

Aku terbangun apabila hidungku mencium aroma sedap yang tajam. Hmmm...bau bubur ayam. Kubuka mataku perlahan.

Anak mataku tertancap ke arah susuk tubuh yang sedang duduk di sebelahku di atas katil. Aku terkedu seketika. Seorang lelaki berkulit putih. Hidungnya mancung. Alis matanya yang cantik. Pandangan yang dingin tetapi mampu membuat para gadis hangat. Anak matanya yang indah masih dapat kelihatan aslinya walaupun dia memakai kaca mata. Aku terbuai seketika dengan ketampanan wajah itu.

"Dah habis tenung?" Soal lelaki itu.
"Dah." Balasku selamba.

Chewah! Selamba badak aje kau jawab eh. Tapi, memang betul pun aku tengah tenung dia tadi.

Eh kejap. Kenapa aku banyak jumpa orang Malaysia sejak kebelakangan ni? Kuat benar jodohku dengan orang Malaysia. Adakala aku rindu negara asalku itu tetapi ada kenangan buruk yang harus kulupakan. Oleh kerana itu aku membawa diri ke Italy.

Aku cuba sedaya upaya untuk bangun bersandar pada katil.

"Ouch!" Mak aii...kenapa kaki aku sakit sangat ni?

"Kenapa?" Soal lelaki itu perlahan. Jelas kelihatan riak wajahnya yang risau. Kenapa dia risau?

Lelaki itu lantas membelek tapak kakiku. Aku hanya memerhati.

"Kaki awak terluka. Awak makan dulu bubur ayam ni. Lepas tu, saya ubatkan kaki awak." Ujarnya sambil tersenyum manis ke arahku. Halaweii...wahai jantung. Sila jangan berdetak laju.

Aku angguk. Terima kasih Tuhan kerana telah menghantar seorang malaikat bersayap yang hensem.

Lelaki itu mendekat. Sudu diangkat dan disuakan ke arahku. Dia nak suap aku?! Wei serious ahh? Memang malaikat mamat ni.

"It's okay. Saya boleh makan sendiri." Kataku. Yelah, kan. Aku tau aku masih lemah tapi setakat nak makan sendiri aku boleh. Kaki aku yang sakit bukannya tangan. Tangan masih elok lagi.

Lelaki itu tayang senyum. Ah sudah! Meleyot aku woi!

"Awak tunggu sini. Saya nak ambik something." Senyum lagi. Terpesona aku dibuatnya.

"Malaikat." Ujarku tanpa sedar.
"Apa?" Soal lelaki itu.
"Eh tak ada apa-apa." Balasku.

Mulut ni memang tak boleh duduk diam. Sibuk aje.

Lama aku memandang bubur di hadapanku. Selamat ke bubur ni? Dia tak letak racun kan? Mana tau nanti aku kena macam pemandu teksi tadi. Kan naya hidup aku. Sudahlah aku tak kenal mamat tu. Tup-tup dah dalam rumah besar dia. Mafia ke? Atau sugar daddy? Sebab rumah dia mewah semacam. Mewah dia macam boleh tengok dalam tv aje.

"Saya tak letak racun dalam bubur tu. Awak jangan risau." Kata-kata itu membuatku tersedar daripada merepek.

Aku senyum senget ke arahnya. Sudu diambil dan bubur disuakan ke dalam mulut. Sedap. Macam orang yang masak. Mamat ni sedap sangat sampai aku nak makan. Hehe.

Aku sedikit terkejut apabila terasa seperti ada tangan yang menyentuh kakiku. Dingin aje tangan dia. Terharu aku apabila melihat lelaki di hadapanku itu dengan selamba menyapu ubat pada luka di tapak kakiku. Setiap sentuhan pada kakiku sunggu lembut. Hilang segala rasa sakit yang aku rasa.

Kenapa dia buat macam tu? Kenapa dia layan aku macam ni? Memang adat manusia saling tolong menolong. Aku pujuk hati. Berusaha untuk tidak jatuh hati. Mana tau suami orang?

"Nama awak siapa?" Soalnya. Tangannya masih ligat menyapu ubat pada luka kakiku.

"Aurora Luvvie."
"Love?"
Aku hanya tayang sengih.
"Nama saya Lucca."

Lucca? Uishhhh nama pun hensem. HAHAHAHAHAHA.

"Okey, dah siap. Awak jangan banyak bergerak tau." Pesannya. Aku hanya angguk kepala tanda faham.

Lucca angkat kepala dan memandang tepat ke arahku. Pandangan yang mampu mencairkan hati semua gadis di muka bumi ini.

"Tadi security saya jumpa awak masa tengah meronda. Mereka yang bawa awak ke sini. Sebenarnya itu adalah tanah keluarga saya. Dah lama dah tanah tu terbiar macam tu aje." Ceritanya.

Tanah keluarga dia? Anak kaya siot! Gila ke apa? Semua tu tanah diorang?

"Thanks sebab selamatkan saya. Sorry sebab saya susahkan awak." Ucapku dengan nada perlahan.

"Macam mana awak boleh sampai situ?"

Mulalah aku cerita dengan Lucca. Aku cerita daripada aku dapat surat hinggalah sekarang. Penuh perasaan tau aku cerita.

"Kesian awak." Katanya sambil menyentuh ubun-ubun kepalaku. Jantung? Jangan tanya. Lagu Bigbang dah berkumandang dah.

"Lucca!" Lucca lantas berpaling. Kelihatan seorang wanita yang berumur kira-kira 35 sedang masuk ke dalam bilik. Cantik.

Eh, kejap. Kenapa aku macam pernah tengok muka dia? Macam familiar aje. Aku tenung lagi. Hari ni memang kerja aku tenung orang.

Wait. What?! Aku tak salah tengok kan? Wanita itu adalah seorang fashion designer ternama di dunia. Kalau tak silap dia CEO Eve Group. Company yang reject aku tulah  haaa...yang tu. Mariah Qaira! Serious wei aku jumpa dia? Ni rumah dia ke?

"Hi, girl. Macam mana? Awak dah okey?" Soalnya. Ramah.

"Mariah Qaira?" Tanpa sedar aku mengucapkan kata-kata itu.

Wanita itu sedikit terkejut. Dia mengambil tempat bersebelahan dengan Lucca.

"Awak kenal saya?"
Aku angguk.
"Eve Group." Jawabku tanpa nada. Aku masih terkejut. Aku tak sangka weh boleh jumpa dia depan-depan bukan belakang. Hah. Bodoh kau, Aurora.

"Mama, malam ni Lucca tidur sini. Esok ada hal dekat area sini. So, dekat aje nanti." Kata Lucca.

Mama? Lucca anak Mariah Qaira? Tak heranlah muka dia hensem. Muka mak dia pun macam bidadari.

"Hmmm boleh aje. Han ada kat bawah. Dia kata ada benda nak bincang dengan Lucca."
"Han?"
"Cepat. He's waiting for you."

Aku pula sedari tadi hanya mendengar perbualan mereka. Diam tidak berkutik.

-----

Mana suis lampu ni? Nak terkeluar dah air kencing aku ni kalau duk cari mana suis. Sudahlah rumah ni gelap. Lucca kata dekat bilik tempat aku tidur tu tak ada tandas sebab tu bilik tetamu. Jarang dipakai.

Tengak syok aku berjalan, tiba-tiba kaki aku terlanggar bucu meja. Sudahlah kaki aku memang cacat. Tambah pula dengan kesakitan yang baru.

Terduduk aku di atas lantai. Mana tak sakit mak cik oii. Aku usap lututku. Rasanya dah merah.

Hampir sahaja aku menjerit apabila ada tangan yang memelukku dari arah belakang. Tapi, aku diam sahaja. Orang tersebut mencuba untuk membantuku bangun.

Aku dapat merasakan lingkaran tangannya yang berada di pinggangku. Aku berpaling. Cuba untuk melihat siapakah gerangan lelaki itu. Tetapi, cahaya gelap menghalang aku untuk mengenalpasti siapakah itu.

Lucca? Tak kot. Sebab mamat depan aku ni tak pakai spec. Tapi, siapa?

Baru aku teringat tadi mama Lucca ada sebut nama Han. Yelah kot. Han kot tu.

"Are you okay?" Soalnya. Alamak!!! Suara dia garau nak mati. Macam pernah dengar. Macam suara Prince. Mamat yang berparut tu.

Merepek. Buat apa dia kat Melbourne? Silap orang. Kau ni Aurora. Dah jatuh hagi ke dengan mamat berparut tu? Alih-alih dia juga kau ingat.

"Are you okay?" Soalnya lagi.
Aku angguk perlahan.
"Thanks." Ucapku.

Aku masuk dalam tandas. Takut pula aku terkencing kat situ. Hilang imej aku sebagai wanita cantik dan elegant. Hah.

Adalah dalam 3 minit aku dalam tandas. Kakiku yang terluka menyebabkan aku susah untuk berjalan. Macam orang cacat pun ada rupa aku.

"Oh, shit!" Haaa...kan dah kena dengan aku.

Aku terkejut melihat lelaki itu masih lagi berada di hadapan tandas. Pengintip? Meremang bulu roma aku. Dah kenapa mamat ni tunggu depan tandas? Dalam bilik dia tak ada tandas ke?

"I'm sorry." Ucapnya perlahan.

Siapa dia ni? Tak boleh ke lampu rumah ni automatic?  Bolehlah aku tengok rupa mamat ni. Geram betul aku!

"I'll send you to your room."
"It's okay."

Aku degil. Memang kaki aku sakit tapi lagi naya nanti kalau mamat tu apa-apakan aku. Aku ni orang asing. Tak boleh percaya sangat.

"Auch!" Ah...lemahnya kaki aku.

"I told you." Ujar lelaki itu lantas mendekatinya. Dengan selamba lelaki itu mengendong tubuhku. Kini aku berada di awangan.

Dekat. Sangat dekat sehinggakan aku dapat merasakan deruan nafas dia. Hangat. Bau cologne ni macam aku kenal. Tapi, aku cuba berfikir logik. Buat apa mamat berparut tu kat sini, kan?

Aku cuba untuk meneliti wajah itu. Namun, hampa. Gelap.

Tiba sahaja di bilik tetamu, dia meletakkan tubuhku di atas katil. Selimut tebal ditarik menutup tubuhku.

"Goodnight." Ucapnya. Entah mengapa ucapan itu membuatku lega. Selesa. Rasa seperti suara itu menjadi penenang kepadaku.

Jangan pergi. Namun, kata-kata itu hanya mampu aku luahkan di dalam hati. Anak mataku hanya memerhati langkahnya. Susuknya kian hilang.

Siapa kau?

-----

Tepat pukul 8 pagi aku terbangun daripada tidur yang lena.

Bunyi ketukan pada pintu membuatku berpaling. Mama Lucca tayang senyum. Sebuah dulang berisi semangkuk bubur dibawa masuk.

"Aurora dah lama bangun?" Soalnya sambil meletakkan dulang di atas meja kaca bersebelahan katil.

"Baru aje."
Dia memandangku.
"Aurora Luvvie. Itu nama awak kan?"
Aku angguk.
"Lucca ada cerita dekat saya apa yang berlaku dekat awak semalam. Kesian awak." Katanya kepadaku.

Aku hanya mendiamkan diri. Tidak tahu hendak berkata apa.

"Awak kena tolak dengan Eve Group kan?"
Aku angguk lagi. Dah macam burung belatuk dah.
"Bukan rezeki saya."

"Awak serious nak jadi model?"
"Ha'ah. Tu impian saya sejak kecil sebab saya minat." Ujarku jujur.

Tangan kanan ku dibawa ke dalam genggaman tangannya. Erat sekali. Anak matanya tepat memandang ke dalam anak mataku.

"Saya bagi awak peluang untuk kerja dengan saya. Kalau hasil awak memuaskan, saya akan tawarkan awak untuk jadi muse brand baru saya. Macam mana?"

Kening sebelah kananku terangkat sedikit. Biar betul? Dia baru kenal aku kot. Tapi, dia dah letakkan kepercayaan dekat aku. Hmmm...

"Tapi..." rasa bersalah pulak aku. Keluarga dia dah banyak tolong aku.

"It's okay. Saya percaya awak dapat." Katanya sambil tersenyum manis ke arahku.

"Give me some time. By the way petang ni saya akan balik ke rumah saya. Saya takut keluarga puan tak selesa dengan keberadaan saya."

Mama Lucca heleng kepala tanda dia menidakkan kata-kataku.

"Lucca kata awak sehelai sepinggang aje semalam. Macam mana nak jumpa rumah?"
"Takpa. Saya dah pesan apartment sebelum saya datang sini."

Aku masih berdegil. Bukan apa. Nanti orang ingat aku ambil kesempatan dalam kesempitan.

"Tak takut kalau hal semalam terjadi lagi?"
Soalnya.

Tipulah kalau aku kata aku tak takut. Berganda-ganda benda sial jadi kat aku semalam. Mimpi ngeri bro.

"Better awak tinggal sini  buat sementara. Tak pun, tunggu kaki awak tu okey. Boleh?"

Lahhh...kenapa baik sangat family ni? Macam mana aku nak bayar hutang budi diorang? Hmmm...mengalah ajelah Aurora. Kau berdebat kat mahkamah pun belum tentu mama Lucca suruh kau keluar.

Akhirnya aku hanya menurut sahaja. Kalau 3 atau 4 hari masih okey kot.

"Saya kena keluar sebab saya ada show hari ni. Awak kena habiskan tau bubur ni." Katanya sebelum pergi.

"Thanks puan."
"Call me auntie."
Aku angguk. Aku menghantar mama Lucca dengan pandangan mata sahaja.

Namun, langkahnya terhenti di tengah jalan. Dia berpaling memandangku.

"Lain kali jangan percaya sangat tawaran orang lain sebab zaman sekarang tak boleh percaya sangat dah. To be honest, video yang awak hantar untuk tawaran model company saya tu, not badlah. Cuma awak perlu latihan sikit lagi. Don't worry, I'll help you." Ucapnya panjang lebar. Aku senyum ke arahnya. Tiba-tiba aku rindu ibu.

Wendy! Aku baru teringat pasal minah tu. Aduh. Sudahlah fon aku kena tibai sekali semalam. Mesti minah tu tengah sumpah seranah aku sebab aku tak ada call dia. Nak buat macam mana? Fon pun tak ada. Hmmm...

Sorry Wendy. Aku tipu kau sebab aku tak nak kau risau.

"Han!"
Han? Mamat semalam kan? Nama dia Han kan?

Selimut tebal aku tolak tepi. Tanpa memikirkan keadaan kakiku ketika itu, aku melangkah mendekati jendela kaca. Adalah 3 kali aku terjatuh di atas lantai sebab aku paksa kakiku untuk menyentuh lantai.

Pedih. Mataku berair. Tapi, semua itu tidak penting. Dia harus melihat wajah pemilik nama Han itu. Harus.

Ku buka langsir.
Mataku meliar mencari keberadaan jejaka bernama Han itu. Ingin sekali aku melihat wajahnya. Tidak dapat kulupa bagaimana ucapan 'goodnight' daripadanya semalam membawa kepada kehangatan.

Tengok kanan.
Tengok kiri.

Tiada. Hanya Lucca dan mamanya berada di luar rumah. Tiada orang lain. Kesal. Ya, dia kesal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience