{ 14 }

Romance Series 23059

Bunyi loceng tanpa henti menyedarkan aku dari lena. Dengan langkah longlai aku menuruni satu persatu anak tangga menuju ke pintu utama. Entah siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni. Huh, tidaklah begitu pagi jika jarum pendek jam di dinding sudah mencecah angka 11.

Kepalaku masih terasa sakit. Berdenyut-denyut sampai aku rasa nak pecah kepala ni. Mungkin sebab aku sambung menangis malam tadi sehingga tertidur. Baju kurung yang aku pakai semasa kenduri semalam pun masih tersarung di tubuhku.

"You ni dah kenapa?!"

Tengkingan suara jantan yang aku dapat saat pintu dibuka luas. Sikit lagi pintu yang ditolak kasar itu hendak mengenai badan aku.

Wajah Faiz bengis. Dadanya laju turun naik dan nafasnya kedengaran kasar tanda dia sedang marah. Aku tidak membalas soalannya itu sebaliknya terus menuju ke dapur. Aku perlukan sesuatu yang masam seperti lemon untuk menghilangkan rasa sakit kepala dan mual ketika ini.

"Nur Annisa! I am talking to you!". Langkah kakiku terhenti. Badanku hampir berpusing satu pusingan apabila Faiz merentap lenganku dengan kasar. Genggaman tangannya yang kuat membuatkan mukaku berkerut menahan sakit.

"Kenapa you balik semalam? Kenapa tak boleh hormat I? You dah pandai melawan sekarang kan? Kenapa dengan you ni?!"

Bertalu-talu soalan diajukan kepadaku sambil dia menggoncang badanku kuat. Aku cuba untuk meronta melepaskan diri tapi semakin aku meronta, semakin kuat cengkaman tangan Faiz.

"Please, Iz. You're hurting me..." rayuku. Bibirku mula bergetar menahan sendu. Sakit hatiku semalam masih belum terubati, ditambah dengan sakit di lengan akibat cengkaman Faiz.

Faiz melonggarkan genggaman tangannya. Tubir mataku mula digenangi air. Aku pandang tepat ke anak mata Faiz. Jelas terpancar api kemarahan di matanya. Namun entah kenapa kali ini, tiada takut dalam hatiku menatap mata yang penuh amarah itu.

"Don't ask me why. Ask yourself, Iz. What have you done to us", kataku dalam sendu yang ditahan. "You've changed. You bukan lagi Faiz yang I kenal 10 tahun dulu"

Hidungku mula terasa perit. Mataku semakin membahang. Bibirku bergetar. Faiz melepaskan genggaman tangannya tadi lalu tertunduk. Mungkin dia tersedar akan perubahan itu.

Atau... mungkin tidak?

"You changed me, Nisa", bisiknya perlahan tapi cukup jelas di telingaku. Sekarang aku tahu, Faiz jadi sebegini sebab aku. Aku yang paksa dia menikahi Shahira. Aku yang paksa turutkan kata ibunya.

Tapi sedarkah Faiz bahawa aku lakukan semua ini bersebab?

"I cuma minta you kahwin dengan Ira, bukan minta you berubah Iz. You tahu kan kenapa kita kena buat semua ni?"

Air mata yang aku tahan dari tadi mengalir ke pipi tanpa aku pinta. Aku menangis tanpa sedar. Susahnya untuk mendapatkan restu seorang ibu sehingga aku terpaksa korbankan hati aku sendiri. Aku sudah terduduk dekat sofa. Badanku terasa semakin lemah. Kepala yang tadi sudah tidak sakit kembali berdenyut-denyut.

"Ira cakap dengan I semalam yang dia tidur dekat bilik tu dengan you. You minta I stay, tapi I nak tidur mana? Dekat mana selayaknya tempat untuk I, Iz?", tanyaku perlahan. Ingin aku luahkan semua yang aku pendam beberapa bulan ini. Aku mahu Faiz tahu, jika dia terseksa dengan semua ini, aku beribu kali terseksa darinya.

Tegarnya aku sebagai seorang isteri membiarkan suamiku menyetubuhi wanita lain dengan pengetahuanku. Jiwa dan tubuh yang selama ini hanya milik aku seorang kini terpaksa dikongsi dengan wanita lain. Aku, seorang wanita yang selama ini menentang poligami kini terpaksa berpoligami.

Kerana apa? Demi sebuah restu yang sehingga kini aku masih tidak dapat.

Faiz mengambil tempat di sebelahku. Jemariku digenggam lembut. Lama dia usap tangan aku sehingga aku terasa kehangatan darinya meresap ke dalam diriku.

"I'm sorry, baby. I tak tahu dia cakap macam tu dengan you. Dia bukan tidur rumah mummy pun semalam. Dia balik rumah mak dia", terang Faiz. Aku angkat muka dan menatap wajahnya yang sudah kembali tenang.

Jadi aku yang tersalah tafsir? Atau Shahira sengaja untuk menyakitkan hatiku? Tapi untuk apa? Apa yang maduku dapat jika memang niatnya untuk membuatkan hubungan aku dan Faiz berantakan.

"I yang salah kan?". Soalku setelah beberapa ketika keadaan jeda.

"Tak, sayang. You tak salah. I yang salah. I yang tak peduli pasal you semalam. I am so sorry. I tahu, sepatutnya I lebih berikan perhatian pada you"

Aku menggeleng seraya membuat Faiz terhenti dari terus berkata-kata. Aku tatap wajah suamiku ini penuh sayu. Dalam matanya jelas tergambar kekesalan. Terbit pula rasa menyesal dalam hatiku.

"I menyesal, Iz. I menyesal buat keputusan macam ni....". Bergetar suaraku menuturkan kata-kata itu.

Ya! Aku menyesal yang teramat sangat. Jika diberi peluang untuk aku undurkan semula masa, sudah tentu aku tidak akan membuat keputusan segila ini. Biarlah aku tidak mendapat restu ibu mentuaku daripada batinku terseksa sebegini.

"Benda dah jadi. Kita kena terima kan?", suara Faiz lembut. Aku angguk lemah. Aku tahu dia cuba memujuk.

Ya, aku kena terima semua ini. Puncanya aku juga. Aku yang terlalu ikutkan kata hatiku hingga tiada ruang untuk Faiz mempertahankan pendiriannya.

Dan aku tahu, Faiz lakukan semua ini kerana dia sayangkan aku. Tapi.. sampai bila? Tidak akan berubahkah hati suamiku ini apabila dia sudah menimang cahayamata pertamanya kelak?

"I just want you to know, no matter what happens, I tetap akan sayang you. I won't leave you dan hati I takkan berubah". Lembut dan perlahan tutur katanya namun cukup jelas padaku.

Faiz menarik aku dekat dengannya. Dirangkulnya erat bahuku. Mendengar dengup jantungnya membuatkan aku tenang.

Sungguh! Aku terlalu rindukan suamiku sendiri.

**********

Mata aku buka perlahan. Cahaya yang cuba menembusi kelopak mata aku cuba halang dengan tapak tangan. Aku menoleh ke pembaringan di sebelahku.

Kosong!

Telefon bimbit yang aku letak di kabinet sisi katil dicapai lalu skrinnya dinyahaktif. Satu pesanan suara dari Faiz pada jam 8 pagi tadi. Sempatku kerling jam pada skrin sebelum pesanan suara itu aku buka. Sudah jam 10 pagi.

"Sayang, I'm going back to Maklong's. Ira bleeding. I need to send her to hospital"

Jeda.

Entah kenapa aku menjadi kaku seketika. Selepas hal dua malam lepas, sukar untuk aku percayakan Shahira. Bagi aku, dia sengaja menciptakan jurang kebencian dan amarah antara aku dan Faiz. Hatiku kuat mengatakan dia sengaja mahu menjauhkan Faiz dari aku. Aku lepas keluhan perlahan lalu beristigfar.

"Husnuzon, Nisa. Husnuzon. Mungkin betul dia tak sihat. Hish! Syaitan ni. Suka sangat menghasut tau. Pergi jauh-jauh sana!". Aku menggumam marahkan syaitan yang sentiasa berbisik untuk menyesatkan umat Nabi Muhammad s.a.w

Jemari aku pantas menari di atas skrin telefon. Aku ingin kirimkan sesuatu untuk suamiku di sana.

'Okay, sayang. Take care. Send my regards to Ira'

Mesej itu dihantar melalui aplikasi WhatsApp. Hanya satu tick. Mungkin Faiz sibuk menemani Shahira. Aku menghantar satu lagi mesej kepadanya.

'Are you going back soon?'

Jika diikutkan hari ini kami bercadang untuk ke Port Dickson sebelum Faiz mula sibuk kembali dengan kerjanya.

Lima minit aku renung mesej yang masih tidak berbalas itu namun akhirnya aku pasrah. Benarlah Faiz sedang sibuk ketika ini.

Kakiku melangkah menuju ke bilik mandi. Badan yang sedikit lesu harus aku segarkan. Sebelum Faiz pulang nanti, boleh juga aku kemas rumah dan siapkan beg pakaian kami untuk bermalam di Port Dickson nanti.

Ting!

Baru saja aku hendak masuk ke dalam bilik mandi, satu notifikasi masuk ke telefon bimbitku. Segera aku melangkah mendapatkan telefon yang aku letak di atas tilam tadi. Senyuman lebar terukir di bibirku tatkala melihat gerangan yang menghantar mesej itu.

Namun.. senyuman itu tidak lama. Hatiku terluka kembali.

'I'm sorry, sayang. I need to cancel our plan. Ira admitted and mummy wants me to stay with her'

Sakit. Pedih.

Harapanku hancur lagi. Hendak menangis? Entahlah. Aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan ketika ini. Aku sepatutnya sudah menjangka ini akan berlaku. Jika Faiz sudah ke sana, bagaikan penjara baginya. Dia tidak boleh pulang ke sini. Itu yang aku rasa.

Segera aku membalas mesej itu, 'It's okay. You temanlah Ira. Cuma I minta izin you untuk pergi sorang ke PD. Rugilah tak pergi. Hotel dah bayar'

Aku tipu. Boleh saja aku batalkan tempahan hotel itu. Tapi hatiku sakit. Aku juga perlukan rehat dari semua ini.

Bersama Faiz ataupun tidak, aku tetap mahu pergi!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience