Sejak dari lapangan terbang tadi, Faiz tidak lepas dari menggenggam erat jemariku. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya meski kami terpaksa membatalkan percutian yang berbaki dua hari lagi. Aku turut rasa gembira tapi masih dalam keadaan terkawal. Aku tidak mahu nampak terlalu gembira. Semuanya masih terlalu awal bagi aku. Kami pulang ke rumah di Cyberjaya menaiki Grab.
Setibanya di rumah, Faiz terus meminta aku untuk berehat. Satu kerja hatta memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh pun dia tidak mahu aku buat. Biar semua dia yang buat, katanya. Aku hanya membiarkan keterujaan Faiz itu. Bagus juga aku dapat berehat. Sehari ini nampaknya pinggang aku tidak mahu memberikan kerjasama. Sakit semakin menjadi-jadi.
"Baby.. Nah air". Faiz menghulurkan satu mug kepadaku. Aku hanya menyambut lalu sambung menonton televisyen. Faiz melabuhkan punggung di sebelahku. Tangan kanannya melepasi bahu aku lalu ditariknya aku ke dalam pelukannya.
"Thanks, sayang", ucapku selepas mencicip jus oren yang diberikan Faiz tadi. Faiz mencium ubun-ubunku.
"You're welcome, baby. Lepas ni jangan buat kerja berat okay?", pesan Faiz. Aku hanya angguk dan senyum.
"You nak call siapa tu?", soalku apabila melihat Faiz menyahaktif telefon bimbitnya dan jarinya menekan panggilan keluar pada skrin telefonnya.
"I nak call mummy lah. Nak bagitau dia yang dia bakal jadi nenek", jawab Faiz teruja. Dari nada suaranya saja aku tahu dia terlalu gembira dengan berita ini. Sudah empat tahun kami menantikan rezeki ini. Akhirnya Allah izinkan satu nyawa membesar di dalam rahimku.
"No, sayang! Jangan bagitau mummy dulu. Kita tunggu dah 4 ke 5 bulan. Please?"
Sempat aku menghalang Faiz dari meneruskan niatnya. Aku tidak pasti berapa minggu usia kandunganku ini. Aku hanya buat ujian menggunakan kit kehamilan saja semasa di Langkawi. Itu juga sebab kami pulang awal ke Cyberjaya, untuk menjalani pemeriksaan penuh bersama doktor pakar yang selama ini merawat aku.
"Lambat sangat kalau 5 bulan. I assume you dah 12 weeks now. Last we make love before I fly to Miri 3 months ago right?"
Aku hanya angguk. Ya, tiga bulan lalu kali terakhir aku mengadakan hubungan intim dengan suamiku sebelum yang terbaru di Langkawi. Aku sendiri tidak sedar akan perubahan aku. Mungkin kerana aku tidak mengalami alahan mengandung di trimester pertama ini. Sebab itu aku tidak sedar yang aku mengandung.
Ditambah pula kitaran haid aku yang tidak teratur. Tidak datang haid selama tiga bulan ini biasa bagi aku sejak dari zaman remaja lagi. Sebab itu aku tidak pernah terlintas untuk membuat ujian kehamilan apabila aku tidak datang haid.
"Tak lambat sangat. At least biarlah kandungan ni stabil dulu. Boleh kan?", pujukku manja. Faiz terdiam seketika dan kemudian mengukir senyum.
"Okay, baby. But nanti bila dah masuk 5 bulan, kita terus bagitau mummy tau", balas Faiz. Anggukkan kepala beberapa kali menunjukkan aku setuju dengan Faiz.
Aku mengusap perutku yang kempis. Masih tidak ketara lagi kecuali nampak sedikit buncit berbanding selalu. Aku tidak sangka akhirnya ada satu nyawa yang sudi singgah di dalam rahimku. Penantian yang sungguh lama. Dan aku tahu, orang yang paling gembira ketika ini adalah Faiz.
Aku memeluk lengan suamiku lantas kepala aku lentokkan ke bahunya. Sebelah tangan mengusap lembut dadanya. Faiz hanya membiarkan. Sesekali dia mencium rambut aku.
"Thank you, sayang for this", bisikku lembut seraya satu ciuman singgah di pipinya. Faiz menoleh memandangku.
"I yang patut berterima kasih dekat you sebab sudi mengandungkan anak I", balasnya.
Aku ketawa kecil lalu membalas, "No, no. I should thank you. Kalau you tak sudi nak tabur benih you, semua ni takkan jadi kan?"
Faiz menggeleng dan membidas, "Tak, baby. Kalau you tak izinkan I masuk ladang you yang subur tu, mana mungkin benih boleh bercambah"
"Okay, okay. We should thank ourself perhaps. Sebab kita bagi peluang tu", balasku berserta tawa di hujung kata. Aku mengalah kali ini. Kalau aku sambung lagi sesi bidas membidas ni, entah bila akan habis. Faiz turut ketawa dan kemudian angguk kepala beberapa kali.
"Yea.. you're right, baby. We should thank ourself"
Aku peluk erat tubuh suamiku ini. Seakan tidak mahu melepaskannya. Rindu yang aku tanggung selama hampir tiga bulan ini akhirnya terlerai juga.
**************************
Wajahku sugul. Aku tidak gembira. Aku rasa ingin marah tapi aku tahu tidak patut berbuat begitu. Itu sudah tugasnya. Kenapa mesti aku menghalang? Tapi... aku perlukan Faiz di sisi ketika ini.
Entah kenapa sejak pulang dari Langkawi, alahan aku menjadi-jadi. Pagi aku tak boleh gosok gigi kerana rasa loya yang teramat. Aku tak boleh bau badan Faiz, aku jadi pening. Sakit kepala usah cerita, setiap masa.
Tubuhku dipeluk dari belakang. Satu ciuman singgah di batang leherku. Aku menolak tubuh Faiz supaya jauh dariku. Bukan aku tidak suka, tapi kan aku dah kata aku tak boleh bau badan Faiz.
Faiz akur. Dia duduk di sisi katil, bersebelahan bagasi bajunya. Matanya hanya memerhatikan aku memasukkan semua baju yang sudah aku lipat kecil ke dalam bagasi baju.
"I'm sorry, baby", ucap Faiz. Dia tahu aku tak rela dia pergi kali ini.
"Hurmm", balasku ringkas. Aku jadi malas untuk menjadi mengada-ada, memujuk dia supaya tidak pergi.
"Hurmm je? Marah lah tu", kata Faiz dalam nada gurau. Aku berdecit. Baju yang di tangan aku campak perlahan dalam bagasi baju dan kemudian berdiri tegak mencekak pinggang di hadapannya. Wajah suamiku ini aku renung tajam.
"Memang lah I marah. You dah janji that was the last project. You cakap nak cuti panjang. Like very very panjang before you start new project. Now what? Tak sampai 2 minggu pun, you dah nak pergi balik", bebelku panjang.
Aku melabuhkan punggung di sisi katil, bersebelahan bagasi. Penat pula rasanya membebel ni. Selalu tak macam ni pun. Faiz bangun lalu bersimpuh di depan aku. Jemari aku digenggam lalu dibawa ke bibirnya. Lama dia mengucup tanganku.
"I'm so sorry, baby. I tak expect next project akan start seawal ni. They need my skills. I need to go". Lembut dan perlahan kata-katanya yang memujuk itu.
"But I need you too, sayang. Dalam keadaan I macam ni, you nak tinggalkan I?", balasku. Aku mula bermain emosi dengan Faiz. Mataku mula membahang. Ketika ini, aku perlukan suamiku lebih dari segalanya.
"I have to, baby. But I promise I'll come back as soonest", janji Faiz sambil dikucupnya tangan aku berkali-kali. Timbul pula rasa kasihan pada suamiku ini. Kenapa aku mesti bersikap pentingkan diri sendiri sedangkan dia pergi untuk mencari rezeki?
Kejamnya kau, Nisa!
Aku tarik tangan Faiz. Tilam aku tepuk beberapa kali meminta Faiz duduk di sebelahku. Jelas wajah sayunya. Aku tak patut susahkan hati Faiz macam ni. Perasaan bersalah mula menyelubungi diriku. Faiz bangun dari bersimpuh tadi dan duduk di sebelah aku. Tanganku masih dalam genggamannya. Sikit pun dia tidak mahu lepaskan.
"I'm sorry too, sayang. I yang tak faham kerja you. You pergilah. Dont worry about me, okay? I okay", pujukku. Sebenarnya lebih kepada memujuk hatiku sendiri. Aku tidak mahu Faiz tidak tenang untuk meninggalkan aku sekali lagi.
"I minta Mira temankan you. Okay?", cadang Faiz. Keadaan jeda seketika. Aku masih berkira-kira dengan cadangan Faiz itu. Bolehkah Amira simpan rahsia buat sementara waktu ini?
"Don't worry. I akan pesan dekat Mira jangan bagitau mummy dulu pasal your pregnancy. Lagipun kalau dia teman you, dekat sikit dia nak pergi kerja kan?", sambung Faiz lagi.
Adik iparku, Amira bekerja sebagai pegawai diplomatik di Putrajaya. Dia tinggal bersama ibu mertuaku di Subang Jaya dan ulang alik ke tempat kerja setiap hari. Aku paling rapat dengan Amira berbanding Kak Fara. Mungkin juga kerana jarak usia kami yang dekat. Selalu juga kami keluar makan bersama selepas waktu kerja memandangkan jarak pejabat yang tidak jauh.
"Tapi dia nak bagi alasan apa dekat mummy? Nanti mummy tak pelik ke?", soalku. Iyalah, selama ini tidak pernah Amira bermalam di rumah kami dalam tempoh masa yang lama. Takkan Amira nak bermalam dekat rumah kami selama dua bulan ini?
Faiz ukir senyum mendengar soalan aku tadi. Pasti dia tahu aku risau tentang itu, lebih-lebih lagi pasal mummy.
"You jangan risau. Pandailah Mira tu nak bagi alasan dekat mummy", balas Faiz lalu kenyit mata.
"Thank you, sayang", ucapku.
Aku harap kali ini Faiz pergi hanya untuk tempoh dua bulan, tidak lebih dari itu. Dan aku bercadang untuk mewar-warkan berita ini nanti apabila Faiz sudah pulang.
Share this novel