{ 15 }

Romance Series 23059

"Hai, kenal saya lagi?"

Berkerut dahiku memandang ke arah seorang lelaki yang agak tegap berdiri di sebelahku. Penampilannya kemas dengan rambut disikat rapi, baju T berkolar dan seluar jeans.

"Sorry. Saya....."

Lelaki itu tertawa kecil. Mungkin agak kelakar baginya. Puas aku cuba perah otak memikirkan siapakah gerangan lelaki ini.

"Saya Shah. Polis yang hantar cik balik haritu. Remember?", soalnya lembut.

Aku mengukir senyum apabila mula mengingati wajah pegawai polis itu. Ya, baru aku ingat. Lelaki inilah yang mengetuk tingkap kereta aku malam itu. Malam di mana aku lari dari suasana yang menyesakkan dada.

"Oh, ya. Sorry.. sorry. Saya tak perasan". Balasku berbahasa. Lain benar penampilannya. "Hari tu beruniform. Ni pakai baju biasa, nampak lain sangat", sambungku.

Shah ketawa mendengar tutur kataku. Dia meminta izin untuk duduk di kerusi hadapanku. Aku hanya angguk membenarkan. Aku tatap sekali lagi wajah lelaki ini. Tidak aku sedar akan paras rupanya sebelum ini.

"Not bad pak polisi ni....". Bisikku dalam hati. Tanpa sedar senyuman terukir di bibirku.

"Dah save muka saya dalam memori cik?", soal Shah dengan lirikan mata dan senyum lebar. Ada tawa di hujung katanya. Aku dapat rasakan pipiku merona merah.

Malu!

Aku alihkan pandangan pada pinggan di hadapanku. Steak yang aku pesan sedari tadi masih tidak terusik. Sebelum Shah datang menyapa, fikiranku jauh mengenangkan hubungan aku dengan Faiz sehingga rasa laparku hilang. Aku pasti steak ini juga sudah hampir sejuk.

"Awak lapar?", tanyaku pada Shah. Cuba mewujudkan suasana malam ini. Shah angguk sekali sambil matanya tekun meneliti menu yang baru saja diberikan kepadanya oleh pelayan restoran.

"Apa kata awak makan makanan saya ni? Saya tak ada selera nak makan", pelawaku sambil menolak lembut pinggan di depanku ke tengah meja. Shah memandangku sekilas lalu meletakkan buku menu di kirinya. Wajahku ditatap oleh Shah penuh teliti. Tiada riak di wajahnya. Kosong. Sekosong fikiranku ketika ini. Aku tidak tahu apa yang bermain di fikiran Shah.

"Cik memang selalu macam ni ke?", soalnya. Aku angkat kening tanda tidak faham dengan pertanyaan itu. Shah merapatkan dada di meja. Kedua tangan diletakkan atas meja. Dia memandang dalam ke arah anak mataku membuatkan aku sedikit gugup.

"Maksud saya, tak makan. Dah order tapi tak makan", balasnya menjawab persoalan aku tadi. Aku lepas keluhan perlahan. Mata aku alihkan ke tempat lain. Tidak sanggup lagi bermain mata dengan lelaki ini.
"Pipi tu pun nampak cengkung. Berbeza sangat dengan yang dulu", sambungnya.

Seakan ada tindakan refleks, aku terus meraba pipiku. Ya, aku sedar semua itu. Mukaku semakin cengkung, berat badanku turun mendadak meski ketika ini ada satu nyawa yang aku bawa bersamaku.

"Tak adalah. Kadang-kadang je macam ni", balasku memberi alasan. Sejujurnya, sudah beberapa hari aku tidak lalu makan.

"By the way, I'm Nisa. Panggil saya Nisa. Tak payahlah bercik-cik", sambungku lagi. Shah hanya angguk faham. Pinggan yang aku tolak ke tengah meja tadi ditarik perlahan supaya dekat dengannya. Namun tidak dijamah steak itu.

"Awak order lah apa-apa. Takkan nak tengok saya je makan", cadang Shah. Aku geleng perlahan. Aku tidak tahu mahu makan apa.

"Tak apa. Awak makan dulu. Mana tahu bila tengok awak makan ni, saya jadi berselera balik", balasku berseloroh. Shah ketawa mendenagarnya. Setelah beberapa kali memujuk, akhirnya Shah mengalah dan terus makan tanpa aku memesan apa-apa.

Malam ini aku rasakan terlalu singkat. Tidak puas rasanya berbual dengan lelaki ini. Untuk seketika fikiran aku berasa ringan dan hatiku lapang. Aku lupa akan masalah dan kecelaruan yang aku alami ketika ini.

Sedikit sebanyak aku tahu tentang Shah. Lelaki berumur 30 tahun yang sudah hampir 10 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Selama 10 tahun ini sudah banyak tempat dia bertugas dan Subang Jaya merupakan tempat kelimanya. Dia juga baru bertukar ke Subang Jaya setahun lalu.

******

SHAH membisu. Mungkin dia tidak sangka dengan kata-kata aku tadi. Namun seketika selepas itu, dia mengukir senyum.

"Tak salah kalau kita berkawan kan?", tanyanya perlahan.

Aku sedikit terkejut dengan pertanyaan itu. Tidak kusangka dia boleh menerima tentang status aku ketika ini. Aku hanya mahu bersikap jujur dengan Shah.

Aku senang dengan Shah. Jika ditanya adakah aku mahu berkawan dengannya? Jawapan aku, ya. Aku mahu berkawan dengannnya dan aku senang dengan sikapnya.

"Saya ok kalau awak nak berkawan. To be honest, I'm comfortable with you. Tapi... Sekadar kawan je lah ye", balasku. Aku perlu tekankan perkara itu. Shah angguk faham. Satu persetujuan telah dicapai. Cuti yang berbaki sehari lagi aku habiskan bersama Shah di Port Dickson.

Esok, semuanya akan kembali seperti dulu. Aku akan kembali ke kehidupan asalku. Aku akan kembali kepada keadaan yang menyesakkan dada.

Hubungan aku dengan Faiz entah bagaimana. Sekejap ok, sekejap tidak. Faiz selalu saja membuatkan aku rasa terpinggir. Lebih-lebih lagi selepas kandungan Shahira sudah memasuki trimester ketiga.

Aku faham wanita itu perlukan perhatiannya. Sementelah lagi, itu zuriat pertama mereka. Sudah tentu ia amat bermakna buat Faiz. Aku nampak raut wajah cerianya setiap kali aku bertanyakan tentang keadaan Shahira.

"Tapi yang dalam ni pun perlukan you, Iz", bisikku perlahan sambil mengusap lembut perutku yang kempis.

"Jika ikut previous record, puan kena lebih berhati-hati dengan pregnancy kali ni". Masihku ingat pesanan doktor itu. Dengan usiaku yang semakin meningkat dan sejarah keguguran aku sebelum ini, aku perlu lebih berhati-hati dengan kandungan kali ini. Kandunganku sangat rapuh dan jika aku tidak berhati-hati, kemungkinan besar keguguran boleh berlaku lagi.

Itu jugalah sebab aku mengajak Faiz pergi bercuti. Pertamanya, untuk menenangkan fikiranku dan kedua untuk membuat kejutan kepadanya. Namun tidak kusangka aku yang mendapat kejutan apabila terpaksa bercuti seorang diri.

Tanganku masih mengusap perut. Syukur aku pada Allah kerana masih mengizinkan aku membawa satu nyawa dalam rahimku.

"Stay with mummy ok, baby. It's ok if only you and me. I promise I will love you unconditionally", bisikku lagi.

Itu janji aku. Faiz ada atau tiada, aku tahu yang aku perlu kuat kali ini. Semakin aku rasakan Faiz menjauh, semakin aku rasakan aku kuat untuk hadapi semuanya.

"Jauh menung tu... Ingatkan apa?". Teguran itu mematikan semua lamunan aku. Aku menoleh ke arah suara yang menegur.

"Tak ada apa. Cuma fikir esok nak balik dah", balasku. Shah melabuhkan punggung di kerusi sebelahku. Desiran ombak memukul pantai amat menyenangkan halwa telingaku.

Jeda.

Tiada sepatah perkataan dari Shah mahupun aku ketika ini. Keduanya asyik mendengar desiran ombak laut. Baik Shah mahupun aku, kami terbuai dibawa angin pantai ketika itu.

Shah dengan kisahnya, dan aku dengan kisah aku. Yang pasti, aku tidak tahu bagaimana nanti kisah hidupku.

Share this novel

Nur Azlina
2021-12-27 17:50:34 

lama xupdate....kenapa


NovelPlus Premium

The best ads free experience