{ 11 }

Romance Series 23059

TIGA BULAN sudah berlalu. Segala persiapan sudah dibuat. Semua sepakat hanya majlis nikah diadakan. Atas permintaan Faiz juga. Aku tahu dia masih ingin menjaga hatiku walaupun aku telah melukakan hatinya.

Baju melayu cekak musang rona biru muda ini aku tatap sepuasnya. Sampin songket sulaman bunga berwarna biru tua melengkapkan kecantikan busana ini. Butang baju melayu aku sematkan pada lubang yang berada di bahagian atas dada baju melayu itu.

Inilah baju yang suamiku akan pakai sekejap lagi untuk majlis akad nikahnya. Faiz memilih untuk berada di rumah kami di Cyberjaya sebelum mereka sekeluarga bergerak ke Banting.

Majlis pernikahan itu akan diadakan petang nanti selepas Asar. Sebab itu Faiz mahu berada di rumah kami sebelum ke Banting tengah hari nanti.

"Can we just run away?"

Suara itu menerbangkan lamunanku dan juga mengejutkan aku yang sedang ralit menatap baju melayu yang tergantung pada almari baju.

Aku berpaling, memandang wajah sayu Faiz yang berdiri di ambang pintu. Dia melangkah menghampiriku. Pinggangku dirangkul lalu dia menarik badanku agar rapat dengannya. Aku letak tapak tangan di dadanya. Degupan jantung Faiz sedikit laju.

Aku mengukir senyum. "It's too late, sayang. We can through this". Pujukku. Memujuk hatiku juga.

Hati isteri mana yang tidak sedih untuk mengharungi ujian ini. Meski hati Faiz tidak rela menerima Shahira, tetapi gadis itu tetap akan menjadi isterinya sebentar lagi.

Meski aku yang bersetuju dengan rancangan gila mummy ini, namun hatiku tetap berasa pilu. Pedihnya sehingga aku rasa lali. Seolah semua rasa itu sudah sebati dengan diriku.

"Why you doing this to me, baby? You tahu I sayang you sangat-sangat kan? Only you who I love, Nur Annisa"

Sayu.

Keadaan bilik tidur kami bertukar hiba. Aku menunduk saat melihat kelopak mata Faiz mula digenangi air. Aku tidak mampu untuk terus merenung ke dalam matanya.

Bibirku bergetar menahan sendu. Aku tak mampu untuk tahan perasaan itu. Air mata yang aku janji tidak akan tumpah hari ini, tumpah jua. Bahuku mula berenjut menahan sendu.

Aku bersalah, terlalu bersalah. Apabila semua sudah terjadi, aku menyesal. Tetapi aku sudah tidak boleh berpatah balik. Majlis ini perlu diteruskan. Ya, aku tahu semua ini memang salah aku!

Faiz terus menarik aku ke dalam dakapannya apabila dia sedar aku sudah mula menangis. Terhambur air mata aku di dadanya. Aku luahkan semua yang terpendam selama ini dengan linangan air mata.

Kalaulah Faiz tahu betapa aku tidak rela dengan semua ini. Kalaulah Faiz tahu aku buat semua ini kerna terpaksa. Kalaulah Faiz tahu aku lakukan semua ini hanya kerana dia. Hanya kerana aku mahu dia mempunyai seorang waris, walau hanya seorang!

"If you really love me, please do this for me, sayang", bisikku perlahan. Aku sedar Faiz juga sedang menangis sepertiku. "I love you so much, Faiz Amsyar", bisikku lagi. Lembut dan perlahan namun aku yakin Faiz mendengarnya.

Faiz meleraikan pelukan. Air mata yang laju mengalir di pipiku diseka dengan jemarinya. Aku melekapkan kedua tapak tanganku pada pipinya lalu kuusap lembut. Faiz juga buat perkara yang sama. Mataku direnung penuh kasih.

"Ikut I nanti", pinta Faiz. Aku geleng kepala laju. Aku tak sanggup melihat Faiz melafazkan satu lagi akad untuk wanita lain.

Cukuplah semasa menyiapkan semua persiapan untuk majlis ini, hati aku sudah cukup terluka. Inikan pula hendak menyaksikan suamiku menikahi gadis lain. Aku takut tidak mampu menahan perasaan ketika di sana nanti. Daripada aku rosakkan majlis orang, lebih baik aku tidak berada di majlis itu nanti.

"Please, baby. You je kekuatan I sekarang"

Aku menggeleng kepala lagi. Kali ini lebih laju. Pandangan mata aku kalih dari terus menatap wajahnya. Aku tak sanggup melihat renungan matanya yang penuh pengharapan. Aku selalu saja kalah dengan renungan mata Faiz. Selama ini, aku tidak pernah tolak setiap permintaannya. Tapi kali ini aku tahu, aku kena kuat untuk menolak permintaan itu.

"No, sayang. I tak boleh pergi", balasku.

Faiz lepas keluhan berat. Kedengaran sarat dalam keluhannya itu. Kini aku dapat rasakan aku menjadi seorang isteri yang sangat kejam kerana memaksa suami aku sendiri berkahwin dengan perempuan lain.

"I buat semua ni untuk you. Sekali je I minta, please ikut I pergi sana"

Faiz mula bermain dengan emosi dan kata-kata. Aku perlu bijak menggunakan reverse psychology dengan Faiz supaya aku tidak perlu menghadiri majlis pernikahan suami aku sendiri. Aku menarik tangan Faiz lalu membawanya ke hujung katil. Punggung dilabuhkan pada hujung katil.

Aku genggam lembut tangan Faiz lalu kuusap perlahan. Kemudian aku bawa tangannya ke bibirku lalu aku kucup lama. Tangan ini yang mencari rezeki untuk memberikan kesenangan pada aku. Tangan ini yang tidak pernah culas menunaikan tanggungjawabnya pada aku. Tangan ini yang selalu membelai dan memeluk aku. Pasti, aku akan rindukan belaian tangan ini nanti.

Kucupan aku leraikan. Tangannya yang masih aku genggam aku letak atas peha. Faiz hanya memerhati gerak geriku. Sedikit pun dia tidak bersuara.

Aku angkat muka, memandang wajah kosong suamiku. Senyuman manis aku ukirkan untuk dia. Namun tiada segaris senyuman pun yang terukir di bibirnya untuk membalas senyuman aku itu.

Tak mengapa. Aku faham. Dia sedang berperang dengan perasaannya. Dan aku sebagai isteri yang patut menenangkan jiwanya yang sedang gundah gulana itu.

Aku hela nafas dalam lalu dihembus perlahan. Mencari kekuatan untuk menuturkan kata-kata untuknya.

"Iz, I love you with all my heart. You are my first love. And you will be the last" 

Sepi.

"I buat semua ni untuk kita. I minta maaf sebab buat keputusan bagi pihak you tanpa bincang dengan you dulu"

Aku diam lagi. Dadaku mula berombak kuat. Terasa sesak dadaku menahan sendu sedari tadi. Aku hela nafas dalam sekali lagi demi mencari kekuatan.

"I cuma nak restu mummy. I cuma nak dia terima I dalam keluarga you"

"Ada banyak lagi cara lain, Nisa. Kenapa mesti cara ni? You buat I tersepit between you and mummy. You buat I rasa useless tau tak?"

"I'm sorry, sayang. Really really sorry", rayuku. Air mata aku tumpah lagi. Aku faham perasaan Faiz ketika ini. Dia marah tapi dia tahan amarah itu.

"Maafkan I, sayang. Please...?", rayuku lagi.

Faiz melepaskan genggaman tanganku lalu bangun membuatkan aku kaget. Raut wajahnya masih kosong seperti tadi. Aku tidak dapat menduga apa yang berada di fikirannya ketika ini. Aku hanya memerhatikan langkahnya menuju ke almari. Baju melayu yang aku sangkut dekat almari tadi diambil lalu dibawa keluar dari bilik tidur kami. Aku segera mengikut langkahnya. Risau juga aku jika Faiz buat gila.

"You nak pergi mana tu?", tanyaku yang sedaya upaya mengikut langkah laju Faiz menuju ke tingkat bawah rumah.

"Nak pergi nikahlah. Itu yang you nak kan?"

Aku tergamam mendengar suara Faiz yang sedikit sinis. Kunci kereta dekat atas kabinet depan pintu dicapai lalu pintu utama dibuka. Terkedek-kedek aku mengejarnya. Aku tahu dia sedang marah tapi dia taknak lepaskan kemarahan itu pada aku.

Baju melayu bersama sampin yang tersangkut pada penyangkut baju itu dicampak kasar di kerusi bahagian belakang. Aku hanya memerhati gerak gerinya di ambang pintu. Faiz terus masuk ke dalam kereta tanpa memandang aku.

"Sayang! Tunggu!", laungku saat dia ingin menutup pintu kereta Audi A5 miliknya. Faiz tidak jadi tutup pintu. Aku segera berjalan laju ke arahnya. Tangannya aku pegang lalu aku kucup sekali lagi. Belum sempat aku membuka mulut untuk bersuara, Faiz terlebih dulu memulakan bicara.

"Jaga diri you. Jangan salahkan I kalau I tak adil dengan you nanti"

Aku terpempan. Pegangan tanganku pada tangan Faiz terlepas dan seperti tindakan refleks, aku terundur beberapa tapak dari kereta. Peluang itu diambil Faiz untuk menutup pintu dan berlalu pergi meninggalkan aku yang masih terpinga. Aku tidak pernah terfikir sampai ke situ.

Mungkin salah aku kerana tidak pernah terfikir tentang itu. Mampukah suamiku berlaku adil nanti?

Allahu.. sungguh aku tidak pernah terfikir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience