{ 02 }

Romance Series 23059

Majlis kesyukuran malam itu berjalan lancar. Aku seperti biasa, akan ke rumah mertuaku berseorangan. Aku sudah biasa. Ke mana saja aku pergi, baik memenuhi undangan sebarang majlis hatta ke pasaraya sekali pun, semua aku lakukan sendiri. Sudah tentulah Faiz tidak ada bersama, terpaksalah aku lakukan semuanya sendiri.

Meskipun Faiz tidak bersama, itu tidak bermakna aku tidak akan mengunjungi rumah mertuaku. Sekali sekala jika tiada apa yang aku ingin lakukan pada hujung minggu, aku pasti akan ke Subang Jaya, melawat ibu Faiz. Aku akui pada mulanya aku agak kekok ke sana seorangan, tapi lama kelamaan aku jadi terbiasa.

Pinggan yang sudah siap dilap aku angkat lalu dibawa ke kabinet untuk disimpan kembali. Belum sempat setapak aku melangkah, tangan aku yang menatang pinggan dipegang.

"Biar Mira angkat", sapa adik iparku, Amira. Aku hanya menurutkan. Pinggan bertukar tangan lalu aku mengekori Amira ke kabinet simpan pinggan. "Muka akak nampak pucat. Akak tak sihat ke?", tanya Amira. Dia memandang aku sekilas.

Aku meraba muka dengan tangan. Pucat ke? Rasanya sebelum ke sini tadi, aku calitkan sedikit foundation dan gincu. Pembayang mata dan maskara juga aku pakai meski tidak begitu tebal dan ketara.

"Kalau akak tak sihat, akak pergilah rehat. Tak banyak dah nak kemas ni", cadang Amira. Aku hanya diam lalu punggung aku labuhkan di sebelahnya depan kabinet pinggan.
"Taknak lah, Mira. Nanti mummy bising", bisik aku perlahan sambil bibir aku juihkan ke arah ibu mertuaku yang berada tidak berapa jauh dari kami.

Amira mencebik lalu berkata, "Alah mummy tu, kecoh lah. Kalau abang takda, suka nak buli akak"

Aku tersenyum nipis mendengar kata-kata Amira. Bab itu, aku tak mahu komen. Mungkin Amira nampak seperti mummynya membuli aku, tapi aku tak pernah anggap begitu.

Memang sukar untuk buat mummy terima kehadiran aku dalam hidup Faiz. Satu-satunya anak lelaki yang dia ada. Sejak kematian suaminya sebelum aku berkahwin dengan Faiz, mummy banyak bergantung harap pada Faiz. Semuanya diuruskan suamiku.

"Akak pergilah berehat. Mira boleh buat semua ni"

Suara Amira yang halus itu membantutkan lamunanku. Jauh pula aku mengelamun memikirkan kisah lama.

"Betul ni?", tanyaku inginkan kepastian. Amira berdecit lalu mengambil pinggan yang aku pegang sedari tadi.
"Ya. Betul. Akak pergilah naik atas, rehat. Akak nampak pucat sangat ni", paksa Amira. Jelas riak kerisauan di wajahnya. Aku mengalah. Lalu aku bangun meninggalkan Amira.

Saat aku melewati kitchen island, mummy pandang aku dengan jelingan tajam. Aku tahu, aku perlu meminta izinnya untuk ke tingkat atas untuk berehat. Jika tidak, bernanahlah telinga aku mendengar bebelannya nanti. Jika bukan sekarang, di masa akan datang. Dia akan ungkit selagi boleh ungkit.

"Mummy, Nisa naik atas dulu"

Tiada sepatah perkataan keluar dari mulut wanita ini, hanya bibirnya yang herot jelas menunjukkan dia jelik dengan aku. Aku sedar dia kurang senang aku meminta izin untuk berehat.

"Tak apalah. Nisa pergi kemas dekat depan", kataku lagi seraya mengatur langkah untuk ke ruang tamu.

"Nisa!"

Aku berpaling apabila mendengar namaku dipanggil. Aku merapati kitchen island tempat berdirinya ibu mertuaku tadi. Namun aku hanya diam menanti butir kata yang mahu dituturkan ibu mertuaku ini.

"Si Fara tu, anak dah nak masuk tiga orang. You dengan Iz bila lagi? Nak tunggu dah tua kerepot baru nak beranak?"

Pedih! Menusuk hingga ke ulu hati. Tidak semena aku rasa hati aku bagai ditoreh dengan belati tajam. Tutur katanya lembut tapi cukup sinis. Fara, kakak Faiz sudah mengandung anak yang ketiga. Majlis kesyukuran hari ini adalah untuk dia dan anaknya. Gembira bukan kepalang ibu mertuaku apabila tahu Fara mengandung lagi. Dan seperti yang aku duga, soalan seperti itu pasti akan diajukan kepadaku.

"Belum..."

"Belum ada rezeki? Tu je alasan korang. Bosanlah mummy dengar. Tak pernah nak usaha ke?"

Aku terdiam. Jika dibalas, aku tahu tidak akan ada kesudahan. Bukan aku dan Faiz tidak usaha. Kami sudah jalani semua rawatan dan pemeriksaan. Doktor sudah sahkan yang kami berdua subur, tiada masalah untuk aku mengandung secara normal.

"Mummy bagi tempoh. By end of this year, I want you to get pregnant"

Tegas katanya. Aku tidak mampu berkata apa. Bukan kuasa aku untuk tentukan masanya untuk aku mengandung. Bukan kuasa aku untuk adakan nyawa dalam rahimku. Mummy tak pernah nak faham keadaan rumahtangga aku dan Faiz. Setidaknya, cubalah faham kerja Faiz tu.

Bukan aku tidak mahu mengandung. Wanita mana yang tidak mahu merasai nikmat mengandung, membawa satu nyawa dan amanah dalam perut ini. Bersusah demi untuk zuriat yang satu itu. Seorang pun cukuplah bagi aku.

Tapi jika sudah tertulis bukan saat ini aku dapat merasai nikmat yang satu itu, siapa aku untuk menidakkan kuasa Allah? Dia yang maha mengetahui. Dan Dia tahu bila waktunya yang sesuai untuk aku merasai pengalaman menjadi seorang ibu.

*******************************************************

Air mata yang mengalir tanpa sedar aku seka perlahan dengan jemariku tatkala mendengar telefon bimbitku berbunyi. Dengan kepala yang berat dan badan yang lemah, aku gagahkan diri untuk bangun dari katil lalu membawa diriku ke meja solek.

Skrin telefon aku pandang sekilas dan dengan pantas aku menjawab panggilan itu. Panggilan dari jauh, aku perlu jawab dengan segera.

Nafas aku hela dalam lalu aku hembus perlahan sebelum panggilan itu kujawab. Aku tidak mahu orang di sebelah sana sedar akan keadaan aku ketika ini.

"Hello. Assalamualaikum, sayang", ucapku lembut dan perlahan.
"Waalaikumsalam, baby. Buat apa tu? Baby sihat? Baby dekat mana ni? Dah makan?", bertalu soalan Faiz. Aku ketawa mendengar suara cerianya. Hilang seketika rasa sayu dalam hati.

"Sayang ni.. tak menyempat. Tanyalah satu-satu", balasku. Kedengaran Faiz ketawa di hujung talian. Mungkin kelakar dengan dirinya sendiri.

"I'm so excited, baby. Guess what?", tanya Faiz ceria. Aku berdecit.

"Alaa.. You tau kan I tak suka teka-teka ni. Just tell me please...", pintaku. Bukan Faiz tidak tahu aku tidak suka berteka teki. Tapi selalu saja dia suruh aku teka apa yang ada di mindanya. Faiz ketawa di hujung talian. Sukalah tu kenakan aku.

"Sayang! Tell me pleaseee", rayu aku manja. Bibirku sudah terjuih ke depan. Kalau dilihat dari pantulan cermin, kelakar juga muka aku ketika ini. Hodoh! Tapi aku tak peduli. Aku tetap jadi pilihan hati Faiz. Eh, perasan pula aku ni!

"Okay..okay.. Jangan nak juih bibir tu. Gigit karang!"

Aku tutup mulut dengan tangan seolah Faiz berada di depanku kala ini. Memang dia suka gigit bibir aku bila aku juihkan bibir macam tu. Kadang-kadang tanpa aku sedar, cepat saja bibirnya memagut bibirku. Ah, rindu pula pada bibir milik Faiz!

"Tell me, sayang. Why you so excited?", tanyaku. Meronta-ronta dari tadi hati ini untuk tahu apa yang buat Faiz begitu teruja. Aku rasa ketika ini Faiz mesti berada di darat sebab jarang sekali dia hubungi aku jika dia di atas kapal.

"I'm going back tomorrow morning!"

"Aaaaaaa... seriuosly?". Aku sudah menjerit. Hilang segala rasa sedih sebentar tadi. Aku kembali ke katil lalu badan dihempas perlahan sambil telefon masih di telinga. Aku dengar Faiz ketawa besar di talian sebelah sana.

"Yes, baby. I'm going home to you tomorrow", balas Faiz untuk meyakinkan aku tentang apa yang dia sampaikan tadi. Aku ukir senyuman lebar, hati terus berbunga-bunga.

"Can't wait for you to come home, sayang. You want me to fetch you at the airport?", tanyaku bersemangat. Aku selalu tanyakan soalan ini setiap kali Faiz ingin pulang kecuali jika dia pulang tidak beritahu aku. Selalunya aku yang akan ambil dia di lapangan terbang melainkan ada transportation yang disediakan majikannya.

"Dah tak sabar nak jumpa I ke?", tanya Faiz meleret. Aku berdecit. Soalan aku tidak dijawabnya, suka benar dia menyakat aku. Aku tahu dia juga tidak sabar untuk pulang menemuiku.

"Of course lah, sayang. There's so many things I nak cerita dengan you. I rindu you sangat tau. Like very very much!", balasku panjang lebar. Suaraku mula bertukar sendu. Bibirku mula bergetar. Aku teringat kembali kata-kata mummy tadi.

Jeda.

Faiz terdiam di hujung talian. Pasti dia perasaan dengan perubahan ton suara aku tadi. Air mata yang hampir mengalir dari tubir mata aku tahan. Aku pejam mata rapat lalu nafas aku hela dalam. Faiz tak boleh tahu tentang itu. Tentang apa yang mummy katakan pada aku tadi.

"I miss you too, baby. Very much. See you tomorrow okay? Ambil I dekat airport", suara Faiz selepas lama talian kami sunyi.

Aku lepas keluh berat selepas talian diputuskan. Aku perlu tidur awal dan pulang ke rumahku terlebih dahulu sebelum ke lapangan terbang untuk menyambut kepulangan suamiku. Lampu bilik aku padam.

Gelap.

Selamat malam cinta. Jumpa esok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience