{ 08 }

Romance Series 23059

Wajah bengis di hadapanku ini aku pandang sekilas lalu menunduk merenung hujung jari kaki. Tidak sanggup rasanya untuk menatap wajahnya. Selepas pembentangan kertas kerja dekat klien tadi, nampaknya Encik Hashim tidak berpuas hati dengan persembahan aku.

"Hurmmm.. macam mana saya nak cakap ye", suaranya memulakan bicara. Aku angkat muka apabila mendengar dia bersuara. Dahinya berkerut hingga hampir bertemu dua keningnya yang tebal itu. Lelaki kacukan Melayu-India, sekali tengok memang orang akan cakap dia ni berbangsa India. Kuat betul gen ayahnya. Langsung tiada raut wajah kemelayuan.

"Bos, kalau ada yang kurang saya minta maaf", suaraku pula meminta maaf. Sebelum dia berhujah lebih panjang lagi, lebih baik aku yang minta maaf dulu. Aku sendiri sedar pembentangan tadi bukanlah yang terbaik pernah aku lakukan. Cuma pemikiran aku agak terganggu ketika ini.

"Awak ada masalah ke Nisa? That was not your best performance. Klien tak berpuas hati dengan presentation awak tadi. Too many silly mistakes", soal Encik Hashim. Aku tertunduk kembali.

Aku tidak tahu apa yang sudah jadi dengan diriku, slide presentation aku tadi agak berterabur dan tidak mengikut turutan yang sepatutnya. Aku agak tergagap-gagap untuk mempersembahkan slide itu kepada klien sehingga ada beberapa terms yang aku salah sebut. Seolah-olah aku langsung tidak membuat persiapan sedangkan sudah beberapa hari aku menghadap benda yang sama.

"I am so sorry, bos. I feel distracted"

"Distracted? Sebab apa?"

Aku terdiam. Aku tidak sepatutnya menjawab begitu. Ini semua bukan sebab kerja tetapi hal peribadi dan aku tidak sepatutnya mencampur adukkan hal kerja dan peribadi.

"Personal issue?", tebaknya. Aku angguk perlahan untuk mengiyakan tekaannya itu. Aku dengar Encik Hashim lepas keluhan berat. Dia membetulkan duduk dan memandang tepat ke arahku.

"Nisa, you are one of the best project manager I ever had. Almost 6 years awak kerja dengan syarikat ni, awak bermula dari bawah sampai ke position sekarang. Jangan disebabkan hal peribadi awak menjejaskan prestasi kerja awak". Panjang lebar Encik Hashim memberikan ceramah kepadaku. Tetapi tutur katanya lembut dan kemas. Dia tidak marah tapi masih ada ketegasan dalam katanya.

"Lately saya nampak awak selalu tak fokus. Dalam meeting, bila jumpa klien. Awak tak sayang ke dengan apa yang awak dah ada sekarang?", tanyanya lagi. Aku hanya diam. Aku tidak ada jawapan untuk itu. Aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku mahukan ketika ini.

Kalau ikutkan hati, sekarang juga aku bagi surat letak jawatan. Aku dah tak tahu nak fikir apa. Fikiranku berserabut.

"Awak perlukan cuti?", tanyanya memecah kesunyian bilik pejabatnya. Aku angkat muka memandangnya lalu menggeleng. "Tapi saya nampak awak macam perlukan cuti, Nisa. Sejak awak masuk kerja selepas MC panjang hari tu, prestasi awak makin merosot. Saya taknak apa pun yang berlaku dekat luar menggangu kerja awak. Saya benarkan awak ambil cuti. Dua atau tiga hari.. atau mungkin seminggu. Go and get some rest. Rest your mind and soul. Dapatkan aura baru"

Aku merenung jauh ke luar tingkap. Rehatkan minda dan jiwa yang tengah berserabut ni? Memang sejak aku masuk kerja selepas cuti berpantang dua bulan lalu, aku tidak tumpukan perhatian pada kerja. Selalu saja aku ditegur Aina kerana tidak menumpukan perhatian dalam perbincangan team kami.

"Kalau tak ada apa-apa, saya sambung buat kerja dulu", ujarku meminta diri. Encik Hashim hanya angguk tanda izinkan. Aku bingkas bangun dari kerusi di depannya dan terus menuju ke pintu.

"Nisa!"

Langkahku terhenti di depan pinti tatkala mendengar namaku dipanggil. Aku menoleh memandang Encik Hashim.

"Tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan. Kalau buntu sangat, minta pertolongan Allah"

Deep! Seolah-olah dia tahu aku sedang berperang dengan masalah ketika ini. Memang ketara lah aku mempunyai masalah kiranya bos aku sendiri berkata begitu.

"I will. Thanks, bos", ucapku dan terus berlalu meninggalkan bilik pejabat Encik Hashim.

***********************

Keadaan riuh rendah dalam rumah ketika ini langsung tidak memberi kesan kepadaku. Entah kenapa aku mula rasa terasing di dalam keriuhan ini. Dua orang anak Kak Fara yang berusia sepuluh dan lapan tahun sedang seronok bermain basikal di laman tepi rumah. Aku hanya duduk di kerusi bersebelahan sliding door yang menuju ke laman tepi ini, memerhatikan anak-anak ini bermain.

Seronoknya menjadi kanak-kanak. Tidak perlu fikirkan tentang masalah dunia. Berada di dalam dunia mereka sendiri, meneroka segala rasa ingin tahu dengan cara mereka. Bergelak tawa dan bergurau senda seolah dunia ini mereka yang punya.

Di dalam rumah, keluarga Paklong rancak berbual dengan keluarga mertuaku. Paklong merupakan abang sulung kepada ibu mertuaku. Seorang pesara tentera dan kini menetap di Banting. Ada lima orang anak, semuanya sudah berkahwin kecuali yang bongsu, Shahira yang baru saja menamatkan pengajian sarjana dalam bidang pengurusan perniagaan.

Kelihatan juga Faiz yang sedang rancak berbual dengan sepupu yang sebayanya, Johan. Anak sulung Paklong. Bekerja dalam bidang yang sama dengan Faiz membuatkan mereka menjadi rapat. Bezanya, Johan yang bekerja di Carigali Petronas hanya akan ke tengah laut apabila diperlukan. Kerjanya hanya berkisar di dalam pejabat saja. Sudah acapkali Johan mempelawa Faiz untuk bekerja dengannya namun Faiz enggan. Aku sendiri tidak tahu kenapa dia enggan bekerja dengan Johan.

"Jangan tunggu lama sangat, Iz. Kau tengok aku, anak dah nak masuk sekolah menengah tahun depan"

Aku menoleh tatkala mendengar perbualan yang jelas di belakangku. Faiz dan Johan sudah berdiri di ambang sliding door tadi. Faiz hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata Johan itu. Usianya sudah mencecah 38 tahun, sama dengan Faiz tapi sudah punya 4 orang cahayamata.

"Memanglah anak kau dah nak menengah. Kau kahwin pun awal sangat. Waktu kau kahwin, aku dekat mana? Tu... dekat France tengah training. Balik-balik tahu kau dah kahwin. Hare sungguh", balas Faiz berjenaka. Aku tertawa dalam hati.

Percaturan hidup yang ditentukan Allah. Bukan kita tidak mencuba untuk mengatur hidup kita, tapi Allah yang maha berkuasa, yang maha mengetahui. Kita hanya mampu merancang, tuhan yang menentukan. Jika tertulis untuknya di Luh Mahfuz bahawasanya dia akan menemui cintanya pada usia 30-an, maka pada usia itulah dia bertemu jodohnya. Dan mungkin jodohnya itu adalah aku.

Ya, aku mengenali Faiz sewaktu usianya sudah lewat 20an. Faiz selalu kata, "Kenapa lambat sangat bidadari syurga ni muncul". Dia rasa terlalu lewat dia menemui aku, namun aku selalu kata padanya bahawa qada' dan qadar itu sudah ditentukan Allah. Aku sendiri sudah berada dalam kategori anak dara tua ketika berkahwin dengan Faiz. Jodoh lambat sampai, mungkin tersesat di tengah lautan.

"Takpa Iz. Usaha lebih sikit. Kau tu, carilah kerja dekat darat pulak. Aku dengar banyak company tengah open job vacancy sekarang ni. Cubalah. Mana tahu lekat. Jauh sikit dari skill kau tu takpa, asalkan lumayan", kata Johan. Mereka berdua melabuhkan punggung dekat kerusi hadapan aku. Aku hanya diam mendengar perbualan mereka. Meski aku pasang telinga, fikiran aku tetap menerawang entah ke mana.

"Tengoklah macam mana. Buat masa ni aku tak fikir lagi nak tukar kerja", balas Faiz. Sudah aku jangka jawapan yang akan diberikan Faiz. Aku sudah muak mendengarnya. Bukan Johan saja yang selalu memujuk Faiz untuk kerja di darat, aku sendiri sudah berpuluh kali memujuk tapi jawapannya, macam tu lah. Dari ekor mata aku perasan Johan sedang memerhatikan aku.

"Kau tak kesian ke dekat bini kau ni? Asyik kena tinggal je", balas Johan pula. Aku tersenyum sinis. Pujuklah Johan selagi boleh. Kalau kau boleh ubah pendirian Faiz, aku patut tabik hormat dekat kau.

"You tak kisah kan, sayang?", tanya Faiz seraya memegang lembut lenganku. Aku hanya tersenyum, malas mahu menjawab soalannya itu. Selepas keadaan jeda seketika, aku meminta diri untuk masuk ke dalam rumah. Malas juga mahu mendengar perbualan mereka berdua yang hanya berkisar mengenai kerja.

Aku bosan di dalam keramaian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience