{ 03 }

Romance Series 23059

"Hah? Kau nak cuti seminggu? Kenapa tiba-tiba je ni?"

Terkejut Aina apabila aku menyatakan hasrat untuk bercuti selama seminggu. Jarang sekali aku ambil cuti panjang saat akhir macam ni. Aku selalu merancang awal jika mahu bercuti panjang.

Aku angguk lalu membalas, "Faiz dah balik. Aku nak spend masa dengan dia sekejap. Kau tahulah kerja dia macam mana kan?"

Aina angguk perlahan tanda mengerti. Aina, wanita lewat 20-an yang masih belum berkahwin tapi sudah mempunyai teman lelaki yang bekerja sama bidang dengan Faiz. Bezanya, teman lelaki Aina bekerja di pelantar minyak manakala Faiz selalunya di atas kapal, bergantung kepada projek.

Aina beruntung kerana dua minggu sekali teman lelakinya akan pulang ke darat selama dua minggu. Tidak seperti Faiz. Suamiku perlu mengikut jadual kerja yang ditetapkan klien dan biasanya setiap kerja mesti dilakukan dalam tempoh masa dua bulan. Jadi Faiz akan bekerja 12 jam sehari selama 60 hari. Atau mungkin lebih dan paling maksimum 90 hari.

"Eh, bila dia balik? Hari tu kau kata project delayed?". Aina sudah berpaling mengadap aku. Terhenti semua kerja yang sedang dia lakukan.

"Tu lah. Client halau dia orang balik. Ganti team lain pula", balasku selamba. Aina ketawa kecil mendengar jawapan aku. Geli hati barangkali mendengar perkataan 'halau' itu. "Kalau ikut work contract pun, 1 team mana boleh lebih 60 hari. Tapi kau faham-faham saja lah dekat sana tu. Kapal rosaklah, equipment rosaklah, semualah nak rosak", bebelku. Aina ketawa lagi mendengar bebelan aku pula.

"Kau ni kalau membebel, kalah mak nenek. Agaknya Faiz tu kena bebel tak dengan kau?", tanya Aina dalam nada gurauan. Dia geleng kepala beberapa kali. Aku mencemik.

Gila tak pernah! Dialah yang selalu kena tadah telinga dengar bebelan aku. Kalau ada benda yang tak elok dekat mata aku, mulalah aku membebel dan seperti selalunya Faiz lah pendengar bebelan aku yang setia.

"Kau ni.. tak guna lah dia jadi suami aku kalau tak dengar aku membebel", balasku penuh yakin. Aku ketawa di hujung kata. Aina turut ketawa.

"So, kau dengan Faiz nak pergi bercuti dekat mana?", tanya Aina mengubah topik perbualan kami. Aku terdiam seketika. Aku belum sempat bertanyakan tentang itu dengan suamiku. Semalam selepas mengambilnya di lapangan terbang, kami terus pulang ke rumah mertuaku. Seharian masa dihabiskan di sana walaupun aku sudah ke rumahnya sehari sebelum itu kerana majlis kesyukuran kakak iparku.

"Entahlah, Na. Belum fikir. Kau tahu kan mak mertua aku tu. Kalau anak dia yang sorang tu balik, mulalah nak suruh usung dia ke sana ke mari", lemah aku membalas pertanyaan Aina tadi. "Hari ni, awal pagi dah call Faiz, minta bawa dia pergi Shah Alam. Padahal abang ipar aku ada je dekat rumah tu", luahku lagi.

Terkadang aku sendiri tak faham dengan sikap ibu mertuaku ini. Keluarga Kak Fara tinggal selang selorong saja dengan rumahnya, tapi tetap juga anak yang jauh ini yang mahu disusahkan. Bukan aku tak suka, tapi aku juga mahu luangkan masa dengan suamiku. Selalunya jika Faiz bercuti, dia yang akan hantar aku ke tempat kerja. Tapi hari ini, aku mengalah dengan ibu mertuaku. Terpaksalah aku naik grab ke tempat kerja. Nasib baiklah jarak rumah dengan pejabat tidak jauh. Hanya dalam sepuluh minit saja.

"Hurmm.. dah 4 tahun kau jadi menantu dia, masih tak berubah ye?", tanya Aina perlahan. Kepada gadis inilah selalunya aku luahkan perasaan. Sudah hampir tiga tahun dia menjadi rakan sekerjaku, malah bekerja satu team dengan aku. Masa aku banyak juga dihabiskan dengan gadis ini.

"Macam tu lah. Aku dah lali", balasku pendek. Malas hendak memikirkan tentang ibu mertuaku itu.

"Sabar je lah, babe. Doa banyak-banyak supaya terbuka hati dia nak terima kau sebagai menantu", pujuk Aina.

Aku hanya tersenyum nipis. Setiap kali habis solat, aku tidak pernah lupa untuk doa yang satu itu. Doa supaya mummy boleh terima aku seadanya sebagai menantunya.

*******************************************************

Perjalanan pulang kami hanya ditemani bunyi lagu di corong radio. Entah kenapa aku tiada mood untuk berbual dengan Faiz ketika ini. Mungkin kerana penat memerah otak untuk keluarkan idea semasa brainstorming session bersama team aku tadi.

Sebelum aku cuti panjang, aku mahu semuanya ditinggalkan dengan tenang. Tugasan selama seminggu sudah aku agihkan kepada teammates aku. Aku balik dari cuti nanti, aku mahu semuanya dibentangkan depan aku, sebelum aku persembahkan pula pada klien.

Aku buka mata apabila terasa tanganku digenggam lembut. Sepuluh minit perjalanan dari pejabatku ke rumah biasanya akan menjadi setengah jam perjalanan jika di waktu petang. Faham-faham sajalah tinggal di Lembah Klang, ceruk mana yang tak sesak kan?

"Kita dah sampai", kata Faiz perlahan. Senyuman terukir di bibirnya. Aku menggeliat perlahan lalu mencapai tas tangan yang aku letak di sebelah kaki. Faiz sudah keluar dulu dari perut kereta menuju ke pintu utama. Dengan langkah longlai aku menapak masuk ke dalam rumah.

"You nak air? I buatkan", tanya Faiz. Aku hanya angguk perlahan. Badan yang letih aku sandarkan pada sofa di ruang tamu.

Aku terjaga apabila terasa bahuku digerakkan perlahan. Terdengar sayup satu suara memanggil namaku. Aku cuba buka mata tapi terasa berat. Namun aku paksakan juga.

"Sayang...", kataku perlahan apabila melihat Faiz berada di depanku. Dahi aku berkerut melihat sekeliling. Rasanya tadi aku terlelap dekat sofa. Macam mana aku boleh berada dalam bilik pula ni?

"I angkat you tadi. You nampak penat sangat, baby. Tak sampai hati nak kejutkan you", suara Faiz. Mesti dia perasan yang aku sedang kebingungan. Aku urut kepala yang sedikit berdenyut lalu bersandar pada kepala katil.

"Sorry, sayang. I tak sedar langsung", balasku. Aku lihat di luar sudah gelap. Ah, mesti aku terlepas waktu Maghrib sekali lagi. Sejak akhir-akhir ini, aku selalu saja tertidur selepas pulang dari kerja. Niatku hanya untuk seketika, tapi apabila bangun, jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Kadang-kadang aku bergelap dalam rumah. Puas pula meraba cari suis lampu.

"Penat sangat kerja ye? I nampak muka you pucat je ni. You tak sihat ke baby?", tanya Faiz prihatin. Belakang tangannya diletakkan dekat dahi aku. Memeriksa suhu badanku jika panas. Aku alihkan tangan Faiz dan kugenggam lembut.

"I sihat. Cuma busy sangat tadi. Lagipun esok kan I dah start cuti, so tadi memang banyak kerja nak settlekan. Budak-budak I tu you faham je lah, kalau I tak bagi kerja nanti semua duduk melanguk je", balasku panjang lebar. Faiz ketawa mendengar penjelasan panjang lebar aku. Terhibur mungkin dengar aku mengadu padanya.

"Dah.. dah.. pergi mandi dulu. Nanti kita solat sama-sama okay?", kata Faiz sambil mencuit hidung aku. Suka dia buat begitu padaku. Dan aku pun tidak pernah bosan diusik begitu oleh suamiku.

*******************************************************

"Assalamualaikum warahmatullah...."
"Assalamualaikum warahmatullah...."

Salam diberikan buat malaikat kiri dan kanan yang sentiasa mencatat amalan baik dan buruk hamba Allah. Seusai memberikan salam dan berdoa, Faiz memusingkan badannya mengadapku.

"Baby..."

Aku angkat muka memandangnya. Lembut saja muka suamiku ketika ini. Wajah yang masih berwuduk. Kejap lagi aku salam dia, batallah wuduknya. Selepas solat buat macam tu, tak mengapa. Jangan sesudah dia mengambil wuduk, habis satu rumah dikejarnya aku nanti. Sengaja aku menyakat dia.

"Ye, sayang?"

Faiz diam seketika. Dipandangnya lama wajah aku membuatkan aku jadi serba tak kena. Tapi pandangan matanya kosong. Aku tidak dapat membaca fikirannya ketika ini.

"Kenapa you tak cerita dekat I?", tanya Faiz tiba-tiba. Dahi aku berkerut, otak aku ligat memproses soalan yang diajukan suamiku ini.

Apa yang aku tidak cerita dekatnya? Memanglah kami masih belum lagi berbual panjang sejak dia pulang dua hari lalu tapi seingat aku, tiada cerita baru yang aku belum sampaikan padanya.

"Pasal mummy", sambung Faiz lagi setelah melihat aku hanya mendiamkan diri.
"Kenapa dengan mummy?", tanyaku pula. Blur tiba-tiba. Faiz lepas keluh perlahan.

"Kalau Mira tak cerita dekat I, memang sampai kiamatlah you tak akan cerita dekat I kan?", tebak Faiz. Kali ini riak wajahnya serius. Tidak seperti mulanya tadi.

Aku tertunduk. Aku tahu cerita mana yang Faiz maksudkan. Tidak sanggup aku nak menatap wajah lelaki yang aku cintai ini jika dia sedang serius. Terngiang-ngiang pula setiap butir kata yang mummy tuturkan di telingaku beberapa hari lepas.

"Tak ada yang perlu you tahu pun...", jawabku perlahan. Aku mula rasa sendu. Aku nak menangis tapi aku tahan. Aku dengar Faiz lepas keluhan berat. Dia merapatkan badannya denganku sehingga kami berlaga lutut. Jemari aku digenggam lembut lalu diusap perlahan.

"You are my wife, baby. Sakit hati you, sakit lagi hati I. Even she is my mom, but you are my wife. You need to tell me everything that she said or done to you"

Aku diam tak bersuara. Suara Faiz seakan bisikan yang mengasyikkan. Aku tahu dia sedang pujuk lara hati aku. Sudah tentu Amira ceritakan secara terperinci kejadian malam itu pada suamiku ini. Tidak akan ada satu pun yang tertinggal. Itulah Amira, adik iparku. Pemberi maklumat suamiku. Entah berapa yang Faiz bayar sebagai upah Amira.

"I tak suka you pendam semua benda yang mummy buat dekat you. You know that I knew everything, baby. Cuma I taknak tanya sebab I tahu you memang tak akan cerita dekat I"

Kali ini, suara Faiz pula yang kedengaran sendu. Aku masih tertunduk. Faiz tahu semuanya. Aku tahu itu. Tapi aku tak mahu menjadi isteri yang suka mengadu domba. Aku tidak mahu memburukkan ibu kepada suamiku ini.

"Esok kita pergi Langkawi", kata Faiz. Aku angkat muka memandangnya dengan dahi berkerut.
"Bukan ke esok mummy nak...."

Belum sempat aku meneruskan kata, Faiz potong kata-kataku, "Mummy nak cucu kan? So kita akan bagi mummy apa yang dia nak. I akan pastikan tak ada siapa pun ganggu kita dekat Langkawi nanti"

Aku angguk setuju. Semestinya masa berduaan dengan suamiku adalah waktu yang paling aku nantikan.

Langkawi, mu tunggu aku datang!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience