{ 09 }

Romance Series 23059

Hendak menangis, sudah tiada air mata. Hendak membantah, aku tiada kuasa. Aku jadi buntu, fikiran aku bercelaru. Permintaan mummy itu sukar untuk aku tunaikan.

Pinangkan seorang gadis untuk suamiku? Gila! Sedangkan Faiz rapat dengan adiknya sendiri pun aku sudah cemburu tahap dewa, inikan pula berkongsi kasih dengan wanita lain.

"Mummy boleh terima Nisa dalam keluarga ni kalau Nisa setuju dengan cadangan mummy"

Terngiang-ngiang di telingaku, seolah mummy kini berada rapat di sebelahku dan membisikkan kata-kata itu berulang kali.

"Pujuk Faiz"

Aku pejam mata dan hela nafas dalam. Pujuk Faiz atau pujuk hatiku sendiri? Sanggupkah aku berkongsi kasih dan sayang Faiz dengan wanita lain? Sanggupkah aku mempertaruhkan perasaan aku demi sebuah restu? Sanggupkah aku korbankan hati aku untuk melihat kebahagiaan orang lain?

Ya Allah! Aku buntu. Tersangat buntu.

Tatkala aku buka mata, hampir saja aku menjerit apabila satu susuk tubuh manusia muncul tiba-tiba di depanku.

"Penat sangat ke baby sampai terlelap dekat sini?", tanya Faiz berseloroh. Aku mencemik dan berdecit. Aku hanya memerhatikan gerak gerinya yang membuka pintu peti ais lalu sekotak jus dibawa keluar. Cawan di tepi sinki dicapai dan dibawa ke meja makan lalu melabuhkan punggungnya di kerusi depan aku.

"Ada apa-apa yang I perlu tahu?", tanya Faiz sambil mata melirik kepadaku. Aku hanya menggeleng. Dia pandang aku sambil mencicip jus dalam cawan. Mengecil matanya memandangku. Aku tahu dia tak puas hati dengan gelengan aku tadi.

"Betul ni?", tanyanya lagi inginkan kepastian. Aku angguk kepala laju dan penuh yakin. Lantas aku melarikan pandangan mataku dan terus bangun dari kerusi yang duduk sedari tadi. Lebih lama aku menghadapnya, lebih banyak soalan dia akan tanya.

Faiz hanya membiarkan aku berlalu pergi namun belum sempat aku melepasi pintu untuk keluar dari dapur, dia bersuara.
"I tak setuju dengan cadangan mummy. I tak akan kahwin dengan Ira"

Seperti yang aku sangka, sudah tentu Faiz juga tahu tentang cadangan mummy itu. Tanpa membalas kata-katanya, aku terus mendaki tangga menuju ke bilik tidur kami.

Badan aku terasa sangat letih. Bukan saja badan, malah otak dan hati aku juga sudah penat.

Dengan mummy yang macam tu, yang tidak pernah terima aku sebagai menantunya. Terkadang aku pelik dengan diri aku sendiri. Aku dah tahu dari dulu lagi yang Puan Khatijah tidak pernah sukakan aku. Dia mengizinkan Faiz berkahwin denganku hanya kerana arwah suaminya yang pada ketika itu berkeras mahu aku dan Faiz disatukan.

"Kenapa aku tak beralah je dari dulu? Sekarang ni, dah menyeksa diri sendiri. Bodohnya aku". Aku menggumam mengutuk diri sendiri. Kononnya cinta boleh merubah segalanya.

Phuii! Dah nak masuk lima tahun aku menjadi isteri Faiz, tidak pernah sekalipun mummy bercakap lembut dengan aku. Setiap kata yang meluncur keluar dari mulutnya, sering menghiris hati aku.

"Ahh, teruskan saja. Tak rugi pun untuk aku", gumamku sendiri. Yang aku risaukan sekarang, suamiku. Terang-terangan dia tidak setuju dengan cadangan mummy.

Aku perlu pujuk Faiz. Demi restu mummy, aku sanggup berkongsi kasih meski aku tahu hati aku akan terluka.

Dan, ada sebab aku buat semua ini. Bukan hanya kerana restu mummy, tapi lebih dari itu. Aku buat semua ni hanya untuk suamiku.

************************************

Telefon di tangan aku letakkan di kabinet sisi katil apabila melihat Faiz keluar dari bilik air. Riak wajahnya sedikit tegang. Sejak aku masuk ke dalam bilik tadi, aku hanya diam membisu. Selepas solat Isyak tadi, aku terus naik ke atas katil.

Faiz naik ke atas katil, di sebelah aku. Badan disandarkan pada kepala katil. Dia kemudian ralit dengan telefon bimbitnya. Sesekali dia menaip sesuatu. Waktu malam begini pun, ada saja kerja yang dia perlu buat.

"When is your next project?", tanyaku perlahan memulakan bicara. Kepala aku lentokkan ke bahunya dengan sebelah tangan memeluk pinggang Faiz. Ubunku dicium sekilas.

"Suka ye I tak ada?", tebak Faiz. Soalan aku tidak dijawab, suka benar dia menyoal aku kembali. Aku tarik muka masam. Suka cakap macam tu dengan aku. Kalau boleh, aku tidak mahu Faiz pergi lagi.

"I taknak you pergi lagi. Boleh?", pintaku. Sengaja aku meminta begitu. Aku tahu itu sesuatu yang mustahil. Skill yang ada pada suamiku ini selalunya melibatkan kerja-kerja di tengah laut.

"You know I can't, baby", lembut balasan kata Faiz. Telefon diletakkan di kabinet sisi. Lantas dia menarik aku dalam dakapannya. Kepala aku letak di dadanya. Kedengaran degupan jantung Faiz yang tenang. Jemariku bermain dengan bulu dada Faiz. Sesekali aku menarik lembut bulu itu membuatkan Faiz mengaduh sakit.

"You sengaja kan...?", bisik Faiz meleret. Aku ketawa manja. Memang! Aku memang sengaja menerbitkan nafsunya.

Tangan aku bawa ke perutnya pula. Aku usap lembut dan perlahan di bahagian perut Faiz lalu memainkan jari telunjukku di pusatnya. Degupan jantung Faiz sedikit laju berbanding tadi. Aku tahu dia sedang mengawal nafsunya. Namun di bahagian bawah lagi seperti mengisyaratkan sesuatu.

Aku angkat muka dan mendagu di dada Faiz. Aku renung wajah kesayanganku ini.
"Sayang... dia macam nak something", bisikku manja seraya tangan aku mengusap lembut seketul daging yang panjang dan sedikit keras itu. Faiz pandang aku dengan pandangan yang penuh nafsu.

"He want something from you. Can you give that to him?", bisik Faiz menggoda dan kenyit mata. Aku tersenyum manja dan angguk.

Tangan aku seluk ke dalam boxer Faiz. Sambil tangan di dalam boxer, mengusap seketul daging yang semakin mengeras itu, bibir aku terus memagut bibirnya. Aku hisap perlahan bibir bawah Faiz. Tangannya sudah mula tidak duduk diam. Diusapnya belakang badanku sehingga ke punggung dan kemudian diramasnya lembut sehingga aku mendesah.

Aku tidak mahu tunggu lama. Bahagian intimku sudah mula merembeskan cecair suam. Aku sudah bersedia untuk penyatuan dua jiwa malam ini.

Kami bersatu lagi untuk kesekian kali. Permainan kali ini agak luar biasa berbanding sebelumnya. Samada aku yang terlalu menginginkannya atau Faiz yang sengaja berbuat begitu seakan mahu menghukum aku.

Ah, aku tidak peduli.

"Sayang... I dah nak sampai". Aku memeluk erat badan Faiz. Dia masih lagi setia menghentak keris saktinya ke dalam lubang berahiku. Kucupan demi kucupan diberikan kepadaku. Keringat menitik dari tubuhnya, bersatu dengan keringatku. Sejuk penghawa dingin tidak mampu menyejukkan kehangatan hubungan kami malam ini.

"Let's release it together, baby", bisik Faiz bernada gersang. Aku angguk laju. Badanku mula menggigil menanti sesuatu meletus dari dalam. Hentakan semakin laju. Aku mendesah kuat dan akhirnya, berdas-das tembakan tepat kena ke dinding rahimku.

Nafas kami begitu kuat sekali. Aku masih memeluk suamiku erat, seolah tidak mahu melepaskan. Faiz terbaring di atasku. Aku mengucup batang lehernya.

"Terima kasih, sayang", bisikku lembut. Satu ciuman singgah di cuping telinganya. Faiz angkat muka lalu memandang aku dengan penuh kasih sayang.

"Thanks to you too", balasnya. Dahi aku dikucup lama. Aku renung mata Faiz saat kucupan terlerai dari dahiku. Pipinya aku usap lembut. Jambang yang dijaga rapi menampakkan ketampanan suamiku ini.

"Setuju dengan mummy please", suaraku meminta. Faiz terkejut dengan kata-kataku itu. Dia bingkas bangun dan berlalu ke bilik mandi meninggalkan aku termangu di atas katil.

Ya, aku dah salah cakap!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience