"Ibu, oh ibu." Panggil Alya. Pn. Aina bergegas keluar dari dapur.
"Nak apa, Alya?" Soal pn. Aina.
"Alya dah buat keputusan. Alya terima ibu tunangkan Alya dengan kawan ibu tu." Pn. Ain seakan -akan tidak percaya dengan kata-kata anaknya itu.
"Alya, betul ke ni? Alya setuju?" Alya mengangguk tanpa ada sebarang keraguan lagi.
"Esok ibu suruh keluarga dia datang merisik." Alya mengangguk sebelum melangkah naik ke biliknya.
Alya berbaring di katilnya setelah selesai membersihkan diri dan bersolat. Dia teringat kembali kata-kata yang dilemparkan oleh Zahin kepadanya.
"Heh, aku kenapa? Daus, sorrylah. Kalau jenis macam dia ni kau nak jodohkan aku. Memang tak lah jawapan dia. Sorry bro. Aku pergi dulu."
"Kesian betul dekat bakal tunangan kau tu. "
Alya memukul-mukul bantal comel di sebelahnya.
'Benci benci benci. Aku benci dia.' Desis hati kecil Alya.
"Apa ma? Esok Zahin kena ikut pergi bertunang? Bukan sepatutjya Zahin tak boleh ada ke?" Soal Zahin terkejut.
"Yelah, tapi tunggu jelah dekat luar rumah. Kamu bawa mama dengan papa. Papa boleh rest dari drive. " zahin mengangguk menerima takdir yang menimpa dirinya.
Dia naik ke biliknya. Dia teringat kembali pwristiwa dia berjumpa dengan Alya.
Sejak pertemuan pertama mereka, Zahin sudah meraskan sesuatu. Tapi dinafikannya, kerana memikirkan dirinya yang dimiliki Sofea.
Kini, dia tidak diikat oleh sesiapa. Baru sekarang dia mengerti perasaan yang menimpa dirinya.
Sambil membayangkan wajah manis Alya, dia terlelap dan terlena.
"Zahin,tahniah sebab dah bertunang." Ucap pn. Ain kepada anak bujangnya. Zahin hanya buat endah tidak endah dengan ucapan mamanya.
"Zahin dah boleh tengok tunangan Zahin. Jom." Pn. Ain menarik lengan anaknya masuk ke dalam rumah.
"Ni, pn. Aina. Nilah tunangan si Alya tu." Mata Zahin membulat sebaik saja terdengar nama Alya meniti di bibir mamanya.
"Lah, yeke? Kejap ye, nak panggilkan Alya." Pn. Ain mengangguk dan pn. Aina menghilang.
"Mama sebut Alya ke tadi?" Tanya Zahin separa berbisik.
"Haah, kenapa? Kenal ke? Kalau kenal, dialah tunangan kamu tu." ujar pn. Ain selamba.
Dari jauh, kelihatan pn. Aina dan Alya mendekati mereka. Zahin cepat-cepat menutup rasa gugupnya .
"Nilah, Alya. Tunang kamu, Zahin. Baik budaknya." Alya berpaling memandang ke arah tunangnya. Mereka berdua tergamam dan terkedip-kedip.
"Jomlah, pn. Ain. Kita tinggalkan mereka. Ambillah masa nak berkenalan ya?" kedua-dua ibu mereka berlalu pergi meninggalkan mereka.
Mereka hanya mendiamkan diri.
"Jadi, kaulah tunang aku?" Soal Zahin kepada Alya. Alya hanya memandang sekejap ke arah Zahin sebelum mengangguk.
"Maksudnya akulah yang malang tu." Zahin ketawa. Sungguh dia tidak menyangka dirinya akan bertunang dengan Alya. Pujaan hatinya.
"Kenapa? Tak suka?" Soal Alya sinis. Zahin hanya tersenyum.
"Mana ada aku tak suka. Lagi aku suka adalah." Ujar Zahin sambil mengenyitkan matanya ke arah Alya.
"Kau suka sebab kau dapat buli aku. Tapi, aku ingatkan kau sekali ni yang aku tak mudah dibuli." Amaran Alya tegas. Zahin hanya ketawa kecil.
"Garang juga tunang aku ni. Ni yang bertambah geram ni. Tak sabarnya nak kahwin."
"Tak ada siapalah nak kahwin dengan kau." Balas Alya selamba.
"Ada, kaulah orangnya. Orang yang akan tergila-gilakan aku suatu hari nanti." Zahin menyuakan telefon bimbitnya kepada Alya.
"Nak buat apa ni?" Alya menyoal pelik.
"Masukkan nombor telefon kau. Kalau aku rindu, bolehlah aku telefon." Zahin menyuakan lagi telefonnya kepada Alya.
"Ambillah cepat. Kau ni, degil pula." Alya mengambil telefon bimbit dan memasukkan nombor telefonnya. Setelah selesai, telefon Zahin diberikan kembali.
"Aku masuk dapur dululah. Kau nak apa-apa? Nak makan ke, minum ke?" Soal Alya prihatin. Kenalah tunjuk ciri-ciri isteri tu.
"Aku nak minum je. Kau ada air yang panas tak? Macam nescafe ke?" Alya mengangguk sebelum menghilang.
"Weh, Zahin. Tahniahlah sebab dalam diam bertunang dah. Dengan Alya pula tu." Daus menghampiri sambil mengucap tahniah.
"Terima kasihlah. Rahsia Allah, siapa nak tahu." Ujar Zahin selamba.
Alya sedang mengacau air nescafe untuk Zahin. Sedang dia sibuk mengacau air, Alina datang menghampirinya.
"Amboi dia, dalam diam je dah bertunang. Bukannya nak cerita dekat aku kan? Kau ni." Rajuk Alina. Alya hanya ketawa melihat mimik muka Alina.
"Haish kau ni, aku manalah nak tahu. Dah ibu kata harini bertunang, aku nak buat apa? Aku ikutkan jelah." Ujar Alya bersahaja.
"Yelah-yelah. Kau buatkan air untuk siapa ni?" Tanya Alina setelah terlihat Alya yang ligat mengacau air nescafe.
"Tunang aku punya." Alina membuat muka terkejutnya.
"Alya Nur, buat air untuk tunang dia? Fuh, pecah rekod ni weh." Usik Alina. Alya hanya mengabaikan usikan kawannya itu dan terus berlalu untuk menghantar air tunangnya.
"Abang, jangan buat macamni. Apa yang Mimi kena buat supaya dapat abang? Apa saja Mimi sanggup demi abang. " Mimi merayu kepada Zahin sambil melutut.
"Abang- abang tak boleh terima Mimi. Itu je yang abang boleh cakap. Lupakanlah abang." Ujar Zahin. Kesemua yang berada di ruang tamu tergamam melihat drama air mata Mimi.
"Ni mesti sebab tunang abang kan? Dia dah guna-gunakan abang kan?" Zahin menggeleng.
"Dia tak guna-gunakan abang pun. Mimi baliklah, malulah orang tengok Mimi macam ni." Pujuk Zahin.
"Tak, mana tunangan abang tu? Mimi nak jumpa dia." Alya menelan air liur sebaik saja dirinya disebut oleh Mimi.
"Kau kan, tunangan Zahin?" Mimi menyoal kepada Alya. Alya tidak menjawab.
"Betullah kau. Kau lah yang curi kekasih orang, tak guna. Kau mari sini, aku nak bunuh kau. Tak guna punya betina-." Tempik Mimi berkaling -kali sambil menggoncang-goncang tbuh Alya sehingga menyebabkan air nescafe panas yang berada di tangannya melayang ke udara.
"Alya-!" Jerit Zahin panik
Share this novel