1

Romance Completed 16825

"Eh, kau ni dah kenapa? Mana mata kau? Lutut? Tapak kaki ke? Sampai aku yang dah sedia besar ni pun kau tak nampak?" Zahin memarahi seorang gadis di hadapannya.

"Eh, aku pula kena. Kau tu yang letak mata dekat mana, salahkan aku pula." Si gadis pula membidas kata-kata Zahin.

"Eh, kalau kau tu jalan guna mata memang tak lah kita akan berlanggar sampai aiskrim MCD kau yang murah tu kena baju aku." Nada suara Zahin semakin tinggi sambil matanya memandang tepat ke arah gadis di hadapannya.

"Hey, kalau kau tu pun jalan pakai mata sangat memang kau boleh elak lah. Macam lah kau tu rabun sampai aku pun tak nampak." Gadis tersebut membetulkan cermin matanya.

"Ish, malaslah nak layan girl macam kau ni. Jangan sampai, aku jumpa kau lagi. Dah, blah." Zahin terus berlalu pergi meninggalkan gadis bercermin mata tadi.

"Eleh, fikir muka kau hensem sangat ke? Aku sepak guna heel ni sekejap lagi. Buat mood aku swing jelah, cuti-cuti ni." Rungut si gadis.

"Eh, Alya. Kau kenapa?"

"Ada mamat mana datang entah, marah aku sebab aku tengah makan aiskrim dengan penuh khusyuk sampai terlanggar dia. Masalahnya, dia boleh je kot elak ke tepi sikit. Lepastu, cakap aku tak ada mata apa bagai. Geram aku." Alya merungut. Sahabat di sebelahnya hanya menggelengkan kepala.

"Padan muka kau lah. Jumpa aiskrim memang kau khayal, kan? Hensem tak mamat tu?"

"Kau ni Alina, gatal pula. Bakal laki kau tu campak mana? Longkang?" Alina ketawa kecil.

"Kau ni, gurau jelah. Bukan untuk akulah, memang takkan aku nak tinggalkan Si Daus tu." Alya mengerutkan dahinya tanda tidak memahami.

"Untuk siapa? Kau mana ada adik perempuan. Kau ada abang dengan adik lelaki je kot." Alina menggelengkan kepalanya dan Alya membuat muka keliru.

"Untuk kau lah, Alya Nur. " Geram hati Alina dibuatnya. Masih lagi, Alya blur.

"Alya Nur nama aku kan?" Alina mengangguk. Terus riak wajah Alya berubah terkejut.

"Aku? Memang taknaklah. Garangnya semacam. Singalah dia tu. Takut." Alina dan Alya sama-sama ketawa.

"Geram betul aku. Baju ni dahlah baru beli. Minah tu sedap-sedap je tumpahkan aiskrim dia tu." Rungut Zahin sambil berjalan pantas menuju ke tandas lelaki.

Dia pantas mengambil tisu dan lap kesan aiskrim yang terdapat pada bajunya. Nasib baik, boleh hilang. Zahin keluar dan menuju ke sebuah kafe.

"Hai, sayang." Sapa Zahin manja kepada teman wanitanya, sofea.

"Erm, hai. Lambat datang?" Zahin menunjukkan simbol 'V' kepada Sofea.

"Oh, kenapa you nak jumpa I eh Sofea?" Zahin bertanya riang. Sofea melamarnya seringkali bermain di fikiran. Zahin, melampaunya fikiran kau.

"Sebab I nak jujur dengan you. " Zahin memandang tepat ke arah Sofea. Pengakuan jujur ke? Mengandung anak luar nikah? Ada penyakit kronik? Dah nak mati? Zahin, kawal diri dan imaginasi pelik kau ni.

"I nak putuskan hubungan ni. I dah tak tahan dan nak putus." Sofea menunduk.

"Apa? Putus? Senangnya you minta putus. Tak, kita takkan putus." Tekad Zahin. Memang dia takkan lepaskan Sofea. Sofea wanita sempurna baginya.

"I tak kira, you nak atau tak, kita dah tiada apa-apa hubungan. Hubungan I dengan you dah tamat. I harap you halalkan semua yang ada I terambil tanpa sedar. Terima kasih, Zahin. Jumpa lagi." Sofea terus berlalu. Mata Zahin mengikuti setiap langkah Sofea.

"Malangnya hari aku! Sejak jumpa perempuan aiskrim tu." Zahin mendengus geram. Dia melepaskan marahnya kepada meja di hadapannya.

"Eh, Alya. Kau nak apa? Aku belanja." Zahin menoleh ke arah pintu masuk. Perempuan mana pula yang buat bising dalam kafe waktu mood aku tak baik ni?

"Alina, perlahankanlah suara kau tu. Buat aku malu je." Mata Zahin terbeliak. Perempuan aiskrim!

"Alah, biarlah. Bukan diaorang kenal kita pun. Kau ni, relaks jelah." Ujar Alina selamba sambil dia ligat memesan minuman mereka berdua.

Zahin yang sedari tadi memerhati, menghampiri Alina dan Alya. Niatnya mahu memulangkan semula nasib malangnya kepada Alya.

"Wei, aku nak belanja kau lah. Kau dah kenapa-" kata-kata Alina terhenti separuh jalan. Alya memandang Alina yang membuat isyarat tengok ke belakang. Alya menoleh ke belakang tanpa ragu-ragu.

"So, nama kau Alya?" Erk, mamat tadilah desis hati Alya. Cepat-cepat Alya menoleh semula ke depan.

"Hello, Cik Alya. Aku pasti kau ada hutang dengan aku. Jadi?" Zahin memandang Alya.

"Jadi apa? Encik nak ganti rugi? Macam tu?" Tebak Alya tanpa memandang wajah Zahin.

"Sebelum aku sambung cakap, baik kau pandang aku. Aku tak suka kalau cakap tak ada yang pandang." Nada tegas Zahin membuatkan Alya lagi gementar. Nak pandang ke tak nak?, ujar hati Alya berdolak-dalik.

"Cik Alya, aku tunggu ni. " Alya akhirnya menoleh ke arah Zahin. Zahin tersenyum senang.

"Baik, aku memang tak perlukan ganti rugi kau. Tapi, kau dah hantar benda apa dekat aku ni?" Alya membuat muka bingungnya.

"Apa aku dah buat?" Soal Alya bingung.

"Kau dah hantar nasib malang dekat aku. Sejak aku jumpa kau, semua benda dah jadi serba tak kena. Baru je tadi, aku putus dengan kekasih aku." Terang Zahin sambil memeluk tubuh.

"Eh, kalau tu semua takdir kau. Aku nak buat apa? Nak tarik balik takdir? Aku bukan tuhan. Terima jelah dengan redha bukan susah pun." Ujar Alya selamba. Fikir aku kisah kau baru lepas putus?

"Kau memang nak kenalah perempuan. " Zahin berlalu pergi. Dia menuju ke keretanya.

"Dahlah, Alina. Aku nak baliklah, tak ada mood aku nak keluar. Dua kali mamat tu buat aku hilang mood." Tutur Alya lemah. Alina yang seakan memahami mengangguk.

"So kau nak cerita dekat aku tak?" Soal Alina.

"Kau nak aku cerita bahagian mana?" Alina tertawa malu. Baru je sekejap tadi, Alya ceritakan kepadanya dah lupa?

"Ops, sorry. Terlupa." Alya hanya membatukan diri.

"Hello, Dane. Kau free tak? Aku nak jumpa." Mata Zahin masih lagi tidak lekang memandang ke arah jalan raya.

"Woah, hello. Aku free je harini. Jumpa tempat biasa. Bye." Panggilan ditamatkan dan Zahin membelok di satu simpang.

"Weh, Zahin. Sinilah, aku dekat sini bukan dekat aweks cun tu." Zahin yang baru melepasi meja sekumpulan gadis menunduk malu. Nasib kau kawan, desis Zahin.

"Kau ni, buat jatuh saham aku. " Bahu Dane ditepuk lembut. Dane hanya membalas dengan senyuman menggoda.

"Gay ke apa?" Zahin menolak kerusinya menjauhi Dane.

"Kau ni, kalau aku gay memang tak adanya aku awek." Zahin ketawa kecil dan menarik kembali kerusinya merapati Dane.

"Kau kenapa ajak kau jumpa? Rindu ke? Auch, terharu aye." Ujar Dane dengan suara gediknya.

"Kau ni macam parahlah. Better kau pass awek kau dekat aku, lepastu kau pergi cari mana-mana jantan. "Dane ketawa kuat.

"Kau ni. Habistu kau nak apa jumpa aku ni?" Tanya Dane.

"Nak ceritalah ni. Tapi, aku rasa." Zahin berhenti berbicara.

"Kau rasa apa? " soal Dane ingin tahu. Zahin menjongketkan keningnya berkali-kali.

"Aku rasa baik kita order air dulu." Sambung Zahin sambil ketawa melihat riak wajah Dane.

"Nasib baik sahabat dunia akhirat, kalau tak memang aku tinggal kau tepi jalan. Wini, mari sini ambilkan order kitaorang ni." Laung Dane selamba. Mentang-mentanglah regular customer.

"Nak apa?" Wini datang ke meja mereka.

"Nak kau. Chia chia chia." Ujar Dane. Wini menunjukkan riak menyampahnya.

"Kalau tak nak order tak payah nak sibuk laung-laung nama aku." Zupp, menusuk ke kalbu Dane. Malu dibuatnya bila ditegur sebegitu.

"Nak order lah ni. Nak teh o' ais limau satu. Dia ni, bagi teh ais. Jangan banyak sangat ais. " Wini yang sudah selesai mencatat berlalu pergi.

"Dah order air, kau sekarang baik cerita dekat aku apa masalah kau." Dane memandang tepat ke arah Zahin.

"Aku dengan Sofea" tutur Zahin lemah.

"Nak kahwin ke? Tahniah bro." Dane bersalam dengan Zahin dan menepuk bahu sahabatnya itu. Dane tersenyum gembira.

"Dah putus. Kitaorang dah putus." Senyuman yang terukir di bibir Dane mati serta-merta.

"Kenapa? 3 tahun kot korang berkawan. Tiba-tiba putus. Korang ni, berkawan sia-sia jelah." Zahin mengangkat bahunya.

"Aku pun tak tahu apa salah aku. Dia blah macamtu je. Dengan jantan lain pula tu. Bayangkan betapa hancurnya hati aku nampak dia keluar dengan jantan lain. Kalau ikutkan hati aku ni, memang aku pergi bertumbuk dengan jantan tu.

Sebelum tu pula, aku kena langgar dengan seorang perempuan. Habis baju aku kena aiskrim tumpah. Aku syak, aiskrim tu ada nasib malang. Alya tu mesti perisik musuh aku. Dia terima arahan untuk musnahkan nasib baik aku." Ujar Zahin. Dane sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Kau ni, imaginasi kau betul-betul tinggi ni. Ada ke kau kata aiskrim nasib malang? Wujud celah bumi mana aiskrim tu? Aku nak beli, nak suruh ex aku makan. Baru aku puas hati. Tak begitu?" Zahin terkedu seketika sebelum mengangguk.

"Jadi, perempuan tu nama Alya? Cantik?" Zahin memutarkan bola matanya.

"Tak ada masa aku nak tengok. Perempuan tu musnahkan hubungan aku dengan Sofea. Tu yang penting." Tegas Zahin.

"Kau beriya je dia musnahkan hubungan korang berdua. Dah, benda tu merepek. Aku tak nak dengar kau cakap pasal aiskrim nasib malang apa semua tu dah. Sekarang, minum dulu air kita order tadi. Nanti, kita lari ikut pintu belakang." Zahin ketawa kecil mendengar lawak Dane.

"Kau ni, pakai BMW lari ikut pintu belakang? Seriouslah?" Dane ketawa.

"Kau ni, aku mampulah nak bayar. Nak bagi kau bersemangat sikit." Dan mereka berdua menghirup air yang dipesan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience