"Apa dia? Bertunang ke? Tak naklah ibu. Alya nak hidup seorang jelah." Bantah Alya sambil memandang ke arah ibunya tidak puas hati.
"Ibu tak kira. Kamu nak atau tak, ibu memang dah berniat, bernazar nak jodohkan kamu dengan anak kawan ibu lagi sejak kamu dah graduate." Alya mencebik mendengar kata-kata ibunya. Kakaknya, Addini menepuk lembut bahunya.
"Kau kan anak bongsu. Kesian lah sikit dekat ibu tu. Dahlah kau paling mengada-ngada. Tak malu nak bantah cakap ibu pula." Ujar Addini menambah kemarahan Alya.
Alya yang sedari tadi duduk, mula berdiri. Dipandangnya satu-satu muka ahli keluarganya.
"Kenapa Alya yang kena tunang dulu? Kenapa kakak tak perlu? Ni tak adil. Alya tak suka. Alya menolak." Alya menyuarakan haknya.
"Eh, siapa kata kakak tak perlu? Kakak tak mahu bertunang. Nak terus langsungkan pernikahan saja." Addini memberikan penerangan kepada adiknya. Selagi Alya tidak bersetuju, selagi itu dia tidak akan berhenti memujuk adiknya.
"Alasan. Alya tak sukalah dijodohkan. Kita ni keluarga yang hidup realiti. Bukannya drama tak pun filem. Apa ni, ibu." Pn. Aina menggeleng melihat Alya yang keras kepala.
"Assalamualaikum. Ayah dah balik ni" kesemua mereka memandang ke arah pintu. Kelihatan Encik Roslan melangkah masuk ke dalam rumah bersama beg bimbit dan baju kot doktornya.
"Kenapa semua pandang ayah? Hensem sangat ke harini?" Soal Encik Roslan hairan. Kesemua anak gadis dan isterinya memandang ke arahanya.
"Ayah- ibu dengan kakak paksa Alya bertunang dengan orang yang Alya tak kenal." Ngadu Alya kepada ayahnya. Dia menjelirkan lidah kepada kakaknya, namun dibalas dengan senyuman sinis saja.
Kepala Alya diusap penuh manja oleh ayahnya. Alya hanya tersenyum dibelai begitu kerana beranggapan ayahnya berada di pihaknya.
"Memang patut pun Alya bertunang. Apa salahnya? Ayah tak nampak pun bahagian mana yang salah. Ayah kenal bakal tunangan Alya tu." Alya terkedip-kedip memandang ke arah ayahnya. Sungguh dia tak menyangka ayahnya akan menyokong dari membantah.
"Tunang Alya tu orangnya baik. Kakak pun senang je dengan perangai dia. Pandai hormat orang tua, penuh sopan santun pula tu. Memang lengkaplah." Ujar Addini bagi memujuk hati adiknya.
"Ibu lagi berkenan dengan rupa paras dia. masyaallah, memang eloklah rupa parasnya. Perangai dah elok, rupa pun dah elok. Sesuai sangat dengan kamu." Alya dengar endah tak endah saja dengan kata-kata ibunya.
"Kamu dengar tak apa yang ibu kata ni?" Alya mengangguk.
"Kalau berkenan, senang dengan dia apa kata kalau kakak dengan ibu jelah yang kahwin dengan dia. Malas Alya nak layan." Alya terus mengorak langkah menuju ke bilikmya. Pintu bilik dihempas tanda protes.
"Zahin tak nak. Mama, tak logik lah nak tunang dengan orang yang kita tak kenal." Zahin terus memberi makan kepada ikan koinya di dalam kolam.
"Apa kamu merepek logik ke tak ni? Mama kisah apa. Yang mama tahu, kamu dengan dia bertunang." Pn. Syasya bertegas. Dia menghirup sedikit air teh di dalam cawannya.
"Mama, kenapa Zahin? Kenapa tak lelaki lain. Seriuslah ma, Zahin betul-betul rasa tak logik dia nak bertunang dengan Zahin. Zahin rasa, dia mesti kena paksa juga. Kalau berasaskan keterpaksaan, memang mama boleh lupakan niat mama." Ujar Zahin sambil mendekati mamanya. Dia duduk di hadapan mamanya.
"Mama, Zahin baru saja putus hubungan dengan Sofea. Tup tup mama suruh Zahin bertunang. Dengan orang yang Zahin tak kenal pula tu. Memang jawapan dia tak lah." Tambah Zahin. Pn. Syasya memandang ke arah Zahin.
"Sofea? Kawan kamu yang pernah kamu bawa balik dulu tu ke?" Zahin mengangguk lemah.
"Memang padanlah muka kamu. Mama tak berkenan sungguhlah pada dia. Mama suruh putuskan dulu tak nak. Tulah, bercinta tanpa restu mama. Padan muka." Pn. Syasya menjelirkan lidahnya pada Zahin sambil menunjukkan ibu jarinya.
"Mama-! Support sikit anak mama ni. Sakitnya tuh di sini. Mama tak nak pergi merisik si Sofea untuk Zahin ke?" Zahin cuba memujuk mamanya.
"Memang akan pergi merisik pun." Senyuman Zahin mula terukir.
"Bakal tunangan Zahin." Terus mati senyuman Zahin setelah mendengar tawa mamanya.
"Boleh pula mama buat lawak. Zahin cakap betul-betul ni." Nada Zahin yang seakan-akan merajuk tidak diendahkan. Pn. Syasya hanya terus ketawa dan ketawa.
"Pergilah sana. Mama nak baca majalah. Pergilah masuk ke dalam rumah. Makan karipap yang mama baru buat." Zahin mendengar arahan sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.
Sebelum sempat tiba di dapur, kedengaran loceng pintu rumahnya. Dia tanpa berlengah, terus membuka pintu rumah tanpa melihat siapa.
"Nak apa?" Ujar Zahin sambil membuka pintu.
"Abang, abang Zahin kan? Omg tak sangka abang balik sini. Lama ke?" Suara gedik mimi mula menusuk ke dalam telinganya.
"Kau nak apa? Nak menggedik? Nak makan penyepak aku?" Soal Zahin. Kalau boleh, dia mahu menjauhkan diri daripada gadis ini.
"Apalah abang ni. Nak dekat abanglah. Takkan tu pun abang nak tanya lagi." Zahin terus berlalu meninggalkan gadis itu.
"Abang Zahin- abang Zahin." Panggil Mimi namun tidak diendahkan. Dia menaiki tangga menuju ke biliknya. Mimi mengejarnya dari belakang juga tidak diendahkan.
Sebaik saja dia masuk ke dalam bilik, dia merebahkan tubuhnya dia atas katil bujangnya. Tangan kanannya diletakkan di atas kepalanya persis orang sedang berfikir.
"Abang, Mimi baring sebelah boleh kan?" Suara Mimi mengejutkan Zahin. Dia mengurut dadanya dek kerana terkejut melihat keadaan Mimi yang agak menggoda.
"Kau nak apa, ha? Kenapa kau masuk bilik aku, ni? Kau tak malu ke?" Tempik Zahin. Dia mencapai kunci keretanya dan menapak keluar. Enjin dihidupkan dan keretanya dipecut laju.
"Tak guna-! Hei perempuan mana pula langgar kereta aku ni?" Marah Zahin sambil keluar dari keretanya. Perempuan yang memandu kereta perodua Myvi dipandangnya.
"Kau ni, ada lesen ke tak ada? Sedap kau jelah, nak langgar kereta aku ni. Kau tengok, dah calar. Kau nak ganti baru ke?" Jerkah Zahin kepada Alya.
"Eh, encik. Saya memandu punyalah cun. Awak tu yang memandu macam tengah bawa bini bersalin. Mana bini awak? Mana? Saya nak tengok. Teruk sangat sampai kereta saya yang punyalah cantik tu pun awak tak nampak. Saya yang buta ke,awak?" Balas Alya penuh sinis.
"Kau tahu tak, kereta aku dah bercalar. Calar. Mahal tahu tak, nak ganti." Terang Zahin sambil memandnag tajam ke arah Alya.
"Baru calar bukannya bersepai pun kereta awak ni. Bukannya mahal mana pun, kenapa beli kereta mahal mampu, nak bayar harga hilangkan calar pun berkira?" Zahin mendengus geram. Dia terus masuk ke dalam keretanya dan memecut.
"Tahu pun, tak payah nak lawan akulah kalau kau salah." Ucap Alya sebelum turut sama berlalu pergi.
Share this novel