10

Romance Completed 16825

"Aku nikahkan dikau, Zahin bin Yasir dengan Alya Nur binti Roslan dengan mas kahwinnya sebanyak Rm400 tunai." Lampu dari kamera berkelip-kelip berganti-ganti.

"Aku terima nikahnya, Alya Nur binti Rosaln dengan mas kahwinnya Rm400 tunai." Lafaz Zahin senafas.

"Sah?"

"Sah?"

"Alhamdulillah" ujar tok kadi sebelum menadahkan tangannya dan membaca doa.

Akhirnya Zahin dan Alya diijabkabulkan setelah bertunang dalam jangka masa yang agak lama. Zahin memandang ke arah isterinya, Alya. Alya membalas pandangan Zahin dengan senyuman.

"Assalamualaikum" Zahin menanti Alya untuk menjawab salamnya.

"Waalaikumussalam." Sebaik saja salamnya dijawab, Zahin merapati Alya. Dia mencapai cincin yang bertatahkan berlian dan disarungkan ke jari Alya.

Sebagai balasan, Alya memakaikan cincin yang sepadan dengan cincin miliknya di jari manis Zahin. Dia menyalami suaminya. Zahin pula, mengucup lembut dahi isterinya.

"Terima kasih sebab sudi terima abang." Bisik Zahin kepada Alya. Alya tercengang seketika sebelum tersenyum.

"Sama-sama. Terima kasih juga sebab terima kekurangan diri Alya ni." Zahin hanya mengangguk tersenyum.

'Suami. Perkataan isteri sudah melekat pada aku. Aku kena jaga diri, maruah suami aku.'bisik hati Alya.

"Sayang, ke sini sekejap." Panggil Zahin. Alya yang masih kekok dipanggil sayang merapati Zahin.

"Ni, kenalkan kawan abang. Nama dia Mimi." Alya bersalaman dengan Mimi. Dia sempat melirik pakaian yang dipakai Mimi.

"Kenapa pandang I macam tu? Suka dengan apa yang kau nampak?" Tanya Mimi sinis.

"Tak adalah suka. Tapi, awak nampak cantik sangat. " puji Alya dengan tidak penuh ikhlas. Dia memaksa dirinya untuk tersenyum.

"I hari-hari cantik. So, tak payah nak puji sangat. I nak meluat dengar. " Alya hanya tersenyum dan mengangguk.

"By the way, tahniah untuk you Zahin. Tak sangka you dah kahwin. Wow, macam mimpi je I rasa." Ucap Mimi. Alya hanya membatukan diri.

"Thank you. Percayalah, I dah kahwin. Untung betul I jumpa Alya ni." Bahu Alya dipeluk oleh Zahin. Alya hanya mengukirkan senyuman kosong.

"Ouh, I nak kena balik dulu. Ada banyak sangat kerja. Nanti your reception I datang. Apa-apa urgent call or text me. Bye." Ujar Mimi sambil berlalu.

"Sorry sayang, dia memang macam tu." terang Zahin. Alya hanya mengangguk.

"Dia panggil abang apa?" Soal Alya ingin tahu.

"Dia panggil Abang, 'abang'." Ujar Zahin tiada perasaan.

"Okay, then Alya pun tak nak panggil abang 'abang'." Zahin memandang Alya penuh tanda tanya sehingga dahinya berkerut.

"Macamni, kalau Alya panggil 'abang', Mimi panggil 'abang' apa yang istimewanya kalau Alya panggil? Alya tak nak kongsi gelaran dengan orang lain." Terang Alya.

"Sayang nak panggil saya apa? 'Awak'? 'Baby?' 'Honey?' 'Hubby?' I'm ready." Alya tergelak mendengar nama-nama panggilan yang disenut oleh Zahin.

"Saya nak panggil awak, Abiy. Boleh kan?" Zahin terdiam seketika sebelum mengangguk.

"Zahin, Alya jom. Ada sesi bergambar pula." Alya dan Zahin berpimpinan tangan menuju ke tempat menangkap gambar.

"Abiy, Alya nak mandi. Kenapa lama sangat Abiy dekat dalam?" Alya mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.

Zahin yang berada didalam bilik air terus menggosokkan giginya tanpa menghiraukan ketukan oleh Alya.

"Abiy, kenapa lambat? Alya nak mandi pula. Alya dah lambat." Alya mengetuk pintu bilik air bertalu-talu.

'Klakk' pintu bilik air terbuka. Zahin keluar dari bilik air dengan penuh selamba tanpa muka bersalah.

"Pergilah mandi, tadi nak sangat mandi." Ujar Zahin tiada perasaan. Alya memandang ke arah Zahin. Dia berasakan Zahin sudah berubah sikap.

"Kau pandang apa lagi? Pergilah mandi. Kau kata kau dah lambat, pergilah." Alya terus berlalu masuk ke dalam bilik air. Dia menangis semahu-mahunya di dalam bilik air.

"Eh, Alya. Aku pergi dulu. Kau jaga rumah, kau nak keluar kena minta dulu izin aku. Aku nak pergi kerja bagi kau yang macam gajah ni makan." Alya tersentak.

Selepas pimtu bilik ditutup, Alya terus membersihkan dirinya. Dia membersihkan sekali luka dihina oleh suami yang baru dikahwininya tiga bulan yang lepas.

"Abiy, kenapa buat Alya macamni? Tak sayang Alya dah ke?" Soal Alya sambil menangis.

Setelah siap berpakaian, dia mengemas rumahnya. Dia membasuh pakaian, menyiram pokok bunga, memasak makanan tengah hari dan kesemua kerja rumah. Itulah rutinnya sejak menjadi isteri kepada Zahin.

"Assalamualaikum. Alya. Ni aku, Alina." Laung Alina kuat. Alya terkoncoh-koncoh membuka pintu rumahnya.

"Beb, rindunya aku dekat kau. Masuklah runah aku ni." Pelawa Alya. Mereka berpelukan kejap.

"Lawanya rumah kau. Siapa yang design semua benda ni?" Tanya Alina penuh kagum.

"Akulah. Itupun, sikit-sikit jer. Tak adalah cantik mana." ujar Alya merendah diri.

"Kau ni. Ha, apa cerita lepas dah kahwin ni?" Tanya Alina teruja.

"Hurm, sejak kebelakangan ni suami aku tak lekat dah dekat rumah. Risaulah aku dibuatnya." Luah Alya.

"Ya allah, kenapa sampai macamtu sekali? Kau ada baca al-quran tak pun solat tak?" Alya mengangguk. Alina terdiam seperti memikirkan sesuatu.

"Kenapa?" Tanya Alya ingin tahu.

"Aku rasa, suami kau terkena buatan orang ni." Alya terkejut mendengar pendapat Alina.

"Kenapa kau cakap macamtu? Siapa nak buat dia macamni?" Alina hanya mengangkat bahunya.

"Kau ada kenal mana-mana ustaz yang boleh tolong tengok-tengokkan suami aku. Risaulah aku dibuatnya." Alina mengangguk.

"Kau ni, dahlah. Aku nak balik. Lama-lama sekejap lagi, tak masak aku dekat rumah. Kebulurlah suami aku." Gurau Alina. Alya lantas berdiri mahu menghantar Alina pulang.

Sebelum pulang, Alina dan Alya saling bersalaman dan berlaga pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience