14

Romance Completed 16825

"Nak pergi makan?" Soal Zahin. Alya menggeleng.

"Nak pergi minum tak?" Soal Zahin tidak berputus asa. Alya menggeleng sekali lagi.

"Alya nak apa-apa?" Alya mengangguk.

"Apa dia?" Soal Zahin. Alya menunjuk ka satu arah.

"No. Abiy tak benarkan." Zahin membantah.

"Bolehlah, apa abiy ni? Tadi tanya nak apa-apa tak." Rajuk Alya.

"Memanglah, tapi no makeup." Terang Zahin.

"Tapi, Alya nak try. Alya nak jadi cantik. Alya nak cantik macam kylie jenner dengan rihanna." Rengek Alya. Zahin tersenyum melihat perangai isterinya.

"Sayang, sayang dah cukup cantik. Tak payah nak makeup semua tu." Pujuk Zahin.

"Alya nak jadi lagi cantik. Kalau abiy tak nak belikan, Alya jerit." Ugut Alya.

"Sayang kenapa ni? Sayang datang bulan ke?" Soal Zahin prihatin.

"Orang mana datang bulan sejak pregnant ni." Ujar Alya.

"Omg, sayang pregnant? Bila? Kenapa tak nak beritahu abiy? Kenapa?" Bertalu-talu soalan yang ditanya oleh Zahin.

"Sebab abiy kan kena buatan orang, kalau sayang beritahu nanti abiy buat macam-macam dekat baby kita. Alya tak nak benda tu jadi." Ujar Alya.

"Tak apalah. Abiy faham. Tapi, dah berapa bulan?" Alya menunjukkan jari telunjuknya tanda 1 .

"Alhamdulillah, siapa yang tahu sayang preggy ni?" Alya membuat muka comel.

"Jawablah." Desak Zahin.

"Abiy sorang jelah. Tak ada orang pon yang tahu." Ujar Alya sambil tersenyum gembira.

"Serius?" Alya mengangguk. Kemudian, Alya merasakan tubuh badannya melayang.

"Abiy, buat apa ni? Malunya orang tengok." Alya menutup mukanya kerana malu.

"Alah, abiy happy lah sebab sayang dah pregnant." Luah Zahin gembira.

"Letak lah Alya dekat bawah. Takut jatuhlah." Tubuh badan Alya kembali menjejak tanah.

"Jom, sekarang ni Alya nak lipstick warna tu. Alya nak juga." Ujar Alya berkeras.

"Tak habis lagi ke, sayang?" Alya menggeleng.

"Okay, kita masuk sana lepastu sayang pilih semua yang sayang nak. Abiy belanja, okay?" Pujuk Zahin. Mata Alya membulat selepas mendengar kata-kata Zahin.

"Yeay!- sayang abiy." Tangan Zahin ditarik masuk ke dalam sephora.

"Sayang, elok-elok." Pesan Zahin.

"Abiy, nak ni."

"Abiy, tengok ni. Warna ni cantik kan?"

"Abiy, nak yang mana satu? Yang ni ke, yang ni?"

"Abiy, yang ni nampak cantiklah. Tengoklah."

"Tengoklah sini, abiy. Ni, benda ni lawa kan?"

"Sukanya Alya datang sini." Ujar Alya sambil berjalan keluar dari kedai sephora. Zahin yang berada di belakang menjinjing beg kertas yang penuh di tangannya.

"Sayang, tunggu abiy." Panggil Zahin.

"Penatnya badan. Abiy, tolong picitkan. Sakitlah dekat sini." Pinta Alya. Zahin hanya menurut sbil memicit bahu isterinya.

"Sayang, tahu tak yang abiy tak pernah ingat nak menduakan sayang." Ujar Zahin jujur.

"Habistu, kalau yang abiy lupa? Pernah nak menduakan?" Balas Alya. Zahin terkejut melihat wajah Alya.

"Mana ada abang lupa."

"Iyalah tu. Abiy, nanti kita balik rumah ibu dengan mama tau?" Zahin hanya mengangguk.

"Abiy, Alya teringinkan aiskrim baskin robinlah. Boleh abiy belikan?" Pinta Alya.

"Nak perisa apa?" Soal Zahin lembut sambil menyisir rambut Alya.

"Tak kisah, janji dia bukan vanilla." Ujar Alya.

"Pelik ni, bukan sayang suka vanilla ke?" Alya menggeleng.

"Mana pernah Alya suka. Tipulah, abiy ni."

"Ye ke? Nak abiy call Alina lepastu tanya ke?" Zahin mencapai telefon bimbitnya.

"Abiy ni, yelah. Lepas mengandung ni, Alya tak suka dah makan aiskrim vanilla. Entah kenapa, rasa dia tak sedap pula." Terang Alya. Zahin mengangguk.

"Anak daddy ni, suka yang berperisa. Tak macam mummy dia. Tak ada taste langsung." Kutuk Zahin selamba sambil mengusap perut Alya yang semakin membuncit.

"Ab. Abiy. Sakit. Sakit." Adu Alya. Zahin terus panik.

"Apa abiy nak buat? Apa abiy nak buat? Sayang, sayang tunggu kejap. Kita pergi hospital. Abiy ambil kunci kereta sekejap." Zahin bergegas memcapai kunci kereta dan berlari menuju ke pintu.

"Abiy-! Alya macammana?" Jerit Alya.

"Ya allah, aku lupa pula dengan bini aku. Kejap sayang, abiy datang." Zahin segera naik semula dan menggendong Alya turun.

"Abiy, perlahanlah sikit." Ujar Alya.

"Tak boleh, bahaya- bahaya." Zahin tetap panik.

"Masuk kereta, cepat kita pergi hospital." Zahin menutup pintu pemandu dan memecut laju.

"Abiy, jangan panik sangat boleh tak? Yang sakitnya Alya, bukan abiy." Ujar Alya.

"Tak boleh,abang nervous." Alya menggelengkan kepalanya melihat suaminya.

Kereta zahin diparkir di hadapan wad kecemasan.

"Doktor, tolong isteri saya." Pamggil Zahin. Beberapa orang doktor dan jururawat datang membantu sambil membawa kerusi roda.

"Abiy, apa-apa doakan Alya tau." Ujar Alya lemah.

"Ye sayang." Balas Zahin sambil menggenggam erat tangan Alya.

"Encik tak boleh masuk. Sila tunggu di luar ye?" Seorang jururawat menghentikan tindakannya.

Pintu wad bersalin ditutup rapat. Zahin memandang sepi pintu tersebut.

1 jam berlalu...

"Encik, saya nak bercakap sedikit dengan encik." Zahin mengikuti doktor tersebut.

"Ada apa doktor?" Zahin menarik nafas dan cuba untuk bertenang.

"Baiklah, puan Alya- tidak"

"Tidak ada banyak masa untuk hidup ke doktor?" Sampuk Zahin.

"Tak, dia tak ada penyakit apa-apa pun. Cuba dia nak buang air besar je. Kenapa encik tak dapat bezakan?" Soal doktor. Zahin menekup mukanya dek kerana terlalu malu.

"Manalah saya nak tahu, ni baru kali pertama isteri saya mengandung." Balas Zahin.

"Kalau macamtu, saya sambung buat kerja. Sebelum encik bawa isteri ke sini, baik encik periksa dulu ya? Saya pergi dulu." Doktor tersebut meminta lalu hilang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience