4

Romance Completed 16825

"Weh ku tahu tak, aku accident tadi?" Soal Alya kepada kawan baiknya. Alina yang sedang minum terus tersedak.

"Kau accident? Tadi? Masa nak datang sini?" Setiap persoalan Alina dijawab dengan mengangguk oleh Alya.

"Kau accident dengan siapa? Kena bayar apa-apa ke?" Alina menyedut jus epalnya menanti jawapan.

"Aku accident dengan mamat mana entah. Tapi dia bawa kereta mahal, langgar kereta aku. Lepastu, dia boleh pula marah aku sebab dah calarkan kereta dia." Terang Alya sambil menyuap keropok lekor ke dalam mulut.

"Serius?" Alya memgangguk lagi.

"Kau balas apa dekat dia? Kau bayar ke?" Alya menggeleng. Alina membuat wajah terkejut sehingga keningnya terangkat.

"Aku balas dekat dia, yang baru calar. Kereta mahal nak beli, mampu. Tapi nak hilangkan calar tak mampu. Terus dia pergi macamtu je. Selamat duit aku." Alya ketawa mendengar kata-katanya sendiri.

"Err, Alya. Aku nak cakap sedikit ni." Alya mengangkat sedikit keningnya.

"Aku-dah-nak-kahwin!" Ujar Alina sambil tersenyum lebar. Alya terus memeluk sahabatnya itu.

"Kau nak kahwin? Kawan aku nak kahwin. Tak sabarnya." Alina tersenyum sendiri melihat keterujaan Alya.

"Ada lagi, aku nak beritahu kau ni." Suara Alina kedengaran suram.

"Kau jangan buat aku seram tau. Apa dia?" Tanya Alya ragu-ragu.

"Kau akan jadi pengapit aku-!" Ujar Alina separa menjerit. Alya membulatkan matanya tidak percaya.

"Kau dengan aku, jom pergi cari barang kahwin. Aku tak kira. Jom. " ajak Alina sambil menarik tangan Alya. Alya hanya menurut sambil bernyanyi kecil.

"What?! Kau dah nak kahwin? Seriuslah?" Soal Zahin tidak percaya kepada Daus. Daus si playboy sudah mahu melangsungkan perkahwinan.

"Yes. Why? Tak boleh ke aku kahwin? Salah ke?" Soal Daus kembali kepada Zahin.

"Bukannya tak boleh, tapi tak sangka. Woah, that girl must be so special for you. congratulation, dude." Zahin menepuk bahu Daus. Daus hanya tersenyum.

"Kau tak payah nak heboh dekat group playboy kita tau. Biar aku beritahu diaorang sendiri. Kau beritahu juga, aku silat kau." Amaran Daus kepada Zahin. Zahin mengangkat tangan tanda mengalah. Kemudian mereka sama-sama ketawa.

"So, tak nak cerita ke? Siapa perempuan yang bertuah tu?" Pancing Zahin.

"Alina. Dia ni, baik tau. untuk pengetahuan kau, aku dulu pikat dia sebab nak buktikan yang aku pun boleh pikat wanita bertudung. Tapi waktu aku sakit dekat London haritu, aku ingat lagi dia datang melawat aku dekat hospital. Geng playboy kita pun, yang datang kau seorang je. Yang lain entah kemana.

Sejak dari haritu, dia jaga aku betul-betul. Aku rasa bersalah kalau aku tinggalkan dia dan dalam masa yang sama, aku sedar yang perasaan cinta tu menjalar dalam hati aku.

Aku ambil masa jugalah nak buang semua perangai playboy aku. Aku nekad nak berubah sebab dia. Perubahan aku ni diterima baik oleh dia. Aku ingatkan dia tak tahu aku ni playboy, tapi dia lebih arif dengan perangai aku dahulu.

Dan sekarang, aku buat keputusan nak jadikan dia hak aku yang sah. Aku pilih untuk jadi imam dia. Aku tak sangka dia tetap pilih aku walaupun sejarah hidup aku dia tahu." Luah Daus. Zahin terkesima mendengar cerita Daus.

"Kau ni, buat aku cemburulah dengan bakal isteri kau." Gurau Zahin.

"Kau kalau nak yang perangai lebih kurang macam Alina, dia ada kawan seorang. Baik dan lawa. Tapi lawa lagi Alina." Gurau Daus pula. Zahin hanya mengangguk.

"Kau kenalkan aku dengan kawan dia weh. Mana tahu, nanti giliran kau pula makan nasi minyak aku?" Daus mengangguk boleh.

"Nanti dia jadi pengapit Alina. Kau jadi pengapit aku, jadi bolehlah kauorang berdua berjumpa." Zahin tersenyum mendengar kenyataan Daus.

Bunyi telefon Daus berbunyi. Dia menepuk bahu Zahin meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

"hello, ya Alina?"

"Alina dalam perjalanan ke sini? Boleh, apa salahnya."

"Alina datang berdua dengan Alya?"

"Ha, Daus tunggu. Nanti kita jumpa." Daus kembali menuju ke Zahin.

"Rezeki kau kot, Alina tengah menuju je sini. Siap dengan kawan dia, nanti kau pandai-pandainya goda dia. " Zahin mengangguk.

"Daus-! Daus dekat mana?" Alina memanggil Daus sebaik saja melangkah masuk ke tempat Daus mengajaknya berjumpa.

"Alina, sinilah." Daus melambai kepada Alina dan Alya.

Sebelum sempat Alina melangkah menuju ke arah Daus, Alya menariknya.

"Siapa dengan Daus tu?" Soal Alya tidak selesa.

"Kawan dia lah tu kot." Alina terus sahaja berlalu mendekati Daus.

"Kawan Alina tu kenapa? Nampak macam gelisah je." Soal Daus kepada Alina. Alina hanya menggeleng.

"Tak ada apa-apalah. Aku tak selesa je " jawab Alya sebaik saja merapati Daus.

"Ouh, kau rupanya kawan Alina?" Soal Zahin sinis. Alya menoleh ke arah Zahin.

"Eh, kau rupanya. Kau kenapa?" Balas Alya.

"Heh, aku kenapa? Daus, sorrylah. Kalau jenis macam dia ni kau nak jodohkan aku. Memang tak lah jawapan dia. Sorry bro. Aku pergi dulu." Zahin terus berlalu sambil menyarung cermin matanya.

"Apa kau kata? Fikir aku tak ada yang minat ke? Buat pengetahuan kau, aku dah nak tunang lah. " ujar Alya sambil memandang ke arah Zahin. Dadanya berombak menahan marah.

"Kesian betul dekat bakal tunangan kau tu. " Sebelum sempat Alya membalas, kelibat Zahin sudahpun hilang.

"Ya allah, tebalkanlah tahap kesabaran aku. " ujar Alya sambil mengurut dadanya.

"Kau kena banyak sabar sajalah, Alya." Pujuk Alina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience