15

Romance Completed 16825

"Sayang ingatkan lagi, waktu sayang sakit perut tapi rupa-rupanya nak buang air je rupanya." Tegur Zahin merapati Alya dan merangkul pinggang isterinya.

"Ingat. Waktu tu, muka abiy pucat sangat." Alya ketawa mengenangkan kembali saat itu.

"Gila lah kalau tak pucat. Abiy panik yang amat. Terbayang macam-macam dalam otak abiy."

"Apa yang abiy bayangkan?" Soal Alya mahu menguji.

"Abiy bayangkan, kalau sayang tak ada nak kahwin dengan yang mana. Erra fazira atau Nora Danish? Tapi abang rasa, Nora Danish lagi hot kot dari Erra. Abang baru nak hantar rombongan merisik." Alya memanjangkan tangannya dan mencunit lengan Zahin.

"Aduh, sakitah sayang. Sejak ada anak ni, makin menjadi-jadi ketam sayang ni." Adu Zahin.

"Buat lagi perangai." Ujar Alya sebelum berlalu masuk ke dalam rumahnya.

"Adila, Ammar dan Amir. Datang sini, mummy nak jumpa." Panggil Alya. Ketiga-tiga anaknya datang menghadap.

"Mummy nak cakap apa?" Soal Adila ceria.

"Sibuklah, Adila ni. Biarlah abang Ammar tahu dulu. Abang Ammar kan yang sulung."

"Amir pun kenalah dengar sekali. Amir pun nak tahu. Mana adil abang Ammar je yang dengar." Rungut Amir.

"Diam, mummy tak nak kauorang gaduh. Semua orang akan dengar serentak benda yang mummy nak cakap ni." Ketiga-tiga anaknya mengangguk faham.

"Mummy nak buat birthday party kauorang bertiga minggu depan. Jadi, esok pergi sekolah ajak kawan-kawan datang tau?" Ujar Alya.

"Birthday party? Fuyoo, mesti best kan? Tak sabarnya, kan abang Ammar?" Ammar mengangguk.

"Haah. Tak sabarnya. Nanti ada kek kereta, lepastu tulis nama kita bertiga besar-besar."

"Abang Amir, nanti teman Adila main boleh?" Amir menggeleng.

"Kenapa?" Soal Adila kecewa.

"Abang nak ikut abang Amir main bola dekat padang." Adila memuncungkan bibirnya merajuk.

"Mummy, tengok abang Amir dengan Ammar tak nak main dengan Adila." Adu Adila.

"Amir, Ammar, kenapa tak nak main dengan Adila?" Soal Alya tegas.

"Nak ikut abang ammar main bola dekat padang." Jawab Amir.

"Tak boleh pergi padang. Kena teman adik main, faham? Esok baru boleh pergi." Putus Alya.

"Mummy, kenapa kena main dengan adik? Kawan ammar kata budak lelaki mana boleh main dengan perempuan." Ujar Ammar.

"Kawan ammar salah. Adila kan adik kauorang, apa salahnya. Teman adik main ye? Kalau tak, mummy tak bagi keluar main bola dekat taman." Ammar mengangguk. Dia memimpin tangan Adila dan bermain masak-masak bersama.

"Susah kan?" Zahin meletakkan dagunya di atas bahu Alya.

"Susah. Sebab kembar 3. Kena jaga hati setiap seorang." Luah Alya.

"tak apa, kita jaga sama-sama." Alya mengangguk mendengar kata-kata Zahin.

"Abiy tak pergi kerja ke?" Soal Alya sambil memalingkan muka ke arah Zahin.

"Tak. Abang cuti harini." Alya meletakkan tangannya ke atas dahi Zahin.

"Kenapa ni?"soal Zahin pelik.

"Tak, nak tengok abiy demam ke?" Terang Alya.

"Abiy demam ke?" Soal Zahin.

"Tak demam pun." Alya memandang Zahin pelik.

"Sebab abiy demam cinta dengan sayang. Sebab tu tak rasa panas. Panas cinta kita hanya dalam hati abiy." Ujar Zahin romantik.

"Eih, apa Abiy ni? Malulah anak-anak tengok." Alya menekup mukanya sebaik saja Zahin mencium pipinya.

"Daddy kiss mummy lah. Tak malu." Ujar Adila kepada Ammar.

"Tulah, ustazah kata mana boleh cium-cium ni." Amir mencelah.

"Bolehlah, daddy dengan mummy takpe sebab dah kahwin." Jelas Zahin gelabah.

"Betul ke? Nak tanya ustazah la esok." Ujar Ammar.

"Tanyalah, ustazah mesti kata tak apa." Balas Zahin.

"Takpelah macam tu, jom kita sambung main." Ajak Amir. Ammar dan Adila hanya menurut.

"You're my best gift i ever had." Ucap Zahin sambil mencium lembut pipi dan dahi.

"You too. In fact, you're mine." Balas Alya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience