"Alya!"
"Alya!"
"Alya-!" Jerit Zahin. Alya tersentak lalu terjaga.
"ye, Abiy." Jawab Alya sambil mengurut kepalanya yang pening.
"Kau buat apa dekat luar ni?" Tanya Zahin berang.
"Alya tak ingat." Jawab Alya.
"Kau tak tahu? Itu jawapan kau? Kau jawab jelah yang kau pergi keluar dengan jantan mana- mana sebab aku balik lambat, kan?" Alya menggeleng kepala.
"Apa? Fikir aku tak tahu? Aku tahu lah semua perangai jalang kau." Ujar Zahin. Air mata Alya menitik jatuh ke rumput.
"Abiy, Alya tak buat macamtu pun. Jangan fitnah Alya." Alya mempertahankan dirinya.
"Ah, aku tahulah semua. Kau tak payah nak berdalih. Kau dengar sini elok-elok." Pipi Alya dipegang kemas oleh Zahin.
"Apa ni, sakitlah." Balas Alya.
"Kau buat perangai belakang aku, aku akan pastikan kau tak dapat keluar rumah lagi lepasni. Faham?" Pipi Alya dilepaskan. Zhin terus berlalu keluar dari rumah. Kereta Zahin memecut laju.
"Kenapa abiy suka buat Alya macamni? Kenapa?" Jerit Alya sekuat hatinya. Nasib baik rumahnya agak jauh dari yang lain.
"Alya? Kau okay?" Alina muncul dari dalam keretanya.
"Kenapa dia kena seksa aku macamni? Kenapa tak bunuh je aku? Kenapa?" Raung Alya. Alina merapati Alya sambil memeluknya.
"Sabar, Alina. Sabar. Kau kena ingat, suami kau terkena buatan orang. Kau banyak-banyakkan bersabar ye?" Tangisan Alya semakin reda.
"Jom, kau pergi siap. Aku bawa kau keluar jalan-jalan." Alya akur. Dia membersihkan diri dan bersiap.
"Macammana nak buat suami aku pulih?" Soal Alya.
"Kau bagi dia minum air penawar tu tak?" Alya menggeleng.
"Kenapa?"
"Sebab dia tak ada dekat rumah. Aku nak buat air, untuk siapa? Untuk aku ke?" Ujar Alya bersedih.
"Sudahlah. Aku nak kau ceria, happy-happy je. Pasal suami kau tu, aku akan minta tolong si Daus nanti." Alya mengangguk.
Setelah hampir 1 jam memandu, mereka sampai ke sebuah taman di putrajaya.
"Kenapa kau bawa aku ke sini?" Soal Alya pelik.
"Saja, release tension kau. Dekat sini, kau boleh buat apa je kau nak. Aku tak larang. Kau nak menangis, meraung, bergolek dan macam-macam lagi aku tak kisah." Alya ketawa melihat mimik muka kawannya itu.
"Aku tak nak buat semua tu. Aku tak nak sedih. Aku cuma teringin aiskrim." Ujar Alya.
"Jomlah pergi cari." Mereka berdua berjalan di sekeliling taman dan berbual tentang kenangan mereka dahulu.
"Eh, tu aiskrim" tunjuk Alya ke arah motorsikal yang menjual aiskrim.
"Alya, jangan pergi sana." Tegah Alina.
"Tak, situ aiskrim aku nak makan." Ujar Alya.
"Tak payahlah, kau dah besar. Nanti, aku belanja kau aiskrim lagi best dari tu." Alya menggeleng.
"Aku nak sekarang. Bukannya nanti." Belum sempat Alina menegah, Alya sudah terlebih dahulu merapati penjual aiskrim tersebut.
"Abang, nak aiskrim vanilla dengan strawberry ni satu." Penjual tersebut membuka bekas aiskrimnya dan memberikan kepada Alya.
"Terima kasih." Ucap Alya sambil menghulurkan duit.
"Zahin, I tak nak lah. I rasa macam semua pandang kita." Telinga Alya menangkap nama suaminya.
"You nak kan? Cakap jelah baby." Kedengaran suara milik Zahin membalas.
Alya mencari-cari pemilik suara tersebut. Dari sebalik pokok, Alya dapat nelihat suaminya bersama wanita lain. Dan lebih mengejutakan, wanita tersebut ialah Mimi.
"Eh, wife abang tak marah ke?" Soal Mimi.
"Buat apa dia nak marah? Suka hati abanglah nak buat apa pun." Balas Zahin penuh yakin.
"Yelah kan? Lupa pula." Mereka berdua ketawa.
Alya yang berasa geram hanya berdiam diri. Dia mahu mengorek lagi rahsia selagi mampu.
"Abang, bila abang jatuh cinta dengan Mimi?" Zahin menoleh ke arah Mimi.
"Sejak Mimi masakkan abang nasi goreng haritu. Entah kenapa,abang rasa macam Mimi orang yang abang nak jadikan isteri." Terang Zahin. Alya terkejut.
Alya menangkap beberapa keping gambar sebelum beredar.
"Alina, aku dah tahu." Alya termegah-megah.
"Apa dia?" Soal Alina hairan.
"Suami aku kena nasi kangkang." Membulat mata Alina.
"Hah?! Nasi kangkang? Kau biar betul?" Alya menekup mulut Alina. Dia memerhatikan sekeliling.
"Kau ni, bising betul mulut kau. Ye, betullah. Dengan Mimi, kawan dia. Dia dulu pernah rosakkan majlis tunang aku. Ingat tak?" Alina mengangguk.
"nak buat macamman ni?" Soal Alina.
"Air penawar jelah. Apa masalahnya?"
"Kau nak suruh dia minum macammana? Kan dia tak betah duduk rumah lagi." Ujar Alina.
"Aku letak dalam jag air masak dekat rumah aku. Bukannya dia tak minum air dalam tu." Alina menganggukkan kepala.
"Pandainya kau." Alya mengangkat keningnya berulang kali sambil tersenyum.
"kau nak buat bila?" Alya menggigit bibirnya.
"Malam ni. Dia makan malam nanti, mesti dia minum. Kita tawakal jelah dia minum." Alina mengangguk bersetuju.
Share this novel