Hari semakin bertambah. Dan semakin rapat jugalah kedua-dua pasangan bertunang ini iaitu Zahin dan Alya.
Hubungan mereka bertambah rapat sejak kedua-dua mereka menjadi pengapit untuk majlis perkahwinan Daus dan Alina.
Peristiwa 1
"Alya, kau ni kenapa lawa sangat harini?" Puji Zahin sehingga wajah Alya berona merah.
"Mana ada. Kau tu yang hensem." Puji Alya pula. Masing-masing saling puji memuji di antara satu sama lain.
"Kauorang ni, nak puji memuji satu sama lain je ke? Mempelai tak nak dipuji ke?" Sindir Alina. Kedua-dia mereka terdiam malu.
"Eh, kau kan hensem. Buat apa dipuji, memang aku puji dulu kau." Ujar Zahin sambil membetulkan tengkolok Daus.
"Alina, kalau kau pakai mekap memang fih, kalah artis neelofa. Nampak cantik sangat." Puji Alya sambil mengelap peluh di dahi Alina menggunakan tisu.
"Amboi, dua-dua pandai tutup malu." Ujar Alina. Zahin memandang ke tenpat lain, manakala Alya menutup mukanya dengan tangan.
"Kau kenapa, Alya? Okay tak?" Tanya Daus.
"Taklah, aku malu. Kenapa korang pilih tunang aku jadi pengapit kau,Daus? Kan, aku dah tak tahu nak buat apa." Terus terang Alya meluahkan.
"Kau pun sama je, kenapa biar Alya jadi pengapit Alina? Aku asyik pandnag dia je, sebab dia lawa sangat harini.semua salah korang." Luah Zahin pula. Dia rasa seperti telah dipisahkan oleh tunangnya sendiri.
"Sukahati kitaoranglah." Balas Alina dan Daus serentak. Kedua-dua mereka tersenyum.
"Jodoh ke?" Kali ini, giliran Zahin dan Alya melafazkan kata-kata yang sama.
"Kau pun, cakap orang." Zahin hanya berkelakuan biasa sama seperti Alya.
Peristiwa 2
"Nak air tak, Zahin? Dahagalah. Nak pergi ambil air ni. " tanya Alya prihtin. Zahin mengangguk dan Alya berlalu.
"Hai, hensem. Kenapa susah sangat nak tegur? You suka sangat duduk dengan perempuan tu. Kenapa?" Seorang perempuan mendekati diri Zahin. Zahin hanya tersenyum kelat sebelum memandnag ke tenpat yang lain.
"Woah, you ni degil juga kan? Tak sangka. Mana kakak you? I nak berkenalan. Minta restu apa salahnya kan?" Zahin hanya buat endah tak endah.
"Nah, airnya. Penat betul, ramai sangat orang. Maaf lambat." Cawan nerisi Zahin diletakkan di hadapannya lalu diteguk rakus.
"Hai, kak." Alya menoleh, siapa minah ni?
"kau siapa?" Soal Alya tanpa berselimdung.
"I girlfriend baru dia." Perkenal gadis tersebut.
"Ouh, I ni tunang dia. Believw it or not." Kata-kata Alya telah menyebebkan gadis tadi malu dan terus berlalu pergi tanpa memandnag ke arah meja mereka.
"senang betul menggoda. Sumpah tak malu. Apalah mak dia rasa." Bebel Alya.
"Sudahlah tu, kita balik. Majlis pun nampaknya macam nak selesai.
Share this novel