"Assalamualaikum, Alya. " Zahin memberi salam sambil melamglah masuk ke dalam wad diikuti oleh mamanya.
"Waalaikumussalam, Zahin." Jawab Alya sambil tersenyum. Pn. Ainaa juga kelihatan senang dengan kehadiran Zahin.
"Mak cik apa khabar?" Zahin menyalami pn. Ainaa.
"Baik saja. Zahin bawa siapa ni?" pn. Ain menghulurkan tangan untuk bersalaman.
"Saya ni mama Zahin. Datang ni ada hajat sedikit. " pn. Ain mengerling ke arah Zahin yang sudah merapati katil Alya.
"Hajat apa ye?" Pn. Ain mengambil tempat di sebelah pn. Ainaa. Pn. Ainaa menanti dengan penuh tidak sabar untuk mengetahui hajat pn. Ain.
"Macm ni, hajat saya datang ke hospital hari ini untuk memetik bunga. Kalau dibiarkan lama, takut terlepas. Jadi baiklah saya yang datang memetik bunga tersebut." Pn. Ain menyusun ayat sepatah demi sepatah.
"Saya tidak kisah jika puan datang memetik bunga. Tetapi, biarlah saya bertanyakan kepada kedua-dua pihak. Senanglah saya membuat keputusannya nanti." Ujar pn. Ainaa berkias.
"Alya-, Zahin. Ni mak cik nak tanya sikit. Kamu berdua betul-betul sukakan antara satu sama lain?" Soalan pn. Ain mengejutkan Alya dan Zahin. Kedua-duanya kaku tidak memberikan reaksi.
"Zahin, kamu sukakan Alya?"Zahin mengangguk malu.
"Alya pula? Betul sukakan Zahin?" Alya juga mengangguk sambil melihat ke arah Zahin.
"Alhamdulillah, pn Ain. Bolehlah kita uruskan hal diaorang ni cepat. Lagipun, Alya akan keluar hospital hari ini." Ujar pn. Ainaa sambil memandang kejap ke arah Aya dan Zahin.
"Betul tu. Saya nak buat majlis tunang dalam masa lagi sebulan. Awak rasa sempat ke tak? Ataupun nampak macam terlalu awal?" Pn. Ain meminta pendapat bakal besannya.
"Eh, saya rasa sebulan itu sudah pun cukup. Sempat kalau kita nak buat persiapan. Lagipun, saya rasa kita patut buat majlis yang ringkas. Nanti waktu bersanding barulah grand sikit. Tak apa ke?" Pn.Ain mengangguk setuju.
"Zahin, jom balik. Masa melawat dah habis. Jom, Alya nak berehat tu. Sekejap lagi, dia nak balik. " ajak pn.Ain. Dia bersalaman dengan pn. Ainaa dan Alya.
"Alya, Zahin balik dulu tau. Nanti Alya dah balik rumah, telefonlah Zahin."
"Kalau Alya ingatlah. Zahin baliklah dulu, kesian dekat mama." Ujar Alya lemah lembut.
"Amboi, dah panggil mama Zahin mama. Tak sabar sangat ke-nak" sebelum sempat Zahin menghabiskan ayatnya, mamanya datang mencelah.
"Zahin, mama kata cepat. Kesian Mak Kiah dekat rumah tu sendirian. Kamu ni, bukannya tak jumpa pun Alya ni. Nanti kamu kahwin juga dengan dia ni." Bebel pn. Ain. Alya ketwa kecil melihat reaksi muka Zahin.
"mama ni, Zahin baru nak bersweet-sweet dekat sini." Zahin memuncungkan bibirnya.
"Mengadanya Za ni. Nanti dah kahwin sweetlah sepanjang masa. Lagi dapat pahala. sekarang ni, jom balik. Mama balik dulu ye, Alya. Jaga diri." ujar Pn. Ain meminta diri.
"Mama pun tak sabar nak dapat menantu ke?" Usik Zahin.
"Suka hati mamalah. Sibuk je Zahin ni. Tak nak mama kahwinkan kamu ke?" Kini giliran pn.Ain pula mengusik anaknya
"Eh, jangan macamni mama. Zahin kempunanlah nanti nak kahwin dengan Alya." Zahin beriya-iya menggeleng tanda tidak mahu.
"Tahu pun. Jom balik" Zahin mengangguk.
"Alya, ibu betul-betul berkenan dengan Zahin tu. Baik, lemah-lembut lepas tu, hormat orang tua pula tu. Susah nak cari yang ada semua ciri-ciri tu." Puji pn. Ainaa
"Yelah, kalau tidak masakan pula Alya terima lamaran dia." Alya mengemaskan pakaiannya ke dalam beg.
"Betul juga. Beruntunglah kamu kalau Zahin tu btul-betul jodoh kamu. Tenang hati ibu sebab kamu berjodoh baik." Alya tersenyum mendengar kata-kata ibunya.
"Ibu ni, nak buat Alya malu pula. Ingatlah, ajal, maut, jodoh dan rezeki semuanya di tangan tuhan." Ujar Alya sambil tersenyum.
"Tak sabar ibu nak tengok kamu duduk atas pelamin. Teringat ibu waktu muda-muda dulu." Alya menggelengkan kepala melihat gelagat ibunya yang mula mengimbau kenangan.
"Waktu kenduri belah ayah kamu, kami hampir diserang dengan lembu jantan. Setelah lama disiasat, baru ibu teringat kami pakai baju berwarna merah. Apa lagi, semua yang ada waktu tu semua heboh tentang ibu dengan ayah. Nasib baiklah, ada tuan punya lembu tenangkan lembu tu. Keesokkannya, barulah ibu tahu lembu yang muncul waktu kenduri tu akan disembelih untuk dijadikan lauk. Sekarang baru ibu tahu, yang lembu tu cari ayah dengan ibu sebab nak balas dendam. "Cerita pn. Aina sambil tersenyum mengingat kembali kejadian tersebut.
"Mesti ibu takut kan?" pn. Aina mengangguk mengiyakan.
"Harapnya tak jadi macam tulah waktu majlis Alya. Mesti semua lari lintang-pukang kan, ibu?" Mereka berdua tertawa setelah membayangkan keadaan di majlis perkahwinan Alya kelak.
"Alya, nanti Alya keluar cari baju nikah, hantaran dengan Zahin atau kakak je ye? Ibu malas nak ikut." Alya hanya mengangguk. Dia tidak mahu membebankan ibunya.
"Aik, pelik betul. Selalunya, kamu akan pujuk ibu sampai ibu setuju. Kali ini tak ada pula?" Ujar pn. Aina perlahan namun masih mampu didengari.
"Mestilah, sebab ibu kan dah tak sihat macam waktu muda-muda dulu. Kesian dekat ibu. Kalau Alya paksa, ibu mesti nak balik awal sebab sakit kaki. Ibu doakan Alya selamat dunia akhirat pun dah cukup." Pn. Aina mengangguk mendengar penjelasan anak gadisnya itu.
"Ouh, ibu, Alya mahu kahwin. Kahwin dengan siapa? Dengan zahin pujaan hati."nyanyi Alya sekadar untuk menghiburkan hati ibunya itu.
"Gatal betul anak ibu ni." Alya dan pn. Aina sama-sama ketawa keriangan.
Share this novel