3

Romance Completed 16825

"Mama, Za dah balik ni. Mama dimanakah dikau? Mama hilang mana?" Panggil Zahin sebaik saja kaki kanannya melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya meliar mencari kelibat mama kesayangannya, Pn. Ain.

"Manoii mak eden ni? Losap ko mano?" Monolog Zahin sendiri dalam loghat yang bercelaru.

"Ya allah, Za. Apa kamu buat depan pintu ni? Bawa menantu mama balik ke? Mana-mana? Lawa tak macam mama?" Pn. Ain terus menerpa ke pintu masuk.

"Eh, ma. Mana ada Za bawa balik apa-apa. Bawa balik seribu satu kenangan je hari ni." Ujar Zahin bergurau. Pn. Ain mencubit pinggang Zahin sehingga dia mengaduh kesakitan.

"Apa mama ni, Za dah besarlah. Siap main cubit-cubit kita pula." Zahin bernada merajuk. Dia memeluk tubuh.

"Memang lah dah besar. Tapi perangai macam budak kecil. Tak faham mama dengan kamu ni Za. Kan mama dah kata, kahwin dapat mematangkan kamu tapi tak nak dengar. Kenapalah degil sangat Za ni?" Zahin menunjukkan simbol 'V' kepada mamanya.

"Mama ni, membebel pula ni. Zahin naik dulu ya?" Zahin meminta diri dan menuju ke biliknya.

"Ha, sebut pasal kahwin lari naik bilik. " bebel Pn.Ain sendirian.

"Puan kenapa ni puan? Ada sesuatu yang tak kena ke?" Mak Kiah keluar dari dapur sambil membetulkan baju kurungnya.

"Tak ada apa-apalah Mak Kiah, anak angkat Mak Kiah tu la." Pn. Ain menuju ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Mak Kiah hanya membontoti Pn. Ain.

"Apalah pula Zahin dah buat, puan? Benda tak elok ke?" Tanya Mak Kiah risau. Bimbang Zahin yang sudah dianggap sebagai anak kandungnya sendiri itu membuat hal yang tidak enak didengar.

"Tak adalah benda yang teruk sangat. Tapi, saya geram betul dengan dia tu. Setiap kali saya suruh dia kahwin, dia mengelak. Kalau lelaki lain tu, berebut-rebut nak kahwin. Zahin ni, tak tahulah apa kena dengan dia. Puas nak suruh dia kahwin, tapi waktu tu juga ada je alasan dia nak lari." Luah Pn. Ain. Mak Kiah hanya tersenyum kecil, faham benar dengan perangai Zahin.

"Biarlah dia dulu, puan. Dia pun bukannya tua sangat pun. Umur baru 23 tahun kan? Apa salahnya dia nak enjoy waktu muda-muda ni." Mak Kiah memberi pendapatnya.

"Eh, Mak Kiah ni dah kenapa? Umur Zahim 45 tahun lah." Mak Kiah terkejut. Tak kanlah? Bila Zahin membesar cepat sangat ni?

"Lah, yeke puan? Baiklah suruh dia kahwin cepat-cepat." Kelam-kabut Mak Kiah meminta Pn.Ain menyuruh Zahin berbikah cepat.

"Ha, Mak Kiah kenalah tipu dengan mama tu. Za ni baru 23 tahunlah, Mak Kiah." Zahin yang sedang menuruni tangga membetulkan fakta yang salah mengenai umurnya. Pn. Ain hanya ketawa kecil.

"Puan , apa main prank saya ni?" Mak Kiah mula menunjukkan aura merajuknya.

"Amboi Mak Kiah, tahu pula perkataan prank ya?" Soal Zahin ingin tahu. Mana Mak Kiah tahu ni?

"Tu, Mak Kiah tengok cerita 'Dalang Prank' tu. Seronok betul kenakan orang kan? Mak Kiah dalam rancangan tu ke?" Soal Mak Kiah teruja.

"Hish Mak Kiah ni, berangan sampai tahap tu sekali. Amboi, nak menjadi artis sangat ke Mak Kiah?" Mak Kiah tersenyum malu sendiri.

"Dah, za nak tanya ni. Mak Kiah masak apa malam ni? Rasa macam nak laksa johor je." Zahin memegang perutnya. Dia menepuk-nepuk perutnya sambil memandang Mak Kiah dengan pandangan meminta belas kasihan.

"Rezeki Zahinlah kot." Ujar Mak Kiah.

"Rezeki? Serous Mak Kiah masak laksa Johor? Ya allah, bersyukurnya ada Mak Kiah dalam rumah ni. Belum minta dah tahu. " Zahin tersenyum kambing.

"Mana datang laksa johornya, Mak Kiah masakkan maggi sudahlah." Ujar Mak Kiah sambil mengenyitkan matanya ke arah Zahin.

"Maggi je? Mak Kiah bagi fake hope betullah. Ni yang rasa nak menangis ni kena dimainkan hati dengan Mak Kiah." Zahin bernada sedih. Dia berjalan bongkok menuju ke sebelah mamanya.

"Apalah kamu ni, malam-malam suruh Mak Kiah masak benda yang bukan-bukan. Makan jelah maggi tu. Mama cubit Zahin nanti kalau Zahin tak bersyukur. Dah, kalau lapar pergi makan. Kalau tak, masuk bilik pergi kemas semua baju lari rumah. Dah, pergi sana. " arah Pn. Ain tegas seperti komander.

"Ala mama ni. Baru nak manja-manja dengan mama." Zahin merapatkan tubuh badannya dengan Pn. Ain.

"Gelilah kamu ni. Nak bermanja dengan mama pula. Umur macam kamu ni, patutnya bermanja dengan isteri. Mama pula kena bermanja dengan cucu, anak kamu." Zahin memuncungkan bibirnya. Asyik topik kahwin je mama sebut!-

"Ish mama ni, Za nak bermanja pun tak boleh. Za duduk dekat Amerika sana 3 tahun. Merindui mamaku yang cantik ini setengah mati. Tolonglah fahami anakmu yang kacak bergaya dan hensem ini." Zahin mula berdrama swasta tanpa bajet.

"Yelah, duduk Amerika 3 tahun, duduk Malaysia berapa tahun?" Soal Pn.Ain sambil memandang tajam ke arah Zahin.

"Er, 5 tahun." Jawab Zahin selamba.

"5 tahun pun tak lepas rindu lagi ke? Mama dah kata yang kamu ni mengada je sebenarnya. Nanti mama kahwinkan kamu dengan Mimi tu nanti. Nak?" Zahin menggeleng dengan pantas. Menempah maut namanya kalau dia bernikah dengan Mimi yang gedik dan mengada-ngada itu. minta simpang malaikat empat belas. Kalau diberikan wang sebanyak satu dunia pun belum tentu dia mahu.

"Tahu pun, kahwin cepat-cepat. Kahwin muda ni banyak faedahnya." Terang Pn. Ain.

"Yelah, mama. Nanti Za tengok mana-mana awek yang layak hidup di samping Zahin ni nanti." Pn. Ain tersenyum gembira mendengar kata-kata anak bujangnya itu.

"Macam tulah anak mama. Mari sini teman mama tengok hindustan ni. Sedih pula ceritanya sebab heronya dah nazak." Mata Pn. Ain terus tertancap di kaca tv.

"Hindustan? Malas Zahin nak layan. Baik zahin buat kerja." Zahin terus berlalu pergi menuju ke dapur.

"Mak Kiah-! Ni Za nak makan maggi hasil air tangan Mak Kiah ni." Panggil Zahin saambil matanya melilau-lilau mencari kelibat Mak Kiah.

"Kamu ni Za, masak sendirilah. Mak Kiah nak pergi tidur ni."

"Awalnya Mak Kiah tidur? Malam masih mudalah Mak Kiah. Ayuh kita berdansa." Ujar Zahin selamba.

"Tak nak Mak Kiah. Mak Kiah kan dah tua, kenalah tidur awal. Bukan macam kamu, Za boleh tidur lambat pergi kelab malam." Zahin ketawa mendengar kenyataan Mak Kiah.

"Mak Kiah ni, Za mana main pergi kelab malam. Boringlah. Mak Kiah nak tidur kan, biarlah Za masak sendiri." Mak Kiah mengangguk.

"Selamat malam Za." Ucap Mak Kiah sebelum berlalu pergi.

"Selamat malam Mak Kiah." Zahin terus melaksanakan tugasnya memasak maggi kari kegemarannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience