"Nasib baik tak ada apa-apa dekat Alya. Kamu ni dah kenapa, Mimi? Kenapa buat hal dekat rumah orang? Kamu tak malu?" Marah pn.Ain bertubi-tubi.
"Mimi marah sebab abang Zahin dah bertunang. Mimi-"
"Apa dia? Kamu ni, ni bukannya abang kamu yang rancang. Aunty yang rancang. Kalau kamu tak suka, usulkan kepada aunty bukannya bertindak melulu. Ingat lah sikit, kamu tu perempuan. Tak malu ke, buat hal dekat majlis orang? Rumah orang? Mana maruah kamu?" Tambah pn. Ain.
"Sudahlah tu, Ain. Budak-budak kan, memang tak rasional. Lupakan sajalah. Alah pun tak apa-apa." Pujuk pn. Aina.
"Yelah, budak-budak ni buat saya sakit jiwa dibuatnya. Nasib baik Alya tak apa-apa. Kalau tak, memang saya tak tahu nak kata apa." Pn. Aina mengangguk faham.
"Alya tak apa-apa kan?" Alya mengangguk sambil menuam dahinya yang bengkak akibat terlanggar dinding semasa ditolak Zahin untuk mengelak air panas yang diisi dalam cawan kaca.
"Mimi, Mimi ikut aunty balik. Aunty akan cakap dengan Mak Mimi beritahu apa yang Mimi dah biat harini." Tindakan tegas pn. Ain menambah rasa takut di dalam hati Mimi.
"Ha? Mak? Janganlah libatkan mak, aunty. Mimi janji tak buat benda macamni dah. Asalkan, aunty tak beritahu dekat mak. Please?" Pujuk Mimi. Dia sungguh takut kalau maknya memarahinya kerana peribadi maknya yang amat garang.
"Kamu perlu berfikir sebelum bertindak, Mimi. Sekarang, semua dah terlambat. Kamu suka atau tak, aunty akan tetap beritahu mak kamu." Ujar pn. Ain tegas.
Pn. Ain merapati pn. Aina dan Alya sebelum bersalaman dengan kedua mereka.
"Awalnya balik, lain kali datang duduk lama sikit. Boleh borak lagi." Ujar pn. Aina.
"Inshaaallah. Kalau ada masa, saya datang sini. Lepastu, kita berkelah makan sama-sama. " pn. Aina mengangguk setuju sebelum melagakan pipi mereka sebanyak tiga kali.
"Selamat tinggal, aunty. Nanti datang lagi, Alya masak masakan kegemaran aunty pula." Ujar Alya semasa bersalaman dengan pn. Ain. Pn. Ain hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Jom Mimi, tak perlu nak jeling maut dekat Alya tu." Mimi yang terkejut ditegur, menurut kata pn. Ain.
Setelah selesai mengemas apa yang patut, Alya berbaring di atas katilnya. Sambil berbaring, dia menilik jari manisnya yang tersarung cincin.
'Kau dah jaditunangan orang, kenalah berperangai elok sikit' ujar kepada dirinya sendiri.
"Abang betul-betul kecewa dengan Mimi. Tak sangka Mimi buat macamni dekat majlis tunang abang." Zahin meluahkan rasa tidak puas hatinya.
"Tapi Mimi kecewa juga dengan abang." Mimi seraya menunduk.
"Apa yang Mimi kecewa sangat? Abang dah bertunang kot. Takkan itu pun Mimi nak over sampai buat drama air mata dekat rumah tunang abang." Jerkah Zahin. Terhincut bahu Mimi mendengar jerkahan Zahin.
"Ab.. abang, Mimi minta maaf. Abang putus tunang dengan dia abang, please abang. Kahwinlah dengan Mimi please. "Rayu Mimi berkali-kali.
"Tak nak. Eh, Mimi pergilah balik. Abang takut abang ternaik tangan pula dekat muka Mimi." Arah Zahin. Mimi takut-takut berlalu.
"Zahin, kenapa dengan Mimi tu? Menangis-nangis dia tadi. Kesian pula mak Kiah rasa dekat dia. " mak kiah datang bertanya kepada Zahin.
"Biarlah dia tu, suka sangat buat masalah. Zahin serabut betul dengan dia." Zahin menarik rambutnya ke belakang. Belakamg Zahin ditepuk lembut.
"Zahin kenalah banyak bersabar dengan apa yang dia buat. Ini semua ujian tau. Zahin kena ingat tu." Zahin hanya mengangguk.
"Macammana majlis tunang Zahin tadi? Tunang Zahin menepati ciri-ciri gadis idaman Zahin tak?" Soal mak Kiah prihatin.
"Semua berjalan lancar. Sampailah Mimi tu muncul, semua hancur. Tunang? Dia hampir dengan ciri-ciri idaman Zahin. Tapi jadilah, tak semua sempurna." Jawab Zahin jujur. Bercakap tentang tunangnya, dia terus teringatkan Alya.
"Zahin dah rindu dekat dia ke?" Zahin menoleh ke arah mak Kiah.
"Mak kiah tanya ni, Zahin rindukan tunang Zahin?" Lama Zahin berdiam diri sebelum mengangguk perlahan.
"Itu tandanya rasa sayang Zahin dah mula bercambah untuk tunang Zahin tu. Ingat tu, mak Kiah nak ke dapur." Zahin mengangguk faham.
"Bintang ke tu? Bintanglah. Subhanallah, lawa betul." Ujar Zahin sambil berbaring di bumbung menghadap galaksi yang luas terbentang.
"Kalaulah Alya ada dekat sini, aku nak tunjukkan dekat dia betapa banyak cinta aku terhadap bintang." mata Zahin ligat memandang ke arah bintang-bintang.
"Amboi, pandai sudah teringat dekat anak orang. Ni, mama dekat sini bukannya nak diingat." Zahin menoleh dan terlihat mamanya berdiri di balik pintu.
"Eh, sejak bila mama dekat situ? Marilah tengok bintang ni." Ajak Zahin. Mamanya datang menghampiri tilam angin bersaiz queen. Mereka berbaring bersama sambil menikmati bintang.
"Zahin, nanti Zahin jagalah Alya tu elok-elok. Kesian mama tengok dia tadi. Nasib baik tak ada apa-apa terjadi dekat dia." Pesan pn. Ain kepada anaknya. Zahib hanya mengangguk faham.
"Zahin tahu ma. Zahin rasa bersalah sangat sebab Mimi, dia cedera. " pn. Ain mengangguk bersetuju.
"Sebagai hukuman, lepas dia balik terus mama call mak dia. Padan muka dia kena marah." Zahin hanya ketawa. Tidak pernah disangka perangai mamanya begitu comel.
"Mama ni, macam budak kecillah. Comel betul. Suka berdendam ke, mama ni?" Usik Zahin. Mamanya lantas bangun dan mencubit lengannya.
"Kenapa mama cubit Zahin?" Adu Zahin tidak puas hati.
"Sebab tak perasan mama comel." Kedua-dua mereka ketawa. Mereka kembali berborak tentang beberapa perkara sambil diselangi ketawa.
"Dahlah, mama nak tidur. Kamu tu, jangan lupa apa mama pesan tentang jaga Alya elok-elok." Zahin mengangkat ibu jarinya.
Share this novel