11

Romance Completed 16825

"Alina, aku takutlah." Ujar Alya.

"Kau nak takut apa?bukannya ada apa-apa pun." Alina menenangkan Alya.

"Ni, dah sampai rumah uataz tu. Tu, isteri dia. Kau ni, macam-macamlah." Alina menarik brek tangan sebelum mematikan enjin dan keluar kereta. Alya juga keluar dari kereta.

"Assalamualaikum" mereka berdua memberi salam.

"Waalaikumussalam. Ya allah, Alina rupanya .Ada apa?" Kelihatan seorang wanita tua mendekati mereka.

"Ni, datang ni nak suruh tok Li tolong tengok-tengokkan suami kawan Alina. Alina rasa macam suami dia terkena buatan orang." Wanita tua tersebut mengangguk faham.

"Masuklah, jangan malu-malu. Nama kawannya Alina, siapa?" Alya menyalami wanita tersebut.

"Nama saya, Alya Nur. Saya betul-betul nak minta tolong tengokkan suami saya." Ujar Alya.

"Jom masuk. Tok Li ada dekat dalam." Mereka semua melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tok Li apa khabar?" Tok Li hanya tersenyum.

"Ada hajat apa kemari ni, Alina?" Alina berdehem sebelum membalas.

"Ni, kami syak suami kawan saya ni kena buatan orang. Suami dia ni, memang tak lekat dekat rumah. Kalau dulu, pantang balik awal mesti duduk rumah. Tapi, sekarang dah lain. Tu yang nak tengok tu." Tok li mengangguk.

"Nama suami kamu apa?" Tanya tok Li. Alya menelan air liurnya.

"Zahin bin Yasir." Selesai menjawab, Tok Li membaca sesuatu tetap itidak didengari oleh mereka berdua.

"Hurm, kalau betul apa yang aku nampak ni suami kamu memanng terkena buatan orang. Kamu ada nampak benda pelik-pelik dekat suami kamu kebelakangan ni?" Alya berfikir sejenak.

"Ada, dia selalu turun makan waktu tengah malam. saya ingatkan, sekali je dia buat tapi setiap malam. Kadang-kadang takut saya dibuatnya." Tok li mengangguk-anggukkan kepalanya.

"Macamnilah, kamu balik dengan aor penawar ni. Kamu bagi dia minum. Masuk rumah, bacalah ayat kursi dan beri salam. Ingat pesan tok." Alya mengangguk.

"Kami balik dulu lah, ye. Ini adalah dujt sedikit untuk tok sekeluarga." Ujar Alya sambil menghulurkan dua keping not 50.

"banyaknya kamu bagi. Tok ikhlas tolong kamu ni." Tolak tok li.

"Tak apalah, saya pun ikhlas." Ujar Alya. Dengan rasa bersalah, Tok Li ambil duit yang dihulur.

"Terima kasih, semoga Allah permudahkan urusan kamu dengan suami kamu. Inshaaallah, Amin." Alya tersenyum dan berlalu pulang ke rumah.

"Tok Li tu, memang bomoh ke?" Soal Alya kepada Alina.

"Mana ada dia bomoh, dia ustaz. Pakar perubatan islam. Dia tu, terkenal tau. Ramai dah kenal dia." Terang Alina sambil memandu kereta perodua Alza miliknya.

"Ouh, nanti kau balik Daus dah ada dekat rumah ke?" Alina menggelengkan kepala.

"Dia pergi mana?" Soal Alya pelik.

"Dia outstation dekat Pahang. Esok, lusa dia baliklah."

"Ouh, kau duduk rumah mak mertua kau lah?" Alina mengangguk. Keadaan menjadi sunyi selepas itu. Hanya kedengaran bunyi radio dan hela nafas mereka sahaja.

'Tukk tukk' Alina dan Alya saling berpandangan.

"Weh, baca ayat kursi weh. Kau capai kaset bacaan ayat-ayat suci letak dalam radio." Arah Alina. Alya mencapai kaset sambil membaca ayat kursi berulang-ulang kali tanpa henti.

Sebaik saja kaset dimainkan, kedengaran surah-surah al-quran yang menenangkan jiwa.

"Kau jangan buat apa-apa. Paling penting, kau jangan tengok cermin sisi." Ujar Alina sambil teruskan pemanduan.

Alya mengangguk. Di dalam hatinya, dia ingin memandang ke arah cermin sisi dan ingin tahu kenapa dia tidak dibenarkan memandangnya.

Tanpa Alina sedar, Alya sudah pun terpaku sambil matanya memandang ke arah cermin sisi. Kelihatan seekor puntianak dengan mata yang merah menyala sedang tersenyum kearahnya.

"Allahuakbar. Ya allah, kau selamatkanlah hambamu ini." Doa Alya.

"Alya, kau pandang ke?" Alya takut-takut mengangguk.

"Kau takut?" Alya menggeleng.

"Bagus. Kau jangan takut. Dia tak boleh buat apa-apa dekat kita- Ahhh!" Kereta Alza Alina seakan-akan melanggar sesuatu. Alina memberhentikan keretanya.

"Apa kau langgar tadi weh?" Alina menggeleng tidak tahu.

"Macam tak ada apa-apa jer. Aku takutlah, jomlah balik." Ajak Alya. Alina tanpa membantah hanya menurut.

"Kau naik bilik nanti, jangan lupa mandi. Jangan lupa juga baca al-quran. Tunggu suami kau balik, jangan kau berhenti baca. Tengok reaksi dia." Alya mengangguk mendengar setiap pesanan Alina.

Kereta Alina berlalu meninggalkan perkarangan rumahnya. Alya masuk ke dalam rumah dan naik ke biliknya unruk membersihkan diri.

Dia duduk di birai katilnya sebelum mencapai al-quran dan telekung. Selesai menyarungkan telekung, dia membaca surah al-fatihah dan mula membaca.

"Alya- alya- alya" kedengaran sayup-sayup suara seakan-akan suaminya yang memanggilnya. Alya lantas berhenti membaca dan keluar dari bilik.

"Abiy? Abiy ke tu?" panggil Alya.

"Alya- alya-" Alya mencari-cari suara yang memanggilnya itu.

"Abiy? Abiy dekat mana? Abiy?" Alya mendekati laman hadapannya.

"Abiy, buat apa dekat sini?" Alya memdekati tubuh suaminya.

"Abiy?" Panggilnya. Tetapi Zahin tidak memberikan respon. Alya semakin tidak keruan melihat suaminya yang tidak memberikan reaksi.

"Abiy? Abiy okay ke?" Panggil Alya lagi.

"Maafkan, Abiy." Ucap Zahin. Alya tersenyum lega.

"Alya maafkan." Alya mendekati tubuh suaminya itu.

"Jangan dekat, Alya. Abiy dah buat macam-macam dekat Alya." Alya semakin rapat dan rapat. Dia menarik bahu Zahin.

Zahin berpaling sehingga menampakkan mukanya yang separuh berulat dan bernanah.

Alya yang terkejut berundur ke belakang sambil menggelengkan kepalanya.

"Nak pergi mana tu,Alya?" Soal Zahin sambil mengejar Alya.

"Tak. Pergi ! Kau bukan suami kau. Kau setan!" Jerit Alya sebelum pandangannya gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience