"Alya, kau okay tak?"
"Alya, kau dah sedar belum?"
"Alya-"
Alya membuka kelopak matanya. Dia berusaha mahu mengangkat kepaalanya.
"Eh, Alya. Janganlah angkat kepala tu. Jangan nak degil eh, ibu cubit sekejap lagi." Alya memandang ke arah ibunya.
"Eh, ibu. Alya dekat mana ni?" Alya memerhati sekelilingnya.
"Alya dekat hospital." Alya terkejut sambil memandang dirinya.
"Ibu, mana suami Alya? Alya nak suami Alya, bu." Pn. Ainaa memandang pelik ke arah Alya. Masa bila anak aku kahwin? Getus hatinya.
"Ibu, mana suami Alya? Alya nak suami Alya, bu." Soal puan Ainaa.
"Zahin, bu. Zahin. " Ujar Alya sambil mula menangis.
"Assalamualaikum, Alya." Zahin masuk ke dalam bilik wad Alya. Bunga di tangannya dihulurkan kepada Alya. Alya menerima bunga tersebut dengan senyuman lebar.
"Waalaikumussalam, abang." Jawab Alya. Tangannya dihulurkan untuk bersalaman dengan Zahin. Tetapi Zahin pantas menolak.
"Kenapa abang tak nak salam Alya? Abang dah tak sayang Alya ke?" Zahin hanya tersenyum.
"Kita kan bukan suami isteri lagi." Alya menggelengkan kepalanya. Setahunya dia dan Zahin sudah pun sah menjadi suami isteri.
"Kenapa? Abang ceraikan Alya ke?" Air mata Alya mula bergenang. Sesungguhnya dia amat mencintai Zahin.
"Eh, apa Alya merepek ni? Kan kita baru bertunang hari tu. Tapi, Alya pengsan pula tiba-tiba. Nanti, bila Alya dah keluar hospital kita nikah ye?" Alya mengangguk sambil tersenyum.
"Ni, Alya dah makan? Mak cik dah makan? Kalau belum, saya nak belikan makanan." tanya Zahin kepada Alya dan ibunya.
"Eh, tak payah susah-susahlah Zahin. Mak cik dah makan dah dekat rumah tadi." Tolak Pn. Ainaa penuh berhemah.
"Alya? Nak makan apa-apa tak?" Alya mengangguk.
"Alya nak makan ABC. Ais Batu Campur. Lama dah Alya teringin." Alya memandang ke arah Zahin dengan pandangan yang comel. Zahin mengangguk.
"Zain keluar dulu ye, Alya. Mak cik, saya keluar sekejap nak belikan ABC Alya. Sekejap lagi, saya datang balik." Setelah memberitahu kepada Pn. Ainaa, Zahin keluar menuju ke kedai bagi memenuhi permintaan Alya.
"Alya, betul ke kamu sukakan Zahin tu?" Alya memandang ke arah ibunya sebelum perlahan-lahan mengangguk. Pn. Ainaa hanya mampu menggelengkan kepalanya melihat kaletah anaknya itu.
"Kalau kamu betul-betul suka dekat Zahin, dan dia pun sukakan kamu. Eloklah kita satukan kamu berdua secepat mungkin." Ujar Pn. Ainaa. Alya tersenyum kegembiraan.
"Ibu, nanti ibu cakaplah dengan dia masuk meminang cepat-cepat. Alya dah tak sabar dah nak jadi isteri dia." Pn. Ainaa mencubit lengan anaknya.
"Amboi, gatal sangat. Diri sendiri pun tak sihat lagi, ada hati nak kahwin konon." Alya hanyabtersengih sambil menunjukkan muka sepuluh sennya.
"Yelah-yelah. Alya dah keluar hospital nanti, ibu kena cakap dekat dia masuk meminang Alya." Pn. Ainaa hanya mengangguk mengiyakan.
"Encik, nak order apa ye?" Seorang pemuda mendekati Zahin.
"Saya nak ABC, milo ais dengan teh ais. Tolong bungkus ye, dik?" Pemuda tersebut mencatit pesanan Zahin sebelum berlalu pergi.
"Ibu, mana suami Alya? Alya nak suami Alya, bu." Zahin berhenti di hadapan pintu wad Alya.
"siapa suami Alya?" Zahin semakin teruja mahu mengetahui siapakah suami gadis idamannya itu.
"Zahin, bu. Zahin. " Zahin menarik nafas lega sebaik saja namanya disebut. Dia mengurut dadanya kerana terlalu terkejut Alya akan menyebut namanya sebagai suaminya.
"Abang, semuanya RM10." Zahin tersedar dari lamunannya. Dia menarik keluar not 10 dari poketnya.
"Abang okay tak?" Zahin mengangguk. Dia terus berlalu untuk segera pulang ke hospital untuk menemui Alya.
"Alya, Zahin dah balik bawa ABC." Zahin menolak pintu bilik wad Alya.
"Terima kasih Zahin. Maaflah susahkan Zahin." Zahin hanya mengangguk sambil tersenyum melihat riak wajah comel Alya.
"Adik-! Alya!" Addini melangkah masuk lalu memeluj tubuh adiknya erat.
"Ya Allah, kakak. Kakak dah kenapa? Tak sihat ke? Sini kan hospital, pergilah check mana tahu tak okay ke?" Addini mencubit pipi adiknya. Alya menggosok-gosok pipinya yang dicubit.
"kakak rindu adiklah." Ujar Addini. Zahin hanya membisu memerhatikan karenah dua beradik tersebut.
"Ha, kakak. Ni Alya nak kenalkan adik ipar kakak, Zahin. Zahin, nilah kakak saya." Zahin hanya tersenyum sebelum merapati pn. Ainaa.
"Amboi, diam-diam je adik ni." Alya hanya tersengih diusik kakaknya.
"Mak cik, ni saya ada belikan teh ais untuk mak cik." Zahin menghulurkan bungkusan teh ais kepada pn. Ainaa.
"Terima kasihlah Zahin." Ucap pn. Ainaa sambil tersenyum melihat kebaikkan Zahin.
"Tengok itu adik, belum ada apa-apa dah pandai pikat ibu kita." Usik Addini kepada Zahin.
"Eh, mesti. Nak anaknya, kenalah pikat ibunya dulu." Zahin membalas usikan Addini.
"Ha, pandai betul dia balas. Untunglah kamu, Alya." Alya hanya tersenyum. Sungguh dia tidak menyangka Zahin akan menjadi begitu mesra bersama keluarganya.
Setelah waktu melawat tamat, Zahin meminta diri untuk pulang. Alya menghantar Zahin pulang dengan pandangan mata dan doa agar Zahin selamat tiba.
"Assalamualaikum, mama. Oh, mama. Mama dekat mana?" Zahin meluru masuk sambil mencari mamanya. Dia menuju ke dapur, kelihatan mamanya sedang leka merakam video di aplikasi musical.ly.
"Amboi, mama. Majunya mama sekarang." Ujar zahin. Pn. Ain hanya tersenyum malu kerana rahsianya telah terbongkar.
"Mama mestilah maju. Maju ke arah kejayaan." Zahin hanya ketawa kecil. Macam-macam perangai pelik mamanya.
"Mama, Zahin nak cakap sikit." Kening pn. Ain terjungkit.
"Gapo dio?" Zahin menarik tangan mamanya menuju ke ruang tamu. Zahin menarik nafas sebelum mula berbicara.
"Zahin nak kahwin." Ujar Zahin.
"Apa dia? Kau nak kahwin? Dengan keadaan Alya macamtu? Kau biar bonar" Bertalu-talu soalan diberikan kepada Zahin.
"Apa ni, mak kiah. Macam-macam soalan mak kiah tanya." Rungut Zahin tidak puas hati. Mak kiah hanya tersenyum malu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"Biarlah mak kiah tu. Mama pun nak bagi reaksi macamtu juga." Mak kiah kembali tersenyum. Pn. Ain melakukan high five bersama Mak Kiah.
"Malas lah Zahin nak layan Mak Kiah dengan mama ni." Ujar Zahin merajuk.
"Esok bawa mama jumpa bakal menantu mama tu." Arah pn. Ain tegas.
"Boleh, boleh. No hal lah mama. Sekarang pun boleh" , Ujar Zahin. Pn. Ain memandang ke arah Zahin.
"Esok bawa mama jumpa dia." Zahin mengangguk.
Share this novel