Rate

BAB 8: PENGIKTIRAFAN ALLAH             KEPADA MEREKA YANG             BERKAHWIN DEMI             MEMELIHARA DIRI,             AGAMA DAN KERABAT

Spiritual Completed 1790

1. Memelihara Diri daripada Cenderung Kepada Maksiat

    Lelaki dan wanita yang belum berkahwin lebih mudah cenderung kepada tarikan maksiat hingga seperti menonton video dan web lucah, onani, homoseksual dan penzinaan.

    Perkahwinan dapat mencegah atau sekurang-kurangnya mengurangkan kecenderungan ini dan memelihara diri daripada terjerumus ke kancah maksiat yang hina.

2. Memenuhi Keperluan Biologi dan Psikologi Seksual yang Menjadi Fitrah Manusia

    Allah adalah pencipta manusia yang juga meletakkan nafsu seksual dalam diri manusia. Justeru keinginan seks adalah fitrah yang tidak boleh dinafikan keperluannya.

    Lalu Allah menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perzinaan bagi memelihara diri manusia dan memenuhi keperluannya dengan yang selamat dan terhormat.

3. Mengeratkan Hubungan dan Meluaskan Jaringan Kekeluargaan

    Perkahwinan menjadi medium berkesan bagi merapatkan hubungan antara dua keluarga yang tiada ikatan hingga menjadi sebuah keluarga yang harmoni.

    Dianjurkan perkahwinan bagi lelaki dan wanita yang mahu meluaskan jaringan hubungan keluarga mereka dan mengeratkan keluarga yang jauh.

Aku ingin mencintaimu kerana
                  AGAMAMU
Aku ingin menyayangimu kerana
                  AKHLAKMU
Aku ingin bersamamu kerana
                    ALLAH

         maka, terimalah aku
                   seadanya…
     kekuranganku akan menjadi
                Pelengkapmu…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience