Rate

BAB 3: SARANAN MENIKAHKAN                   ORANG SOLEH              DAN ORANG MISKIN

Spiritual Completed 1811

Sahl r.a. menceritakan, seorang lelaki berjalan di hadapan Rasulullah SAW, Baginda bertanya, “Apakah pandangan kalian mengenai lelaki tersebut?”

    Mereka menjawab, “Dia seorang yang sesuai. Sekiranya melamar, dia layak dinikahkan. Sekiranya dia meminta bantuan, dia patut dibantu. Sekiranya dia bercakap, kata-katanya boleh di dengar.”

    Baginda hanya berdiam diri. Tidak lama kemudian, melintas di hadapan Baginda seorang lelaki Muslim daripada kaum Ansar yang miskin. Baginda bertanya, “Apakah pandangan kalian mengenai lelaki itu.”

    Mereka menjawab, “Dia tidak sesuai. Sekiranya melamar, dia tidak layak dinikahkan. Sekiranya dia meminta bantuan, dia tidak patut dibantu. Dan sekiranya dia memberikan pandangan, ia tidak layak di dengari.”

    Sebaliknya Rasulullah SAW berkata, “Orang seperti ini lebih baik daripada seisi dunia.”

( Laporan Bukhari )

Jangan Menghukum Manusia Berdasarkan Penampilan Luar Semata-Mata

    Sudah adat manusia menilai ssesorang berdasarkan apa yang dapat dilihatnya dan apa yang dilakukannya.

    Jika mahu diikutkan, kelebihan seorang manusia itu tidak dapat di nilai berdasarkan status ekonomi, pangkat, latar pendidikan dan penampilannya semata-mata.

    Oleh itu, islam melihat ketinggian manusia itu berdasarkan dua kriteria iaitu iman dan ilmu yang dimiliki dan diamalkan. Kedua, ketaqwaan kepada Allah SWT.

>Iman dan ilmu yang dimiliki dan diamalkan

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

    “Wahai orang yang beriman! Apabila kamu diminta memberi lapang dalam majlis, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan melapangkan untuk kamu. Dan apabila kamu diminta bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui tentang apa yang kamu lakukan.”

>Ketaqwaan kepada Allah SWT

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13:

    “Wahai umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami telah manjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya.

Semua orang pernah jadi jahat
             Sebelum jadi baik.
                       Tetapi….
           Itu adalah lebih baik
       Daripada pernah jadi baik
           Kemudian jadi jahat.

           Jodoh yang baik tetap
                Untuk yang baik,
                    Walaupun…
             Sama-sama pernah
                     Jadi jahat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience