Rate

BAB 13: 4 GOLONGAN LELAKI                AHLI NERAKA

Spiritual Completed 1790

Di akhirat nanti, ada empat golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.

Mereka ialah:

1. Ayahnya.
    > apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia, dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya.
    > apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya, bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal, maka dia turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya.
    > apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiarkan melencong dari jalan islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

4. Anak lelakinya.
    > apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal perlakuan yang haram dari islam, bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggugjawabkan di akhirat kelak, nantikan tarikan ibunya.

    Betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun, tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/ suami/ abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah SWT:
    “Hai anak Adam peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka di mana bahan pembakarnya ialah manusia, jin dan batu.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience