Rate

BAB 9:  CIRI WANITA TERBAIK              DALAM ISLAM DAN              CIRI WANITA PALING              JAHAT

Spiritual Completed 1790

Islam menganjurkan wanita memberikan  perhatian terhadap rumah tangga. Ini kerana, wanita adalah tonggak sebuah keluarga yang sentiasa memastikan kesempurnaan dan keharmonianmya.

    Wanita digalakkan berkahwin pada usia muda. Hal ini kerana, wanita yang berkahwin pada usia muda mempunyai tenaga dan tubuh yang masih sihat dan cergas. Mereka juga lebih subur bagi mendapatkan zuriat dan memeliharanya.

    Anjuran agar wanita tidak meletakkan mas kahwin terlalu tinggi hingga membebankan pihak lelaki dan menyukarkan proses perkahwinan.

Ciri Wanita Terbaik Dalam Islam

    Wanita yang subur rahimnya dan melahirkan anak-anak yang ramai dan memelihara mereka dengan penuh kasih sayang. Tanggungjawab besar wanita ialah melahirkan dan memdidik anak-anak menjadi anggota masyarakat yang berguna.

    Wanita yang memelihara etika berpakaian secara islam dan tidak mendedahkan auratnya kepada orang asing hingga menimbulkan fitnah.

    Wanita bermaruah tinggi yang sentiasa menjauhkan dirinya daripada menghampiri tempat-tempat maksiat atau bergaul dengan mereka yang rosak akhlaknya. Mereka juga tidak akan sesekali melakukan perkara yang memalukan dan hina di sisi islam seperti minum arak, bergaul tanpa batasan dengan lelaki asing dan bersikap kasar dengan orang lain.

    Wanita yamg paling mulia dan dihormati dalam keluarganya. Dengan sikap yang lemah lembut dan perwatalan yang sopan, wanita ini sangat dihormati oleh semua ahli keluarganya.

    Sebagai isteri, wanita ini sentiasa merendahkan diri ketika bersama suaminya walaupun si isteri berjawatan lebih tinggi daripada suami dalam kerjaya atau lebih kaya.

    Wanita terbaik bagi suami adalah isteri yang gemar berhias, bersolek dan memakai pakaian yang cantik ketika suami ada bersamanya.

    Isteri yang baik sentiasa menjaga pergaulannya dengan lelaki lain.

CIRI WANITA PALING JAHAT

    Wanita yang tidak mahu melahirkan anak sama ada kerana tidak suka menjaga mereka atau kerana mahu menjaga penampilan diri.

    Wanita yang mendekatkan dirinya di tempat-tempat maksiat dan bergaul dengan golongan yang keji dan ahli maksiat.

    Isteri yang menunjukkan keangkuhan dihadapan suaminya dan memandang rendah suami kerana taraf kedudukan dan status kewangan yang berbeza.

    Wanita yang sering dengki dan sakit hati terhadap orang lain. Malahan, sebagai isteri, wanita ini hanya berhias cantik apabila suaminya tiada dan untuk menjadi tontonan orang asing.

    Isteri yang degil dan tidak mendengar segala arahan suaminya. Ini bermakna, apabila bersama suami, isteri yang keji ini sering menghampakan permintaan suaminya untuk bersama.

    Wanita ini juga sangat pendendam sehingga tidak mahu memaafkan kesalahan suaminya.

Jika ingin tahu akhlak sebenar
Seseorang, lihatlah dia sewaktu
           Dia sangat marah.

Jika ingin melihat kehebatan
      Akhlaknya, lihatlah dia
Sewaktu dia berurusan dengan
   Orang yang mencerca dan
                Membencinya.

Jika ingin melihat keadilan
                  Mindanya,
         Dan kebaikan pula
               pemikirannya,
Lihatlah cara dia berbincang
Dengan pandangan berbeza
                   Dengannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience