Rate

BAB 10: DIA WALI MU                PUTERI  KU

Spiritual Completed 1790

Wali berperanan sebagai penasihat yang membantu anak perempuannya memilih pasangan hidup yang disukainya dan layak sebagai suami.

Aisyah r.a. menceritakan seorang gadis berkata kepada Nabi SAW, “Ayahku mahu menikahkanku dengan anak saudaranya agar dapat menaikkan kedudukannya melalui perkahwinanku, tetapi saya tidak menyukainya.”

Lalu Rasulullah SAW mengutuskan seseorang bagi memanggil ayah gadis itu. Setelah ayahnya tiba, Rasulullah menyerahkan keputusan perkahwinannya pada tangan gadis itu. Dia berkata, “Wahai Rasulullah! Saya bersetuju dengan pilihan ayahku. Tetapi saya hanya memberi tahu kepada wanita lain bahawa para bapa tidak memiliki keputusan mutlak dalam masalah ini.”

( Dikeluarkan oleh an-Nasai )

    Seorang wali tidak berhak memaksa wanita di bawah tanggungjawabnya untuk berkahwin tanpa persetujuan wanita itu.

    Seorang bapa bertanggungjawab mencarikan jodoh untuk anak perempuannya, tetapi mereka perlu mendapatkan persetujuannya dahulu.

    Seorang anak perempuan tidak sewajarnya membuat pilihan lelaki untuk dijadikan suami tanpa berbincang dengan ayahnya atau walinya.

    Keadaan wanita muda yang belum berkahwin dan tidak berpengalaman dalam rumah tangga, sukar memilih lelaki yang sesuai dijadikan pasangan hidup.

    Justeru, wali perlu memaikan peranan membantu anak gadis agar dapat memilih pasangan yang baik untuk dunia dan akhirat anaknya.

    Wali, sama ada bapa atau wali yang lain, berhak menerima atau menolak lamaran kepada anak gadis di bawah tanggungjawabnya.

   Islam menggariskan tatacara terhormat untuk seorang lelaki meminang wanita yang disukainya, iaitu dengan melamarnya melalui walinya. Ini bertentangan dengan amalan masyarakat moden yang melamar terus kepada gadis tersebut.

Abu Hurairah r.a. menceritakan, Rasulullah SAW mengingatkan:
    “Sekiranya seseorang yang kamu suka dengan agama dan akhlaknya masuk meminang, maka kahwinkan ia. Sekiranya tidak, pasti berlaku fitnah dan kerosakan yang besar di muka bumi ini.”

( Laporan at-Tirmizi )

    Rasulullah SAW memberikan panduan kepada para wali bagi menilai lelaki yang meminang anak gadis mereka, iaitu dengan menilai kemuliaan akhlaknya dan kepatuhannya mengikut tuntutan agama.

    Wali bertannggungjawab mencari jodoh yang baik kepada anak gadis mereka. Islam menggalakkan wali memilih menantu yang beriman untuk anak gadis mereka agar akhlak dan agama anak mereka terpelihara.

    Saranan kepada para wali agar tidak menerima atau menolak lamaran daripada lelaki. Sebaliknya, mereka sepatutnya melakukan risikan dan kajian terhadap latar belakang lelaki yang melamar.

    Anak gadis dan anak teruna yang baik dan terpuji akhlak dan agamanya perlu dimudahkan perkahwinan mereka bagi memelihara mereka daripada terjebak dalam maksiat akibat tidak mampu mengawal tuntutan nafsu yang tidak diurus dengan baik.

    Tindakan para wali yang melengahkan urusan jodoh anak gadis mereka menyebabkan kebejatan akhlak kepada golongan muda, lantaran tertekan dengan dorongan nafsu yang tidak diurus dengan betul.

    Gejala zina, pembuangan dan pembunuhan bayi luar nikah, pergaulan bebas dan knierosakan akhlak muda-mudi masa kini, adalah akibat daripada tindakan para wali yang lepas tangan terhadap jodoh anak-anak mereka.

      SAAT HATI BERKATA INGIN
  NAMUN ALLAH BERKATA TUNGGU, KITA MERANCANG,
ALLAH JUGA MERANCANG.
                  NAMUN,
        PERANCANGAN ALLAH
               LEBIH BAIK.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience