Rate

BAB 12: CIRI-CIRI UTAMA                CALON SUAMI                MENURUT PERSPEKTIF                ISLAM

Spiritual Completed 1790

1. Berilmu dan bertaqwa.
2. Bertanggungjawab supaya boleh memimpin keluarga.
3. Memiliki akhlak terpuji.
4. Memiliki atau memahami ilmu agama supaya boleh membimbing isteri dan anak-anak.
5. Tidak berpenyakit.
6. Rajin usaha.
7. Sekufu dan sesuai/ serasi mengikut pandangan islam dan pandangan masyarakat umum (kadang-kadang berbeza mengikut tempat/ zaman/keadaan masyarakat).

    Kebahagian yang dikecapi oleh manusia yang terbit dari hati nurani tidak dapat diluahkan jika dia hidup bersendirian tetapi harus di kongsi bersama pasangan masing-masing yang hak mengikut lunas-lunas peraturan tertentu.

    Sebab itulah Allah menjadikan makhluk-makhluk-Nya khususnya manusia dengan fitrah suka kepada ketenangan yakni sakinah dengan kehidupan beristeri dan seterusnya berkeluarga. Hidup berkeluarga ini pada dasarnya lebih berkat, tenteram dan teratur berbanding  hidup berseorangan, membujang atau menyendiri.

    Tuntutan perkahwinan bukan sekadar untuk melorongkan hawa nafsu mengikut batas. Yang ditetapkan syarak semata-mata, malah untuk mendamaikan kerunsingan yang melanda hati sanubari manusia.

     Lelaki memainkan peranan yang cukup penting sebagai ketua keluarga bagi membimbing isteri dan anak-anak. Jadi kepada wanita sekalian, perhatikan cara bagi memilih calon suami.

1. Kuat agama dan berakhlak mulia.
    > lelaki soleh adalah bakal ketua keluarga yang mampu mentadbir isteri, anak-anak dan rumah tangga dengan baik dan bertanggungjawab. Itulah asas penerimaan seorang lelaki sebagai menantu oleh keluarga pihak wanita.

2. Bukan keluarga terdekat.
    > tidak digalakkan bakal suami itu terdiri daripada kalangan keluarga terdekat kerana dibimbangi berkurangan keinginan syahwat dan kemesraan.

3. Bebas daripada penyakit berat.
    > seseorang lelaki mesti bebas daripada penyakit yang menghalangnya daripada perkahwinan  seperti gila, kusta, dan lemah syahwat serta lain-lain lagi.

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
    “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertaqwalah kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience