Rate

BAB 4: KEWAJIPAN WANITA             MENUTUP AURAT

Spiritual Completed 1790

Dari mata turun ke hati, pandang pertama menjadi cinta, teguran berhemah menyulam cinta, biarkan cinta susunan Illahi.
 
    Selalunya yang meniti di bibir ibu bapa adalah harapan agar anak gadis bertemu jodoh yang mampu membawa dan membimbing anak mereka ke jalan diredhai Allah SWT. Malah wanita yang menutup aurat adalah pilihan lelaki zaman kini.

    Allah SWT memerintahkan Rasul-Nya agar menyuruh kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan Baginda dan umumnya kepada perempuan-perempuan beriman agar mereka menutup aurat ke seluruh tubuh sehingga dapat dibezakan dengan perempuan-perempuan jahiliah dan hamba-hamba perempuan.

    Jilbab adalah sejenis pakaian yang ukurannya lebih labuh dari tudung. Jika sekarang jilbab adalah sejenis pakaian seperti jubah.

           Firman Allah SWT yang bermaksud:
           ….Yang demikian itu agar mereka lebih
           mudah dikenali….

    Yakni, apabila mereka melaksanakan memakai jilbab atau bertudung, maka akan mudah dikenali bahawa mereka itu adalah perempuan merdeka ( yang dihormati )  bukan hamba perempuan juga bukan perempuan pelacur.

    As Sudi mengatakan mengenai ayat yang bermaksud:

    “Wahai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka menutup jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu agar mereka lebih mudah untuk dikenali, sehingga mereka tidak di ganggu.”

    Dahulu kebiasaannya orang-orang fasik di kota madinah suka keluar pada waktu malam, ketika hari mulai gelap, menuju ke jalan kota Madinah, dengan niat melihat-lihat perempuan. Kerana ketika waktu malam tiba, kebiasaan perempuan-perempuan itu keluar menuju ke jalan-jalan untuk melepaskan hajat ( buang air ). Para lelaki fasik itu mempunyai keinginan buruk kepada para perempuan. Apabila mereka melihat perempuan berjilbab maka mereka berkata, “Ini perempuan terhormat, tahanlah diri kamu.” Tetapi apabila mereka melihat perempuan tidak berjilbab, maka mereka berkata, “Ini hamba perempuan.” Maka mereka segera menghampirinya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
  …. Dan Allah Maha Pengampun, Maha
              Penyayang….

    Yakni, dari kelakuan mereka dahulu pada zaman jahiliah, ketika ilmunya belum ada pada mereka.

Perintah Menutup Aurat Diturunkan

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
    “Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya; lelaki yang tangan mereka menggaggam cambuk mirip ekor sapi untuk memukul sekelompok manusia dan wanita berpakaian, namun terlanjang dan berjalan berlenggang lenggok dan kepalanya bergoyang-goyang seperti punuk unta.
    “Mereka tidak masuk syuga dan tidak pula mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu boleh dihidu dari jarak sekian dan sekian ( jarak yang sangat jauh).”

-Riwayat Muslim, Baihaqi dan Ibn Hibban

    Apabila seorang lelaki terpikat dengan seorang wanita kerana kecantikan tubuh badan, si gadis itu perlu bertanya bagaimana perasaan lelaki terbabit terhadapnya apabila suatu hari nanti dia tidak lagi `bergetah’.

    Kecantikan fizikal bukan untuk selama-lamanya dan kita tidak pernah tahu selama mana ia akan bertahan. Sebelum berkahwin, lemak belum timbul, kulit masih tegang dan licin.

    Keadaan fizikal seseorang akan berubah selari dengan lanjutnya usia. Itu adalah fitrah kejadian manusia. Tiada seorang manusia biasa pun yang dari zaman muda hingga ketuanya tidak mempunyai perubahan fizikal.

    Jika tujuan utama seorang lelaki mengahwini seorang wanita adalah kerana fizikalnya, pada usia 40-an dan kulit wajah semakin kendur, adakah cinta lelaki terbabit masih segar?
  
    Pada usia 40-an di mana tahap ekonomi peribadi kebanyakan lelaki sudah kukuh, mereka boleh mencari gadis berusia 20-an yang fizikalnya masih sempurna. Di mana akhirnya cara berfikir sebegini? Tentu sekali tiada akhirnya kerana mati sahaja penamat nafsu.

    Gadis hari ini pula suka berpakaian ketat dan sendat dengan alasan seperti `pakaian sebegini membuatkan saya kelihatan cantik’ , hakikatnya, lelaki menoleh kearah mereka bukan kerana mereka cantik berpakaian sedemikian, tetapi kerana gejolak nafsu.

    Allah SWT menjadikan fitrah lelaki untuk tertarik dengan tubuh wanita, terutama bahagian tertentu. Ia adalah sebab untuk mendapatkan zuriat yang akan menyambung keturunan.

Rasulullah SAW bersabda mafhumya:
    “Telah ditetapkan atas setiap anak Adam bahagian daripada zina. Zina mata adalah pandangan. Zina mulut adalah ucapannya, zina telinga adalah mendengarkannya, zina tangan adalah memegangnya dan zina kaki adalah melangkah menemuinya. Nafsunya berharap dan berselera, kemaluannya membenarkan atau mendustakannya.”

-Hadis riwayat Ibn Majah

    Salah satu persepsi sesetengah ahli masyarakat adalah bertudung bererti menutup aurat sedangkan kriteria menutup aurat lebih daripada sekadar bertudung.

    Ada yang bertudung, tetapi singkat sehingga bahagian dada masih terdedah. Ada pula yang bertudung, tetapi berpakaian jarang sehingga menampakkan warna kulit.

    Lebih mudah jika gadis mengubah diri mereka sendiri berbanding mengubah teman lelaki, tunang atau bakal suami.

    Allah SWT menurunkan perintah menutup aurat kerana sebagai Pencipta, Dia lebih mengetahui sifat hamba-Nya. Dia tahu kelemahan hamba-Nya iaitu wanita suka kepada perhatian dan kelemahan lelaki adalah wanita.

    Justeru, Allah SWT menguji kesabaran hamba-Nya dalam mentaati perintah-Nya dengan wanita disuruh menutup aurat. Perintah menutup aurat bertentangan dengan hawa nafsu wanita yang suka akan perhatian lelaki. Perintah menundukkan pandangan pula bertentangan dengan hawa nafsu lelaki yang sememangnya tertarik dengan tubuh badan wanita.

    Atas kesabaran inilah kita sebagai seorang muslim diganjari dengan pahala dan di balas di akhirat kelak.

Allah SWT berfirman, maksudnya:
    “Wahai golongan yang beriman, mohonlah pertolongan dengan kesabaran dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.”

-Surah al-Baqarah, ayat 153

                    

Daripada Aisyah r.a. dia berkata:
Bahawa Asma Binti Abu Bakar r.a. masuk  menemui Rasulullah SAW dengan memakai kain yang jarang, maka Rasulullah SAW memalingkan muka daripadanya. Baginda bersabda “Wahai Asma, sesungguhnya seorang wanita jika telah baligh tidak boleh terlihat darinya kecuali ini dan ini.” Baginda menunujukkan wajah dan kedua telapak tangannya.
-Hadis riwayat Abu Daut

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience