Rate

BAB 2: KELEBIHAN MENIKAH             WANITA DARIPADA             KETURUNAN YANG             BAIK DAN SUBUR   

Spiritual Completed 1790

Kategori Wanita Yang Layak Dijadikan Pasangan

   Wanita yang berasal daripada keturunan yang mulia dan dihormati. Ini kerana, anak-anak akan terpengaruh dengan ahli keluarga lain dalam pergaulan mereka setiap hari. Keluarga yang baik, membantu membentuk anak-anak menjadi baik dan mulia.

   Memilih wanita muda dan masih dara kerana, wanita muda belum terpengaruh dengan percakapan yang jahat dan kotor. Isteri yang bercakap lemah lembut dan manja adalah anugerah kepada suaminya.

   Rahim wanita yang masih dara, masih bersih dan tidak pernah mengandung. Ini memberikan peluang untuk mendapat anak yang lebih sihat dan bijak.

   Wanita muda lebih redha dengan harta yang sedikit. Lazimnya bagi mana-mana pasangan yang baru berkahwin mengalami masalah kewangan kerana masih baru bekerja dengan gaji yang tidak seberapa. Isteri yang muda lebih mudah memahami keadaan ini. Berbeza dengan isteri berusia yang mungkin menuntut pelbagai kemewahan. Begitu juga dengan wanita janda yang pernah menikmati kehidupan yang lebih baik bersama suami terdahulu.

   Memilih wanita yang subur  dan mampu melahirkan anak, yang ramai. Kesuburan seorang wanita mungkin boleh dilihat berdasarkan jumlah ahli keluarganya. Rasulullah SAW mengalakkan umatnya melahirkan anak-anak yang ramai kerana Baginda berbangga dengan umat yang ramai.

Rasulullah SAW bersabda:

   “Nikahi wanita yang mulia keturunannya, kerana anak itu mengikut keluarga isteri. Nikahi wanita yang masih gadis, kerana mereka lebih menarik perkataannya, lebih bersih rahimnya dan lebih redha dengan harta yang sedikit. Nikahi wanita yang subur dan penuh kasih sayang, kerana saya bangga dengan jumlah kalian yang ramai. Jangan kalian menjadi seperti pendeta Nasrani yang menahan diri daripada berkahwin.”

( Laporan as-Suyuthi dalam al-Jami’ as-Shaghir )

Kecaman Terhadap Perbuatan Tidak Mahu Berkahwin

   Rasulullah SAW membenci umatnya yang memilih untuk tidak berkahwin walaupun mempunyai kemampuan.

   Islam tidak pernah menuntut umatnya agar menjadi seperti rahib Kristian atau sami Buddha yang menahan diri daripada berkahwin.

   Berkahwin adalah sunnah Rasulullah SAW, maka siapa yang bercanggah dengan sunnah Baginda, dia bukan sebahagian daripada umatnya.

Rasulullah SAW menggalakkan
    umatnya agar berkahwin
  Sebagaimana Baginda sendiri
            melakukannya.
       Menolak perkahwinan,
      bererti menolak sunnah 
             Rasulullah SAW
          dan fitrah manusia
     yang saling memerlukan
    antara lelaki dan perempuan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience