Rate

BAB 1 PANDUAN MEMILIH PASANGAN

Spiritual Completed 1790

Kebiasaan lelaki akan memilih isteri akan melihat kepada empat perkara. Iaitu:
    >Harta kekayaan yang di miliki wanita, kerana dengan
      hartanya lelaki harap dapat menumpang atau
      meringankan beban kewangannya.
   >Status sosial keluarga dan keturunan wanita itu, kerana
     perkahwinan dengan wanita yang berdarjat diharapkan
     dapat menaikkan darjat lelaki itu.
   >Kecantikan wanita, agar lelaki dapat berbangga
     memiliki isteri yang cantik dan menjadi rebutan ramai.
   >Ketaatan wanita dalam mengamalkan agama islam,
     kerana wanita yang solehah sahaja yang dapat
     menyempurnakan agama seorang lelaki.

Abu Hurairah r.a. menceritakan, Rasulullah SAW bersabda:

   “ Wanita itu dinikahi kerana empat perkara; iaitu kerana hartannya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Hendaklah anda memilih wanita yang beragama, pasti anda memilih wanita yang beragama, pasti anda akan beruntung.”

( Laporan al-Bukhari )

   Lelaki juga perlu berhati-hati dalam memilih wanita yang mahu dijadikan isteri. Sewajarnya, isu mencari pasangan ini dilakukan dengan teliti dan mendapat pandangan dan nasihat daripada orang yang lebih dewasa dan berpengalaman dalam ilmu rumah tangga.

   Walau pun hadis ini ditujukan kepada lelaki, tetapi wanita juga berhak memilih  dan menentukan pasangan yang akan hidup bersama dengannya. Sudah tentu mendapat suami yang beragama adalah keutamaan seorang wanita  bagi sama-sama memelihara agama mereka.

       
  Rasulullah SAW menggalakka Umatnya mengahwini wanita
        Yang masih dara terutamanya sekiranya ia
    adalah perkahwinan yang
                  pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience