Rate

BAB 6: PERKAHWINAN DI USIA              MUDA

Spiritual Completed 1790

Rasulullah SAW menggalakkan orang muda agar segera berkahwin dan tidak menunggu sehingga lanjut usia. Orang muda lebih perlu disegerakan berkahwin kerana mereka memiliki kesihatan yang baik dan keinginan seksual yang tinggi.

    Saranan Rasulullah SAW ini bercanggah dengan budaya masyarakat islam kini yang menghalang anak-anak mereka berkahwin, atas alasan terlalu muda atau kerana mahu menyambung pelajaran dan membina kerjaya.

    Dalam masyarakat yang terlalu terdedah dengan unsur-unsur zina melalui media, perkahwinan boleh menjadi penyelesaian berkesan kepada masalah penzinaan dalam kalangan orang muda

Abdullah bin Mas’ud r.a. menceritakan, dia bersama para pemuda bersama dengan Rasulullah SAW, sedang mereka tidak berharta. Lalu baginda bersabda:
    “ Wahai sekalian manusia! Siapa di antara kamu yang berkemampuan hendaklah dia berkahwin, kerana ia dapat menjaga pandangan mata dan memelihara kemaluan. Sekiranya tidak mampu, hendaklah kamu berpuasa kerana puasa itu adalah penawar.”
( Laporan Bukhari )

Memenuhi Kemampuan Untuk Berkahwin
    
     1. Kemampuan Seksual
     2. Kemampuan Material

1. Kemampuan Seksual

    Kemampuan seksual adalah kemampuan yang perlu ada kepada pemuda yang mahu berkahwin. Kemampuan ini perlu bagi memenuhi tuntutan berkahwin itu sendiri dan melengkapi keperluan pasangan.

    Kelemahan seorang lelaki daripada menunaikan tanggungjawab seksual terhadap pasangan, menyebabkan dia tidak dibenarkan berkahwin kerana diyakini tidak dapat menunaikan keperluan pasangan dengan sempurna.

    Suami yang mengalami masalah seksual perlu mendapatkan rawatan bagi memulihkannya demi menunaikan keperluan pasangan.

    Seorang wanita yang dinikahi oleh lelaki yang tidak mampu memenuhi keperluan biologinya, berhak menuntut fasakh sekiranya keadaan lelaki tersebut disembunyikan daripadanya sebelum perkahwinan.

    Begitu juga, lelaki yang mempunyai kecenderungan seksual songsang hingga tidak berminat terhadap wanita, tidak dibenarkan berkahwin. Ini kerana, lelaki seperti ini tidak mempunyai kemampuan memenuhi tanggungjawabnya sebagai suami dari segi seksual hingga membawa kepada penganiayaan terhadap isteri.

2. Kemampuan Material

    Perkahwinan adalah urusan dunia yang memerlukan belanja bagi menjayakannya. Pemuda yang mempunyai kewangan yang cukup di galakkan  agar berkahwin bagi memelihara diri daripada maksiat dan zina.
 
    Berhutang dalam berkahwin dibenarkan dalam islam, selagi ia dilakukan tanpa membazir. Elakkan perkahwinan dengan meminjam daripada pihak yang tidak bertanggungjawab hingga mengancam nyawa dan keselamatan. Pinjaman peribadi (persenol loan) juga tidak digalakkan kerana riba yang dikenakan adalah haram dan terlalu tinggi.

    Kos hidup uang tinggi dan kesukaran mendapatkan pekerjaan yang baik menyebabkan ramai pemuda tidak dapat berkahwin pada usia muda. Justeru, ibu bapa boleh memberikan bantuan kewangan  kepada anak lelaki mereka untuk berkahwin.

8 Kelebihan Berkahwin Di Usia Muda

    1. Memenuhi keperluan semula jadi setiap manusia yang mahukan pasangan hidup bagi menjalani hidup bersama.

    2. Memelihara diri daripada mengikut keinginan syahwat yang membawa kepada maksiat dan zina.

    3. Menghalalkan hubungan dengan pasangan yang sah sebagai suami isteri.

    4. Menutup fitnah disebabkan gangguan rakan-rakan yang berminat untuk mendampingi.

    5. Memberikan ketenangan kepada hati dan perasaan kerana tidak perlu lagi melakukan dosa dengan berpacaran dengan pasangan.

    6. Membantu mendorang agar lebih fokus kepada pelajaran atau berusaha meningkatkan kerjaya yang baharu bermula demi kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak.

    7. Memudahkan untuk menyusun perancangan hidup lebih awal dan lebih kemas kerana memulakan perkahwinan dalam usia muda.

    8. Melahirkan individu yang bertanggungjawab dan matang kerana beban baru yang bertambah sebagai suami dan isteri, atau sebagai bapa dan ibu.

               Pesan Pada Hati,
    Tidak Semua Orang Sukakan Kita, Tidak Semua Orang Ikhlas
        Terhadap Kita, Dan tidak    Semua Orang Jujur Dengan Kita
                    Kerana…
      Manusia Sentiasa Berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience