Rate

BAB 11: SEKSAAN AZAB               API NERAKA               ( BAGI GOLONGAN                 WANITA )

Spiritual Completed 1790

Semasa Jibrail menerangkan kepada Rasulullah SAW siapa penghuni neraka ketujuh, Rasulullah jatuh pengsan di pangkuan Jibrail.

    Penghuni neraka ketujuh adalah untuk umat Muhammad yang belum sempat bertaubat sebelum mati. Sedangkan Rasulullah bertaubat 70 kali satu malam, walaupun Baginda memang sudah dijamin syurga.

Perlakuan Dan Seksaan

1. Bagi wanita yang tidak menutup aurat.
    > rambut perempuan itu digantung sementara kepalanya mendidih.

2. Bagi perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya.
    > lidahnya digantung, tangannya dimasukkan ke dalam mulut dan keluar melalui punggungnya, sementara minyak panas dituang ke dalam kerongkongnya.

3. Bagi perempuan yang meninggalkan solat dan puasa walhal dia tidak keuzuran. Dia tidak berwuduk dan tidak mandi junub serta tidak mandi nifas. Dia sering keluar rumah tanpa izin suami.
    > diikat dua kaki dan tangannaya di ubun-ubun sementara tubuhnya dibelit oleh ular dan kala jengking.

4. Bagi perempuan yang suka berhias bagi dilihat lelaki lain, manakala mulutnya suka menceritakan aib orang lain.
    > memakan daging tubuhnya sendiri, manakala dibawahnya ada api yang menyala.

5. Bagi perempuan yang suka memasyurkan diri sendiri supaya orang melihat perhiasannya.
    > memotong badannya sendiri dengan gunting yang diperbuat dari api.

6. Bagi perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Termasuklah menyusukan anak luar nikah yang dipalsukan sebagai anak suaminya.
     > digantung buah dadanya, sementara air pokok zakum yang berbisa dituang ke dalam keronkongnya.

7. Bagi perempuan yang suka marah kepada suaminya dan suka menfitnah orang lain.
    > rupanya berbentuk anjing. Sementara itu,  beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulut dan keluar melalui dubur mereka.

    Kerana itulah Rasulullah SAW jatuh pengsan  apabila malaikat Jibrail menerangkan perihal neraka ke tujuh. Betapa sayangnya Rasulullah kepada umatnya, hingga Baginda tidak sanggup mendengar perkhabaran umatnya akan diseksa sebegitu dahsyat.

              Sehitam manapun
           Sejarah hidup kita,
         Selagi kita bernyawa,
          Kita tetap berpeluang
            Menjadi ahli syurga .
    Jangan pernah berputus asa
                 Untuk berubah
        Dan mencari keampunan
               Yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience