Rate

BAB 5: RISIKO MENIKAHI             WANITA KERANA                KECANTIKAN                 DAN HARTA

Spiritual Completed 1790

Abdullah Bin Amr r.a. melaporkan, Rasulullah SAW bersabda:
    “Jangan kamu menikahi  wanita kerana kecantikannya, kerana mungkin kecantikan itu membawa kebinasaan kepada mereka. Jangan kamu menikahi wanita kerana hartanya, kerana mungkin hartanya itu menyebabkan dia derhaka. Sebaliknya, nikahi wanita kerana agamanya. Malah, seorang hamba perempuan yang hitam dan kudung tangannya tetapi berpegang kepada agama adalah lebih baik untuk dikahwini.”

( Laporan Ibn Majah )

    Ini kerana, memilih pasangan berdasarkan kecantikannya semata-mata hingga meninggalkan aspek lain yang lebih utama, iaitu melihat dari segi agama. Kecantikan seorang itu tidak akan kekal lama  dan akan hilang dimakan usia. Kecantikan juga boleh mengundang fitnah dan iri hati kerana kecantikannya menarik perhatian lelaki lain.

    Tidak memilih wanita berdasarkan kekayaan, kerana kekayaan yang dimiliki oleh isteri adalah haram bagi seorang suami untuk menggunakannya sesuka hati. Kewajipan mencari nafkah keluarga tetap berada pada tangan suami sepenuhnya, walau pun isteri mempunyai pekerjaan dan harta.

    Wanita yang berharta mungkin sukar mendengar nasihat dan teguran daripada suami yang berjawatan lebih rendah atau lebih miskin daripadanya.

    Rasulullah SAW menyarankan kepada lelaki agar memilih isteri yang taat beragama dan solehah. Isteri yang solehah menjadi teman terbaik kepada suami dalam ketaatan kepada Allah SWT dan berkongsi suka duka kehidupan di dunia.

    Wanita yang beragama lebih baik dan layak dijadikan isteri walau pun dia adalah seorang miskin dan tidak berperwatakan menarik. Akhlak sempurna seorang isteri adalah kecantikan yang tidak berkekalan.

    Sekiranya terdapat beberapa orang calon isteri yang solehah, seorang lelaki boleh memilih yang paling cantik di antara mereka atau yang paling berharta.

           TIADA benda di dunia
                   Kekal cantik,
         lambat-laun semuanya
             akan dimakan usia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience