Rate

BAB 15: CINTA DALAM ISLAM                ( ISTIMEWA BUAT                 REMAJA )

Spiritual Completed 1790

Islam memandang cinta seperti iman, kerana mencintai adalah sebahagian dari sifat orang yang beriman. Cinta adalah iman, maka harus diungkapkan dengan lisan, diyakini di hati dan dibuktikan dengan tindakan.

    Mengucap cinta pada orang yang kita cintai itu sunnah, kerana Rasulullah menganjurkannya. Namun ada aturannya. Pengucapan cinta ditujukan kepada yang sudah halal. Kepada orang tua misalnya, tentunya kerana Allah.

    Islam sangat menjaga kesucian cinta sehingga tidak ada pacaran sebelum menikah. Maka jangan kotori diri kamu dengan cinta yang tidak halal bagi kamu. Tidak perlu pacaran,  kerana jodoh sudah diatur, yang penting kita menata diri menjadi orang yang baik, insya-Allah jodoh kita pasti baik.

    Cinta dalam islam berhulukan iman, bermuarakan taqwa, yang mengalir ketulusan dan kejujuran  yang berpegang pada kesetiaan dari sejuta pengorbanan. Cinta bukan dorongan nafsu semata-mata akan tetapi datangnya dari iman di dalam hati yang mengedepankan akhlak mulia dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

    Cinta atas dasar nafsu tidak mendatangkan kebahagiaan dan ketenteraman di jiwa, kecuali kesengsaraan dan kehinaan yang berpanjangan. Mencintai seseorang kerana ketaqwaan kita pada Allah adalah sebenar-benarnya cinta. Disinilah letaknya kebahagiaan dalam cinta.

    Hakikat cinta adalah pemberian seutuhnya diri kamu pada pasangan kamu, maka tidak ada yang perlu disembunyikan. Jika telah menikah. Milik kamu adalah milik pasangan kamu. Jika seorang lelaki mencintai seorang wanita maka melamarnya untuk dijadikan isteri adalah bentuk pembuktian cinta.

    Berpacaran itu akan hanya menyakiti wanita dan akan mendatangkan kemaksiatan yang lebih besar dan akhirnya wanita yang rugi. Jika menyukai, segeralah menikahi, jika belum mampu, cukuplah mencintai dalam diam. Ini kerana, untuk menjaga kesucian diri kamu dan kesucian dirinya. Jika kita tidak mampu memiliki orang yang kita cintai dalam diam, yakinlah bahawa Allah SWT telah mempersiapkan yang terbaik untuk kita.

    Ingatlah bahawa cinta sejati hanyalah milik Allah SWT. Cinta manusia hanya akan membuatkan kamu terluka, jadi cintailah manusia kerana Allah SWT. Cinta kerana Allah SWT adalah cinta yang akan membuatkan kamu semakin dekat dengan-Nya. Bersama-Nya kamu dapat merasakan manisnya iman. Carilah cinta kamu bersama-Nya agar kamu dapat memuliakan diri kamu dan kehormatan diri kamu.

    Cinta sejati yakni cinta yang dapat membawa kamu menuju ke tepian hakiki, iaitu syurga yang mengalir sungai-sungai. Sebesar apa pun cinta kita kepada Allah SWT, lebih besar cinta-Nya kepada kita. Maka jagalah kesucian cinta dengan mentaati aturan-Nya.

    Semoga kita semua adalah hamba-hamba yang mampu menjaga kesucian diri dengan menjunjung tinggi aturan cinta dalam islam.

           Jangan bercinta jika
                    tak setia,
    Jangan ucapkan sayang jika
                    terpaksa,
       Jangan merindui jika hati
                    dah benci,
        Jangan di pendam jika
                   dah jemu,
         Jangan dirahsia jika
              dah berpunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience