Rate

BAB 7: PERKAHWINAN KERANA             DUNIAWI SEMATA- MATA

Spiritual Completed 1790

Di zaman era ini, sering kali kita mendengar perkahwinan hanya atas pangkat, harta dan kedudukan. Ini kerana, mereka ingin menjaga kehormatan, harta dan pangkat.

Anas r.a. menyatakan Rasulullah SAW bersabda:
    “Siapa yang menikahi wanita kerana kedudukannya, Allah akan menghinanya. Siapa menikahi wanita kerana hartanya, Allah akan menjadikannya miskin. Siapa yang menikahi wanita kerana kedudukan keluarganya, Allah merendahkan kedudukannya. Siapa menikahi wanita semata-mata kerana mahu memelihara pandangan matanya, menjaga kemaluannya atau kerana mahu mengeratkan hubungan kerabat, Allah memberkatinya pada wanita itu, dan memberkati wanita itu pada dirinya.”

( Laporan at-Tobrani )

Kesan Terhadap Lelaki Yang Mengahwini Wanita Kerana Kepentingan Duniawi

1. Demi kedudukan dan kehormatan
   
    Lelaki yang mengahwini wanita yang terhormat pada mata masyarakat demi menumpang tuah atas kedudukan wanita itu, Allah menghukumnya dengan manjadikannya lebih hina.

    Islam menyarankan agar perkahwinan dijalankan antara dua pasangan berdasarkan kesesuaian mereka atau kufu.

    Suami yang berasal daripada keluarga biasa mungkin tidak dapat diterima baik oleh isteri dan keluarganya yang tergolong daripada golongan berada. Lalu, suami dihina dan dipandang rendah oleh mereka.

2. Demi harta dan kekayaan

    Lelaki yang menggunakan perkahwinan sebagai jalan mudah mendapat kekayaan isteri akan dihukum dengan menjadikannya miskin.

    Suami tidak berhak atas harta dan wang yang dimiliki isteri sama ada sebelum mereka berkahwin atau selepas mereka berkahwin.

    Menggunakan wang isteri tanpa kerelaannya adalah pencurian yang berdosa. Lelaki yang berharap dapat mengaut keuntungan daripada harta isteri melalui perkahwinan dan mengalami kekecewaan apabila Allah menimpa mereka dengan kemiskinan.

3. Demi pangkat dan kedudukan

    Lelaki yang menikahi wanita semata-mata kerana mahu menikmati kelebihan pangkat dan kedudukan tinggi keluarga wanita itu, akan kecewa, kerana Allah menjadikannya lebih rendah martabatnya.

    Isteri yang berasal daripada keluarga berada dan berjawatan tinggi tetapi tidak mengamalkan agama islam dengan baik, sukar ditegur dan dibentuk oleh suami yang berasal daripada keluarga biasa.

    Perbezaan darjat antara suami dengan isteri boleh menjadi halangan bagi mereka untuk mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah.

       “Bila masuk ke dalam kubur, kita tidak bawa duit lagi untuk belanja, nasi tidak akan di bawa untuk dimakan dan air tidak akan dibawa untuk diminum. Gelaran Dato’ , Tok Guru atau apa jenis sanjungan tidak akan dibawa. Pada masa itu, yang akan dicari ialah Nabi Muhammad SAW. Jumpakah kita dengan Nabi kalau di dunia kita melawan Baginda?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience