BAB 12

Romance Completed 14815

Guruh di langit mematikan lamunan Bik Suharti. Dia kembali tersedar. Diraba matanya, terasa basah. Tidak mustahil dia menangis kerana terkenangkan peristiwa itu. Saat itu dia sebenarnya saksi yang seharusnya membela Mona yang tidak bersalah. Tapi kerana ugutan dari Datin Sofia, dia tidak berani membuka mulut. Dia sayangkan anak-anaknya walaupun tiada di sisi mereka. Oleh itu sebagai membalas jasa Mona yang rela berkorban, Balqis dijaga dengan penuh kasih sayang.

Melihat Balqis yang membenci Mona sejak peristiwa itu, mengundang rasa bersalah Bik Suharti terhadap Mona. Keadaan harus diperbetulkan. Mona tidak bersalah. Mona wanita yang dianiayai ibu mertuanya sendiri. Dia harus membongkarkan rahsia itu.

Setelah itu dia akan pulang ke Indonesia dan mencari anak-anaknya. Tidak mungkin Datin Sofia dapat menjejakinya di Indonesia kerana anak-anaknya telah dewasa dan mustahil untuk wanita itu dapat mengenali wajah anak-anaknya. Kali ini dia akan pulang untuk melindungi anak-anaknya.

Malam itu, dengan hanya bersuluhkan sebatang lilin, Bik Suharti mengarang sesuatu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience