BAB 13

Romance Completed 14815

"Puan, bisa enggak bibik yang menyediakan sarapan untuk pagi ini?" hari itu bakal menjadi hari terakhir dia di situ.

Bik Suharti ingin menyediakan sarapan buat keluarga itu. Sarapan terakhir yang akan dibuatnya setelah hampir 10 tahun tugas menyediakan sarapan diambil alih oleh Raina. Raina tergelak kecil dengan permintaan Bik Suharti yang dianggap lucu.

"kenapa ni bik, Biar saya tolong bibik ya?"

"Ngak usah,Puan! Bibik bisa ngerjain semuanya. Puan duduk saja di meja bersama Tuan.."

Beria-ia Bik Suharti menghalangnya. Berkerut kening Raina kehairanan. Namun dia mengalah jua dan membenarkan Bik Suharti menyediakan sarapan mereka pagi itu.

"Kenapa?"

Soal Syafiq kehairanan melihat Raina datang dengan wajah yang sukar diduga.

"Bibik... beria-ia dia nak buat sarapan. Tak bagi Raina tolong pula tu!" rungut Raina sambil duduk di kerusi berhadapan Syafiq.

Syafiq tersengih. Baginya tiada apa yang pelik. Apa salahnya Bik Suharti mahu membuat sarapan sekali sekala.

"Balqis dengan Elisa tak bangun lagi?"

Soal Syafiq menukar topik. Raina menoleh ke arah pintu bilik yang masih tertutup. Seperti biasa, dia yang akan mengejutkan puteri-puterinya.

"Balqis pun lambat, biasanya dia yang paling awal!"

Raina mengomel sendiri. Pagi itu mereka bersarapan dengan makanan yang dimasak Bik Suharti. Bihun goreng udang dengan sambal ikan bilis. Berselera Balqis dengan sarapan hasil air tangan bibik kesayangannya. Tersenyum Bik Suharti melihat Balqis begitu berselera dengan masakannya.

"Wah! Hebat bibik masak!"

Puji Elisa. Balqis mengangguk setuju. Begitu juga Syafiq dan Raina. Mereka terus menjamu selera. Seronok Bik Suharti melihat keluarga itu begitu berselera menjamu hidangannya. Anak matanya terhenti pada wajah Syafiq. Tuan Besar itu masih tampan dan segak seperti berbelas tahun lalu ketika dia mula-mula berkhidmat di rumah itu.

Sepadan benar dengan kecantikan Mona. Entah bagaiman rupa Mona sekarang, masih bernyawa lagikah wanita itu di muka bumi ini? Syafiq tidak bersalah kerana dia turut terperdaya dengan rancangan ibunya sendiri. Bik Suharti tunduk merenung lantai.

"Bik tak makan?"

Soal Balqis mesra sambil menolak pinggan yang sudah kosong. Kenyang dia dua kali bertambah. Kedengaran Elisa bersendawa. Tergelak Raina dan Syafiq dengan tingkah anak bongsu itu.

"Tak apa, bibik makan nanti saja" balas Bik Suharti sambil tersenyum puas melihat pinggan Balqis yang sudah kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience