BAB 4

Romance Completed 14815

"Mama nak Syafiq kahwin dengan Raina secepat mungkin"

Runsing Syafiq mendengar ayat yang sama berulang kali. Sejak akhir-akhir ini Datin Sofia tidak jemu-jemu menyuruhnya berkahwin dengan gadis pilihan ibunya itu. Kalau ikutkan hati, dia sebenarnya masih belum dapat melupakan Mona. Tetapi mengenang Mona yang telah berlaku curang mengundang benci di dalam hati. Masih terbayang di kepalanya ketika melihat Mona bersama lelaki di dalam rumahnya beberapa bulan yang lalu. Bencinya membuak-buak terhadap Mona. Kalau tak kerana Mona yang berjasa melahirkan puterinya, Mona sudah ditembak mati. Hanya mengenangkan Balqis dia berhasil mengawal perasaannya.

"Syafiq!"

Tamparan Datin Sofia di bahunya mematikan lamunannya. Datin Sofia merenungnya tajam. Ibunya itu mengalah nenek sihir lagi bila merenung orang. Macam hendak ditelannya.

"Ma... nantilah Fiq fikirkan!"

Malas dia hendak memikirkan hal itu. Dia rela membujang daripada ditipu oleh seorang isteri. Serik rasanya bila ditipu oleh seorang yang paling dicintainya.

"Fiq! Bukan semua perempuan macam Mona!"

Bentak Datin Sofia. Dia kurang berpuas hati dengan respon yang diberikan oleh Syafiq. Ada saja helahnya hendak lari dari berkahwin dengan gadis pilihannya. Baginya Raina gadis yang paling layak menjadi menantunya. Kalau tak kerana Mona hadir dalam hidup Syafiq suatu ketika dahulu, sudah lama Raina menjadi isteri Syafiq. Ini semua gara-gara perempuan tak guna tu! Marahnya dalam hati.

"Fiq, Balqis masih kecil... dia perlukan seorang ibu. Fiq kena cepat-cepat kahwin dengan Raina supaya Balqis dapat lupakan perempuan tak guna tu!" spontan meja dihentak.

Terkejut Syafiq dengan sikap ibunya yang tiba-tiba itu.

"Kenapa Raina?"

Mengenangkan Raina yang mengada-ngada, manja dan suka bergaya, Syafiq tidak yakin Raina dapat menjadi ibu yang baik kepada Balqis. Suruh buat air teh pun tidak reti bagaimana hendak membuat milo untuk Balqis. Anaknya itu gemar minum Milo.

"Bodohnya soalan kau ni Syafiq, dia yang paling layak dengan kamu! Bukan perempuan miskin yang tak ada asal-usul tu!"

benci benar Datin Sofia pada Mona sehingga sanggup mengungkit kisah asal usul Mona.

Syafiq terkedu. Dia teringat beberapa tahun dahulu ketika dia membawa Mona untuk dikenalkan kepada Datin Sofia, bukan main marah lagi Datin Sofia. Ketika itu persiapan untuk meminang Raina sudah disediakan tetapi segalanya musnah dengan kehadiran Mona. Kini Raina masih mahu menjadi suri dalam hidupnya walaupun dia pernah melukakan hati gadis itu suatu ketika dahulu. Mungkin ini balasan untuknya kerana tidak mendengar kata ibunya dahulu.

"Baiklah, mama buatlah semua persiapan. Syafiq ikut saja."

Demi menebus kesilapan lalu, akhirnya dia bersetuju. Mungkin Raina boleh dibentuk. Sifat mengada-ngadanya itu mungkin datang kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarga yang mewah, jadi semua kemahuannya diturutkan ibu bapanya.

"betul?"

Bukan main lebar lagi senyuman Datin Sofia mendengar jawapan itu. Puas hatinya. Tidak sia-sia penantiannya selama ini. Syafiq mengangguk perlahan tanpa merenung ke wajah ibunya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience