BAB 6

Romance Completed 14815

"Kalau dari dulu kau dengar cakap mama, kan dah bahagia macam sekarang!"

Ucap Datin Sofia. Syafiq di sebelah tidak bersuara. Asyik dengan laptopnya untuk urusan di syarikat. Datuk Halim yang baru muncul duduk di sofa berhadapan Datin Sofia. Bik Suharti datang menatang 3 cawan kopi dan dihidangkan setiap satunya.

"Bik, mana Balqis?" Soal Syafiq.

"Di kamarnya,tuan" Jawab Bik Suharti.

"Puan Raina?" Soal Syafiq lagi.

"Dia juga di kamar Balqis, sedang membacakan buku untuk Balqis" jawab Bik Suharti lagi kemudian berlalu setelah Syafiq mengangguk.

"Rapat betul Balqis dengan Raina."

Suka benar Datin Sofia melihat Balqis yang dapat menerima Raina sebagai pengganti kepada menantu yang tidak disukainya itu. Syafiq dan Datuk Halim sekadar berbalas senyuman.

"kau dengan Raina pun jangan tunggu lama-lama... Balqis nak adik!"

Tambah Datin Sofia lagi. Syafiq berhenti menaip. Bulat matanya merenung Datin Sofia dan Datuk Halim yang tersenyum-senyum. Dia masih belum terfikir sejauh itu. Baginya berkahwin dengan Raina bukan untuk mendapatkan anak tetapi untuk memberikan ibu kepada anaknya.

"Ayah pun sokong."

Datuk Halim membela isterinya sambil ketawa. Syafiq diam. Malas dia hendak berkata apa-apa. Dia kembali meneruskan kerjanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience