BAB 2

Romance Completed 14815

Seawal jam 7 pagi, selepas menunaikan solat Subuh Mona menuju ke bilik Bik Suharti, pembantu rumahnya yang telah berkerja dengannya hampir 4 tahun sejak awal kelahiran puterinya Balqis.

"Bik, Mona tuliskan surat ni untuk Balqis. Balqis tak kan faham situasi Mona sekarang. Bila Balqis berusia 18 tahun nanti, Bik tolong bagikan surat ni pada dia, ya?"

Air mata keibunya mengalir lagi. Mona memeluk Bik Suharti erat. Bik Suharti sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Bik Suharti turut merasakan kesedihan Mona. Dia turut sama mengalirkan air mata. Dia ingin membantu tapi apakan daya, dia hanya seorang pembantu rumah yang tidak berkuasa. Kelak dirinya juga yang akan merana.

"Bik, tolong jaga Balqis baik-baik. Sayangi dia sepenuhnya. Mona tak dapat bagi kasih sayang untuk dia lagi."

Mona terus merintih. Terhenjut-henjut bahunya menahan esakan. Air matanya terus mengalir. Bik Suharti semakin erat dipeluknya.

"Jangan risau bu, Balqis akan saya jaga sebaiknya seperti puteri saya sendiri!" dia menyakinkan Mona.

Mona mengangguk. Dia percayakan Bik Suharti. Dia berharap perpisahan ini bukan untuk selamanya. Suatu hari nanti dia berharap dapat bertemu puterinya semula.

Perlahan-lahan Mona menghayunkan kaki meninggalkan perkarangan banglo itu. Setelah 5 Tahun dia menginap di situ sebagai isteri Syafiq, kini segala-galanya telah berakhir. Belum pun 10 langkah dia pergi, dia sudah merindui Balqis. Tapi apakan daya, dia tidak boleh berpatah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience