BAB 5

Romance Completed 14815

Kini Raina sah menjadi isteri Syafiq. Pada awalnya Balqis seperti tidak mahu menerima kehadiran Raina sebagai pengganti mamanya tetapi Raina pandai mengambil hati kanak-kanak itu dengan membawanya berjalan-jalan di shopping complex dan membelikan permainan serta baju-baju yang cantik, sejak itu hubungan mereka menjadi rapat. Malah Balqis nampak lebih bahagia berada di samping Raina berbanding papanya. Syafiq turut lega melihat anaknya itu tidak lagi menangis setiap masa dan sudah kembali selera makan.

"auntie, Balqis nak tu..." jari kecilnya menuding pada board yang tergantung di sebuah booth ice cream atau lebih dikenali dengan New Zealand booth ice cream. Cita rasa mereka sama. Pure ice cream yang diimport dari New Zealand itu juga merupakan kegemaran Raina.

"Yang ini?"

Raina menunjukkan satu corak ais krim di dalam menu. Balqis mengangguk laju.

"rocky road dua ya?"

Raina membuat pesanan. Pekerja China itu mengangguk dan tersenyum pada si comel Balqis.

"Sedap?"

Soal Raina. Balqis mengangguk . Asyik benar Balqis dengan ais krimnya. Habis comot wajah kecil itu dengan krim ais yang melekat di sekeliling mulutnya. Raina meraba-raba tisu di dalam tas tangannya. Mulut Balqis dilapnya. Perasaan sayangnya terhadap anak tirinya itu semakin hari semakin dalam. Balqis sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Sejak menjadi ibu kepada Balqis, dia lebih matang dari sebelumnya. Sudah pandai berjinak-jinak dengan sudip dan kuali. Walaupun ada pembantu, dia lebih gemar memikat hati suaminya dengan masakannya sendiri.

"Sayang, auntie nak minta sesuatu boleh?"

"minta apa?" Balqis angguk.

"nak minta Balqis panggil auntie... Mama, boleh?"

"Hurm...boleh...mama..." perlahan saja suara itu kedengaran.

Raina tersenyum senang. Balqis tersenyum manja. Akhirnya dia dipeluk Raina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience