BAB 1

Romance Completed 14815

"Taknak! Taknak! Nak ikut! Nak Ikut! Ma... Balqis nak ikut mama..."

Air mata si comel itu masih lagi mengalir di pipinya. Airmatanya disekah lembut. Rambutnya agak kusut masai akibat tidak mahu disikat dan diadun ibunya. Apa yang dia mahukan adalah mengikut Mona keluar dari rumah itu. Sedih benar dia mahu ditinggalkan ibunya. Kelat senyuman Mona. Tidak tahu bagaimana lagi harus dipujuk anak kecil itu. Balqis masih terlalu kecil untuk memahami situasi itu yang berlaku saat ini.

"Janganlah macamni ya sayang, mama pergi kejap saja.... mama janji mama pulang cepat,ya?"

Mona terus memujuk. Balqis menggeleng laju.

"Balqis nak ikut mama!" teriaknya.

Mona resah. Buntu dia bila Balqis memberontak sedemikian. Selama ini anak perempuannya itu tidak banyak ragam, ikut saja perintahnya walaupun baru berusia 4 tahun, tapi malam itu lain pula tingkahnya. Mungkin itulah yang dikatakan naluri kanak-kanak. Beg pakaiannya diletak di satu sudut. Mona menghampiri Syafiq yang sejak tadi menjadi pemerhati dari ruang tamu.

"i merayu pada you, izinkan i tidur di sini untuk malam ni saja bersama Balqis, awal pagi esok sebelum Balqis bangun i janji akan keluar..." perlahan saja nada suaranya agar tidak didengari Balqis yang masih teresak-esak di sisi sofa. Syafiq menoleh pada Balqis, simpati dia juga melihat anak kecilnya menangis begitu.

"Baik, tapi awal pagi esok i tak nak tengok muka you ada dalam rumah ni!" dengan angkuh Syafiq berdiri dan berjalan menuju ke biliknya di tingkat atas. Mona senyum merenung Balqis. Tuhan sahaja yang tahu betapa sedihnya dia sebagai seorang ibu yang terpaksa meninggalkan puterinya. Mona menghampiri Balqis. Dipeluk anak itu dan didukungnya.

"okey sayang, mama tak tinggalkan Balqis..." dia mengesat air mata sang puteri yang masih bersisa di kelopak mata. Balqis senyum dan memeluk Mona.

"mama promise?"

"mama...err, mari tidur sayang, mama bacakan Balqis cerita snow white, nak?"

Mona cuba mengalih perhatian Balqis. Tidak sanggup dia mengukir kata janji kalau besok hati si kecil itu yang akan tercalar dengan janji yang dimungkiri.

"Mama promise dulu!" rengek Balqis.

Mona serba salah, namun untuk menyenangkan hati Balqis dia mengangguk juga akhirnya. Balqis didukung ke kamar di tingkat atas bersebelahan bilik Syafiq. Malam itu, dalam kegelapan air mata Mona mengalir deras. Balqis yang sudah lena dipeluknya seolah-olah tidak mahu dilepaskan lagi. Esok, dia akan pergi dari rumah itu buat selama-lamanya. Dia akan kehilangan anak kesayangannya itu buat selama-lamanya. Mampukah dia untuk hidup tanpa Balqis? Persoalan itu tidak mampu dijawabnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience